Nuffnang

Wednesday, 18 June 2014

Express Hijab Tutorial

Wahhh! Tajuk mesti kasi gempak! Padahal bukan ada apa sangat pun. Entry kali ni i nak share my latest hijab style. Poyo sangat bunyi dia.

I tak reti nak berbahasa hijab-hijab ni. Dengan hijabista la, hijabers la, hijabstyle la..zaman i tak sebut perkataan hijab ni. I lebih selesa sebut 'tudung'. Tudung tu sejenis hijab. Hijab is a veil that covers head and chest, particularly worn by muslim women. Apa-apa je la.

Dulu masa kecik i pakai tudung empat segi ikat kat belakang. Pergi mengaji, pergi tuisyen, pergi ko-ko. Sekolah rendah, tudung tiga segi yang ada dua lapis tu. Sekolah menengah, tudung tiga segi tp tak hanging sangat dan tak la labuh sangat. Ustajah sedang-sedang.

Kat Asasi UM, i pakai tudung cotton plain yang hujung dia ada tassle tu. Kadang tudung turki. Masuk first year kat UM, i selesa guna bawal yang sulam kat tepi. Pin satu under my chin and selempang ke belakang.

Shawl. I bought my first shawl when i was 18. At that time, shawl glamour sebab Wardina and Wahidah Wassini. Tapi i jarang pakai sebab leceh. Nak kena guna banyak brooch, pin, and kena lilit sampai rasa tercekik. Kepala keras tak boleh pusing kanan pusing kiri. Rimas.So i tak pakai shawl lagi hingga my second year.

Again i bought a few shawls yang lebih kecil dan pendek, dari material chiffon and satin. This time tak ada lagi lilit sampai tercekik. I used only one brooch, pinned under my chin and selempang ke belakang. I ni on the move, nak berlari-lari ke kelas, ke lab, tak boleh nak guna sepuluh brooch, 28 pin dan lilit tudung setengah jam. Cannot. Mati tercekik i depan cermin nanti. Lepas tu kalau pakai banyak brooch, nanti nak solat leceh nak buka and kira balik brooch tu. Kot terkurang la satu, kan terbang tudung tu nanti.

Shawl gaya malas ni i pakai sampai masuk final year. Waktu tu di Science Faculty i seorang je pakai shawl yang macam tu sampai orang dah kenal i as budak Sc pakai selendang. Pergi Mid Valley siap ada orang nak tumpang taxi yang i tahan and cakap "akak nak balik UM kan? Kitorang nak naik sekali boleh? Kitorang tau akak Sc Fac kan?" Boleh macam tu. Lepas tu ada pulak "ada orang nak fon number kau, dia kata nak kenal dengan budak Sc Fac yang pakai selendang". Lepas tu i noticed tiga empat orang pakai selendang gaya malas macam i pakai tu. Gillos!

Habis zaman study, i selesa guna bawal yang ada batu di keliling tu. Time tu harga RM50 sehelai. Mahal. So i beli beberapa je, selebihnya i pinjam my mom's (tapi tak pulang balik). Time ni pakai bawal guna tiga brooch, one under my chin and dua lagi on the shoulder. Alaa..butterfly style tu. Sampai i masuk kerja i pakai macam tu.

Bila tudung awning ni famous, i beli dengan banyaknya. Senang. Express. Sarung je. Tapi quite leceh because tudung awning ni tak lasak. To me kalau tudung tu kena handwash, tambah tak boleh sembarangan lipat and iron, ia tak lasak. Dan..untuk yang malas macam i, memang cannot. Sekarang tinggal dua helai je yang elok awningnya. Lain semua patah.

I bought a few Syria Hijab. Senang and super tahan lasak. Tapi kalau inner tak sesuai, i rasa tak selesa. I have a round face. So i need inner yang agak panjang di tepi.

2012 i beli beberapa shawl lagi after watching tutorial by Amenakin from Pearl Daisy. I selalu pakai style assymetrical tu sebab it will elongate my round face. Tapi it quite susah sebab guna banyak pin and brooch. Yang i suka Amenakin punya tutorial ni sebab shawl yang kita pakai akan nampak kemas dan tak ada pun rasa nak tercabut.

Tips yang i dapat dari Amenakin, those yang ada round face tak boleh wear hijab yang wrap the kepala ketat-ketat. Tak boleh wrap pipi ketat-ketat. Semua tu akan buat muka nampak lagi bulat. Hijab style yang sesuai untuk round face is something yang drapey, yang loose kat tepi pipi dan drape tu kasi panjang di bawah dagu sebab akan bagi ilusi muka lebih panjang. Kalau pakai inner, kena pakai betul-betul kat atas anak rambut supaya dahi nampak luas.

Recently i tergoda dengan Sugarscarf punya express shawl and i bought one. Belum berkesempatan nak pakai sebab tak se-express yang i expect. Still, kena ada brooch and pins and the material tu pulak chiffon and satin. Ringan dan licin dan sangat kena berhati-hati takut tertanggal. Cannot..lagi.

Try punya try, i terfikir satu hoodie style yang sangat simple. Entah tak ingat i tonton di mana, tapi baru-baru ni i selongkar shawl lama, cuba-cuba pusing, and tarraa!

Jadilah satu hoodie style yang sangat express, sangat drapey, loose aje dan penting sekali boleh pakai tanpa brooch langsung! Tapi kalau nak secure, just pakai dua pin sahaja. Dan nak kemas lagi, boleh tambah dua brooch atas bahu kiri kanan.

Firstly, pakai inner then pegang hujung shawl (sebelah luar menghadap depan, sebelah dalam menghadap kita)

Lepas tu, ikat dua hujung ni ke belakang tengkuk. Ikat dua kali nak secure.

Next, twist kan shawl and masukkan lubang tu ke kepala.



Then kemaskan bahagian atas bahu and drape depan dada.




Boleh secure dengan brooch atas bahu and pin tepi kepala so that hoodie tu melayang-layang macam mana pun, tak terlucut.




There! Dah siap! Style ni boleh cover the chest. Trust me, pakai ni sangat selesa, tak panas, tak rasa rimas, leher rasa free, angin boleh kena leher, anak tarik-tarik pun boleh betulkan balik dengan senang, nak menyusu anak senang, ada extra coverage, nak singgah solat mana-mana pun senang. Ambil wuduk pun senang, tak payah bukak semua, cuma tolak hoodie ke belakang and tarik inner ke depan, lepas tu sarung je balik.

Sesuai untuk orang yang malas nak jaga awning, malas nak brooch dan pin sana sini, malas nak melilit bagai tapi mahukan style yang express dan tahan lasak!

Anak dah tiga...kena express serba serbi.

Satu lagi selfie dari tuan tanah. Jap.



Monday, 16 June 2014

Rotan

Pada usia 22 tahun, saya masih bujang, masih menuntut, masih main-main, masih berkhayal. Tapi pada usia itu, ayah saya telah menjadi seorang bapa. Seingat saya, memori zaman kanak-kanak saya yang melekat dalam ingatan bermula sekitar usia saya tiga tahun.

Ayah suka motorsport. Usia saya tiga, ayah telah bawa saya ke motorshow, ke circuit. Saya anak seorang. Sentiasa berdukung lagi di usia empat. Walau saya manja lama dengan ayah, tapi...ayah garang.

Saya ni diluruskan ayah dengan rotan. Kalau nakal, saya terkencing-kencing dirotan ayah. Tapi ayah garang dengan saya, dengan sepupu-sepupu saya, ayah bagaikan ayah mereka. Ayah Chik, panggil mereka. Ayah Chik ni la yang suka dan selalu melayan anak-anak buah. Sepupu saya tidak takutkan ayah saya.

Bila besar remaja, ayah lepaskan saya ke dunia luar. Saya terpalit perangai lelaki. Jatuh tak kenal sakit. Saya disuruh keluar mengenal erti survival. Kerana padanya, jika dia pergi dulu, emak saya akan ada saya yang boleh menjaganya. Bermula itu, kaki saya melangkah jauh makin jauh meninggalkan rumah.

Lagi jauh saya pergi, lagi dekat jiwa ayah datang kepada saya. Saya tahu saya selamat ialah bila ayah menyebut "ni anak ayah ni". Iya, garang-garang ayah saya, bila saya sakit, ayah sebut macam tu, terus rasa sihat rasa kuat. Sampai sekarang, bila time sakit nak bersalin, ayah masih sebut macam tu pada saya.

My darlings, satu hari nanti kalian akan faham. Bapa kalian hanya buat yang terbaik sahaja untuk kalian. Garang dan lembut bapa kalian adalah untuk memanusiakan kalian. Dirotannya bukan untuk menyakitkan tapi untuk menyedarkan. Dan kalian akan faham, rasa sakit dirotan itu adalah besar erti kasih sayangnya. 

Kerana your mami juga pernah dibesarkan dengan rotan, dengan tali pinggang dan juga hanger. Tanpa itu semua, i might not be the person i am today.

Sunday, 15 June 2014

Fathers' Day

The reason why i love my ayah most is, because he knows that there is at least one man out there who will never hurt me.

Selamat hari bapa buat ayahanda Roslan Khairi bin Abd Rasad.

Kasih ayah sampai ke syurga.

There, ayah saya! Makin berusia makin cool and steady

My first cake baked in 2014, selamat masuk perut ayah




Thursday, 5 June 2014

Masuk Jawi

Semenjak deliver 25 Mac tu, tak pernah lagi tempek  pasal baby. Ok la... mempersembahkan...Syed Abdullah Aidid


My only son (setakat ni). Masa ngandung lagi i dah plan nak khatankan dia time baby. So, i buat search pasal circum baby ni awal-awal. Siap tanya friends yang pernah khatankan baby diorang. Kiasu mom kan?


Dalam my family belum ada yang khatankan baby. My cousins pun tak khatankan anak diorang masa baby. Even dalam family the walid pun tak ada. My nephews semua belum sunat lagi. Rasanya still taboo kot dalam masyarakat kita ni sunatkan baby.

tapi i pegang itu adalah sunnah, Rasulullah sendiri pun sunatkan cucu baginda masa usia tujuh hari. Bila i tanya my parents, they were happy to hear yang Abdullah nak sunat awal.

Tapi Tuan Syed tak berapa nak agree dengan my idea. Dia cakap tunggu besar sikit, bagi dia rasa ada pengalaman. Even my cousins pon ranai yang fikir nak tunggu besar. Sebab dulu my cousins time nak sunat kami buat kenduri besar-besaran macam kenduri kawin tu.

pagi ada khatam quran. Yang lelaki akan pakai tengkolok serba lengkap. Yang perempaun kami akan pakai songket macam pengantin. Lepas khatam quran, yang nak sunat akan diarak macam pengantin ke parit untuk berendam. Yang laki lain sama terjun ke parit. Kami girls dok umah je. Lepas tu tok mudim datang, yang nak sunat akan masuk balik tirai untuk saat penderaan. Tau-tau je dengar depa nangis. Pastu keluar pegang kain pelikat jalan kengkang.

Lepas tu yang girls akan jaga depa, suapkan depa makan nasik ikan bilis. Tolong ambik air, tolong ambik mainan, tolong pimpin ke bilik air. Seminggu kami berkampung keliling sepupu laki yang sunat. Itulah pengalaman kami. Meriah sangat. Tambah kami ni rapat.

And my cousins still berpegang kepada pengalaman macam tu, nak their sons pulak rasa yang sama. Tapi, to me, sekarang ni mana ada tok mudim nak datang rumah dah. Semua pegi klinik. Balik rumah tidur. Pun tak ada nak kenduri bagai. So, baik la i sunatkan masa baby. Lagi senang nak jaga.

Baby ni minum susu je, tak ada nak pantang makan. Lepas tu pulak baby belum lasak belum meniarap. Senang nak jaga. lagipun kan tengah cuti lagi ni. Plan asal nak sunat masa umur sebulan. Tapi bila the walid buat senyap je..i anggap la tak jadi. Tup-tup dah dekat nak masuk dua bulan, dia tanya bila nak sunatkan baby. Lerrr..

Cepat-cepat i set appoinment dengan Az-Zahrah Bangi. Mula dapat date 2 Jun tapi last minute diorang postpone ke 4 Jun.

Sekejap je prosedur dia. Mula-mula surgeon cucuk bius dulu. Abdullah nangis tapi lepas hug dia, dia ok. After 2 minutes baru dia potong guna laser. Lepas tu guna plastibel, macam ring and dia ikat keliling kulit hujung tu. There! Dah siap!
Ada la darah sikit-sikit. Tak ada ubat sapu apa. Cuma dapat paracetamol sebagai pain killer kalau dia cranky. Setakat ni Abdullah cranky pun, managable la. Tidur malam pun dia tak ganggu. Tapi kena kerap salinkan diapers.

Penting, before circum make sure baby bersih, kalau poopoo sila cuci dulu. Takkan nak handover anak yang kotor kat surgeon tu. Lepas circum, pakaikan diapers longgar-longgar je. I pakaikan dia diapers saiz XL. Kalau dia poopoo boleh basuh dengan air macam biasa. Mandi pun macam biasa. Jaga macam kita jaga pusat yang belum jatuh tu.

Surgeon bagitau, nanti ikatan tu akan jatuh sendiri. Dia akan kering antara tujuh ke sepuluh hari.

So, inilah wajah anak bujang mami selepas khatan.


Ada yang cakap, budak yang khatan awal ni, cepat matang, wallahu'alam. Akhirnha, Abdullah dikhatankan juga pada usia dua bulan sepuluh hari. Impian mami untuk khatankan anak lelaki seawal yang boleh termakbul juga.




Alhamdulillah 'ala kulli hal...


Tuesday, 27 May 2014

Warkah Si Intan

Ok, sambutan Hari Ibu Peringkat Kuala Kangsar dah berlangsung. Intan yang kami sepakat pilih untuk bacakan warkah untuk ibu juga menyediakan warkah khusus daripadanya. ok, nak komen jugak pasal warkah dia. Tak kira.

...
Bagi tidak memanjangkan warkah ini saya ingin katakan..

Thank you for everything what u have done and keeping doing for me. Saya percaya kejayaan seorang anak bukanlah datang dari dirinya sendiri namun ibu bapa. Dan kejayaan mereka bukanlah hak individual malah untuk dikongsi ramai. Kalau bukan kerana ma pernah melebelkan saya sebagai ‘pisang busuk’ saya tak kan sedar yang saya harus buat lebih baik, i know it was a joking but i take it as a motivation atau kayu ukur untuk buat lebih baik

eddkhairi: Masa dia kecik, dia ni paling suka buat hal sendiri. Kiranya macam 'ada aku kesah'. Orang jenis ni, kalau orang suruh belajar, ingat dia nak dengar ke?

Saya rasa nabila yang dulu yang pernah target 4a 1b je untuk upsr dengan alasan abang kakak semua dapat 4a 1b sampai adik bongsu pun ikut jejak langkah kami dengan nabila yang berdiri disini hari ini sangat berbeza macam dah ada dua karekter dalam satu badan.

 eddkhairi: bila kala la upsr zaman i ada lima subjek. Zaman i ada empat subjek je ok.

Kalau ma nak kami adik beradik bagi ulasan atau comment ma sebagai seorang anak, isteri, ibu dan nenek. Jawapan kami thumbs up Ma, you have done a great job. U have taught us many good things and today what we have becomes, it’s because of u.
...

Ok, Intan ni nama sebenar dia Nabila. Timangan je Intan. Lahir pada 4 September 1995. Sekarang masih belajar lagi. Baru je habis Asasi Alam Bina UM. Sekarang dia dah kurang sikit dengan perangai 'ada aku kesah' tu. In fact, certain benda dia akan lebih kesah daripada kami, like awning tudung, food plating, susunan tikar, carpet. Sebab tu, kalau time nak raya, Oma akan lega banyak kalau dia ada sebab dia akan cuci dan kemas rumah dari depan sampai belakang, dari siling sampai lantai. Kami cuci tangan je laa...kehkehkeh!

Dan inilah dia our presenter tu.
Oma and Intan

Thank you so much Intan.


Monday, 26 May 2014

Warkah Daripada Alang

Dalam whatsapp group Alang siap cakap lagi jangan komen apa-apa pasal warkah dia. Tapi memandangkan i am the tuan tanah, sambil baca kita komen.

...
Sebenarnya, ini bukan warkah buat ibu apatah lagi nukilan yang panjang untuk ibu. Tapi ini hanya secebis coretan untuk ibu. Cume sedikit saja nukilan yang dapat dihasilkan oleh seorang yang bukan hebat bermain pena.
-eddkhairi: cewah! Pandai berpuitis ye..

Berbanggalah wahai ibu, kerana kalian punca kasih sayang terjalin dalam satu keluarga.

Berbanggalah wahai ibu, anak-anakmu sentiasa menghargai jasa-jasa mu.

Berbanggalah wahai ibu, setiap apa yang kalian lakukan, menjadi ikutan dan pedoman anak-anakmu.
-eddkhairi: no comment..

Berbanggalah wahai ibu, setiap insan yang berjaya semuanya hasil didikan dan belaian kasih sayangmu ibu.

Bukan nak bersajak, bukan nak bersyair, bukan juga nak berpantun. Cuma ingin memahatkan penghargaan yang tak terhingga buat seorang ibu.
-eddkhairi: no comment..

Saya bujang, belum berkahwin, masih belajar, belum bekerja, dan saya anak mak.
-eddkhairi: Alang ni nama sebenar dia Ammar, dilahirkan pada 10 September 1992. Sedang belajar di UTeM. Ok,betul tu, bujang kan belum berkahwin!

Mak melengkapi hidup saya dari setiap aspek. Lengkap. Tanpa terkurang. Sedikit pun tidak. Kegembiraan mak, keutamaan saya. Penting bagi saya. Ya, sangat penting. Terasa satu kepuasan bila melihat mak gembira. Puas. Sangat puas. Saya pantang bila ada orang cuba menyakitkan hati mak. Marah. Benci. Langsung tak suka melihat mak bersedihan.
-eddkhairi: Alang ni pandai tackle hati Oma, i have to admit that.

Mak mana yang tak sayangkan anak dia. Marah. Tegur. Nasihat. Semuanya tanda mak sayangkan anaknya. Dan saya sudah merasai semua ni. Mak boleh marah saya, mak boleh pukul saya, mak boleh tegur saya, mak boleh asuh saya, mak boleh nasihatkan saya, mak boleh didik saya, semua mak boleh buat apa saja agar saya tak menjadi sampah dalam masyarakat. Selagi diri ini waras, saya takkan menghalang dan saya sentiasa menerima. Saya tak jemu merasai semua ni. Malah saya lagi suka. Kerana saya tahu yang mak sayangkan saya.
-eddkhairi: Oma influence Alang dengan skincare and memasak tau! Dia ni rajin masuk dapur tolong Oma masak. Tapi kalau dah cukup korum, dia tak join la sebab our dapur petite je.. Alang ni rajin basuh pinggan periuk belanga semua.

Suatu hari nanti, bila saya sudah berkahwin, tamat pengajian, sudah bekerjaya, saya tetap anak mak. Tetap. Tak berubah. Masih sama. Saya anak mak.
...

Ok, Alang ni senang buat Oma senyum dan ketawa. Pada Oma, apa saja yang keluar dari mulut Alang adalah lucu. Sebab Alang ni bak kata orang Kuale, kelolo sikit. Maknanya dia suka mengusik. Memang kalau berkumpul ada Alang, kami asyik la ketawa tak kering gusi.

Apa lagi yang membahagiakan selain melihat orang yang kita sayang senyum dan ketawa?



Sunday, 25 May 2014

Warkah Daripada Angah

Semalam i share my warkah untuk ibu. And today, i would like to share Angah's love letter.
Feel free to read.

...
Berkongsi secebis pengalaman hidup saya di sini, saban hari melihat banyak bayi cacat dilahirkan kerana kesilapan ibu semasa mengandung, ada juga yang ditinggalkan di hospital menjadi anak buangan,setiap hari pasti ada kanak kanak kecil yg di bawa ke emergency kakinya hancur digilis kereta, jarinya hancur separuh terkena kipas, bibir dan lidah terkoyak disebabkan terjatuh,badan melecur terbakar usahlah dikata....apakah masa depan mereka hanya tuhan sahaja yang tahu

Alhamdulillah terima kasih tuhan kerana ibu yang hebat telah melahirkan saya cukup sempurna tubuh badan dan berjaya membesarkan dan memelihara saya dlm keadaan sempurna tanpa sebarang cacat celanya, terima kasih ma yang menjadi sahabat tempat berkongsi cerita, sedia menjawab telefon 24jam macam operator, sedia menjadi chef setiap kali saya pulang sehinggakan masak telur je pun sedap, menjadi stylista saya tudung wajib matching dgn baju, rumah hias cantik cantik dan banyak lagi lah...selamat hari ibu buat ma dan semua kaum ibu...hanya ibu yang hebat melahirkan anak yang hebat!
...

Oma, Angah, Atok, Ucu during Angah's Graduation Day
Angah ni adik i, anak kedua. Nama betul dia Laili. Dilahirkan pada 21 Januari 1988. Sekarang tengah houseman di Bangalore, India. Belum kahwin, still single (and available? I tak tau..

Dia ni sangat sensitif, cepat risau. Memang dia ni kalau musim exam, call Oma sambil nangis-nangis bagitau "Angah tak baca habis lagi..." Dia punya risau tu membuatkan Oma naik risau juga dan selalunya menangis sama! Oma akan nangis bila dengar Angah nangis kerisauan time exam.

Emak kan ada sixth sense, remember that!