Nuffnang

Thursday 11 January 2018

Nonna ke Kota Paris

August 25th, 2017.

Tepat jam 12.20 pm train meninggalkan station Milano Centrale.
Meninggalkan seluruh tanah bumi Italy.
Let's just say till we meet again.
I love Italy.
The cities they have almost loaded with romantic atmospehere!
Kota yang penuh bersahaja.

Train menuju ke Lausanne, Swiss tiba di Place de la Gare jam 3.45pm.
Berputar-putar di sekitar stesen sementara menanti next train ke Paris.
Tiket telah dibeli awal.
Sempat menjengah keluar stesen menghirup udara Swiss.
Dengan suhu sekitar 18degree celcius.
Tiada satu pun dibeli kerana Swiss menggunakan matawang sendiri.
Kami cuma ada Pound dan Euro sahaja.

Jam 4.20pm TGV ke Paris meninggalkan Place de la Gare.  
Paris, aku datang!


Perjalanan selama 3jam 40minit hampir tidak menjemukan dengan scenery yang sangat cantik di luar.
Ditambah pula pelbagai karenah passengers yang sama-sama Paris bound.
Macam-macam gelagat.
Ada satu family India tapi anak-beranaknya riuh bertutur French!
Sesekali terdengar mak ayah berbisik dalam bahasa Urdu.



Dijamukan pemandangan French Countryside.


Sama seperti yang disajikan dalam filem My Summer In Provence.
Movie tersebut berjaya membuatkan saya berangan-angan untuk ke France.


Dan my soulmate telah merealisasikan angan-angan itu.
Syukur pada Allah dengan izin dan perancangan yang diaturNya.



Berangan sepanjang perjalanan.
Menanam angan-angan baharu agar satu hari nanti dapat jejakkan kaki ke French countryside begini.

Jam 8.00pm tiba di stesen Gare Lyon, Paris,
Summer mengizinkan kami tiba di Paris pada waktu siang.
Hampir senja sebenarnya walaupun telah jam 8.00pm. 


Berjalan kaki dalam 15 minit tiba di Paris Campanile.
Our pad for the next three days!
Selesai freshen up, kita keluar dengan misi gastronomi.
Apps Zabihah membawa ke sebuah halal French Restaurant.
Jangan tanya di mana, sebab kelupaan!
Selesai makan, singgah di convenient store membeli air, roti dan fruits untuk snacking.

August 26th, 2017.
Mabuk train membuatkan pergerakan kesokan hari bermula lewat.
Niat ingin keluar sighseeing seawal jam tujuh supaya lebih banyak tempat boleh cover.
Takpe. Badan yang recover dari penat lebih penting untuk daripada badan letih untuk cover berbelas-belas ribu langkah.


Misi pertama, Arc de Triomphe.
Monumen yang sangat famous di Kota Paris.



Untuk sejarah, sila google.
I memang lemah bab sejarah ni tapi sebab travel dengan best student Sejarah kat belakang tu, i percaya je apa yang dia explain.
Kalau dia tipu pun bukannya i tau hahhahahha!


Kedudukannya macam di tengah-tengah roundabout, di hujung Champs-Elysees.
Buat kaki shopping, Champs-Elysees umpama sebuah syurga.
Kiri dan kanan jalannya penuh dengan deretan premium designers!
Sila expect luxurious Arab memenuhi kawasan ini ye.


LV lima tingkat.
Mundar mandir depan LV sebelum masuk.
Naik sampai tingkat atas lepas tu turun semula.
Ambil feel. Nak rasa ambience orang-orang kaya shopping!
Memang shopping tahap silang kaki orang datang fitting kan untuk engkau lah kesimpulannya!




Tahap first-timer macam kita ni nak touring, sight-seeing je.


River Seine cruise adalah pilihan terbaik untuk mendekati Kota Paris.
Jamu mata terlebih dahulu.


Cara yang lebih relaxing menikmati scenic strech of the water.
Hatta berjalan kaki pun belum tentu dapat capture the best shot bagi kaki foto.


Semua bangunan di sini penuh dengan ornamental details.





The cathedral of Notre-Dame.








Di bawah Pont Neuf, new bridge.


Finally yeyayy!
Main landmark of the city - the most recognisable structure di dunia!







Turun dari river cruise, kita menapak pula ke Eiffel Tower.
Melihatnya dari jarak dekat pula.
Seperkara yang merunsingkan - pickpockets!
Ramai yang berpesan-pesan supaya menjaga personal item kerana ramai pickpockets di sekitar sini.


Wrought iron lattice tower.
Cantik.
Cantik sebab dari kecil lagi bila nampak saja iron structure macam ni kita lekas dibayangi Eiffel Tower.
Tapi sampai di bawah sana, entah tak pasti ke mana perasaan romantik yang selalu orang sinonimkan dengan Eiffel Tower.
Macam tak membeir aura romantik pun, iya juga! 
Lihat begitu saja lah orang ke sini.
Guling-guling atas rumput.
Membuang sampah di merata-rata.


Ooo..rupa-rupanya yang romantic tu ada di sebelah!




Capture sebanyak mungkin buat kenangan untuk tunjuk kat anak cucu.
Lihatlah cu, Nonna honeymoon ke sini selepas anak dah empat!



Itu bukan buncit ye.
Ditiup angin.
Sekian, terima kasih.
Eh silap.
Merci.


Jalan lagi dan jalan lagi.
Sampai ke satu park apa entah kitorang naik bukit sikit naik tangga sikit dapat tengok Eiffel Tower dari jauh.
Waaah! Pemandangan yang perfect!
Sukanya!!!


Nonna engkau dah macam nak terbang ke man entah!



Hakikatnya tempat yang kitorang naik tu ramainya umaaaat....
Semua pun nak bersidai tepi-tepi tu.



Betul tak, Eiffel Tower ni kalau nampak dari jauh lagi perasaan romantis tu datang compared duduk di bawah rangka besi tu tadi!


Jalan lagi dan jalan lagi.
Misi membakar kalori.


I love the Paris landscape.


Park macam ni kalau di Malaysia haram orang nak berjemur nanti dikata gila.
Tapi di sini bukan kepelikan.




My summer in Paris.
Berjalan begini pun memberi ruang kita berangan lagi.
Membayangkan tempat secantik ini di musim winter.


Panas.
Tapi tidaklah sampai tahap macam di Rome tempoh hari.
Di sini silau mentari yang lebih tapi suhu masih sedap-sedap.

Misi seterusnya ke E.Dehillerin - kata orang kedai ini umpama mecca of kitchenware!!!
Sila google apakah keistimewaan E.Dehillerin.
Bila dah sampai, memang benar bagai dikata!
Melompat-lompat Nonna engkau di situ tengok french copper pots bersusun elok je!
Kedai ini tidak ubah umpama sebuah kedai hardware.
Pegang satu copper pan.
Cek harga. Rasa macam nak beli.
Tapi teringat pula copper pot yang di rumah - rasa macam cukup lah dulu satu.
Finally beli benda lain - knives magnetic bar holder dan cooking termometer.
Itu pun dah rasa hebat sangat untuk add a little momento di dalam dapur Nonna engkau! 
Supaya tiap kali mencuci pinggan boleh lah berangan sampai ke Paris!
Nonna...Nonna!

Usai membeli, jalan balik ke Campanile.
Sebab ada janji dengan Nasi Lemak Paris.
Sekadar nak merasa.
Ikutkan tekak ni, makan croissant pun ok sangat dah!


Kudos to the NLP team!
Sangat punctual.
Janji French ye dik.
Dek kelaparan, tidak lah kita mengusung nasi lemak tu ke hulu hilir mencari spot yang boleh nampak Eiffel Tower semata-mata nak tangkap gambar NLP yang lebih instagrammable.
Telan je lah.
Nanti di akhirat sana tau lah perut tu nak mengaku dia makan NLP!
Hhahahaha!


Perut kenyang suka hati.
Jom simpan tenaga untuk esok hari.
Malam hari menonton tv.
Ada French channel saja yang disaji.
Silalah buat-buat faham buat-buat reti.
Mendengar lagu Les Bestises buat pertama kali.
Nyanyian Sabine Paturel local singer di sini.
Kalau di Malaysia umpama Raja Ema lah dia ni.
Layan kan saja...
Sedap juga lagunya.

(Waaah, Nonna! It's a rhyme lah!!!)

2 comments:

  1. Water Hack Burns 2lb of Fat OVERNIGHT

    Well over 160,000 men and women are using a easy and secret "water hack" to lose 2lbs each and every night while they sleep.

    It's proven and works with anybody.

    Just follow these easy step:

    1) Hold a clear glass and fill it up half full

    2) And now learn this amazing hack

    so you'll be 2lbs skinnier the next day!

    ReplyDelete
  2. Betting in your city - Sporting 100
    Betting in www.jtmhub.com your gri-go.com city 토토사이트 - 바카라 Sporting 100 메이피로출장마사지

    ReplyDelete