Nuffnang

Monday 8 April 2013

Radioactive Iodine

Salam everyone!

Lepas hantar Maryam and Mardeyah ke school pagi tadi, i dengan ditemani Tuan Syed straight away menuju ke Hospital Kuala Lumpur. Yeaahh! I'm ready yo..i'm ready for RAI yo..! (~pengaruh Rembau most wanted~). RAI tu stands for Radioactive Iodine untuk cure penyakit hyperthyroid.

Kalau you all semua nak tau, i ni diagnosed dengan hyperthyroid since February 2012. Anak bapak.. Atok Roslan dulu pon hyperthyroid jugak, so i antara anak-anaknya yang dapat penyakit ni  adik-adikku sekalian, better korang cek mana tau kot-kot korang pon ada jugak, and he went for RAI ni jugak untuk cure penyakit tu. 

Actually, Endocrine Putrajaya Hospital referred my case to HKL sebab after one year on Carbimazole (ubat anti-thyroid), i still kena makan high dose (highest dose is 40mg bersamaan dengan 8 biji sehari). Normally, kalau makan ubat dah setahun tu, makin lama makin kurang ke empat ke tiga biji sehari. Tapi i still makan enam ke lapan biji yo! Perut ni dah kembung ngan ubat setahun!

Di HKL ni, Jabatan Radiologi dan Onkologi yang ada buat prosedur ni. Since HKL ni besar dan banyak building, melilau la juga mata ni mencari building Radiology Department. First time kot.. Ok, building ni terletak dalam 40 meter dari Blok Utama (yang ada trauma & emergency). Berhadapan dengan Jabatan Kesihatan Pekerjaan.



Klinik Nuklear terletak di Tingkat 1.


Kat sini ni, kebanyakan pesakit yang datang adalah terdiri daripada pesakit cancer. Tadi makcik yang tunggu sebelah i tu bagitau dia dari Melaka, direfer ke HKL sebab breast cancer. I was like.. WHAT? CANCER? bukan apa.. sebab muka dia RELEKS je..! Tu la dianya you all..Allah turunkan sesuatu ujian kepada hambaNya yang benar-benar *mampu* menanggungnya sahaja..! Lepas tu lalu la pulak beberapa orang yang buat kemoterapi. Kepala botak, kening pon takde.. Insaf betul i tadi. 

Memula sampai Klinik Nuklear, I terus pergi register, tunjuk surat rujukan dari Hospital Putrajaya. I serahkan sekali result Thyroid Function Test (TFT ni ujian darah yang kita kena buat kalau nak tau kadar hormon tiroksin dalam darah) yang latest. And i serahkan sekali GL. Mind you, HRMIS belum fully applied di HKL ni. So, lebih baik you all yang gomen-gomen ni bawak siap-siap GL tu.

Tak lama lepas tu, my cue number dipanggil untuk jumpa doctor dulu. Bukan terus-terus pergi minum RAI tu. Sabar yek.. Doctor tanya background, sejarah penyakit dulu. Doctor interview macam-macam. Lepas tu, di explain cara-cara pencegahan radiasi. Berapa lama nak kuarantin. Untuk makluman you all, selepas minum RAI ni, pesakit mesti elak daripada bersentuhan atau berdekatan dengan orang awam especially kanak-kanak dan orang mengandung. Dalam tempoh seminggu la jugak kuarantin tu, so doctor bagi i mc 8 hari you! Tapi kena dok rumah je..tak boleh pegi jenjalan..

Kesan RAI ni ialah radiasi sebab iodine tu tak dihadam. Maknanya radiasi akan keluar dari badan i melalui perkumuhan seperti kencing berak, air liur basi, kahak, peluh jantan dan yang seumpamanya. So dengan ini, i tak boleh share sudu makan, cawan, botol air dengan sesapa pon termasuk dengan Tuan Syed. I tak boleh bersentuhan dengan sesapa pon termasuk Dedek. I tak boleh share toilet dengan sesapa pon, kalau terpaksa share, kena flush dua-tiga kali dengan lid nye ditutup. Precaution banyak sangat kan! I tak boleh share bantal, selimut, cadar, towel dengan sesapa pon! Dan yang penting i tak boleh dekat dengan sesapa pon dalam jarak 1 meter radius! 

~H U W A A A A....!!~ Macam i ni ada kudis buta tau!! 

Ye la..kan radiasi ni bahaya. Tumbesaran budak-budak boleh terencat kalau terkena radiation ni.

Ok. Lepas doctor dah puas hati yang i dah cukup pandai paham bab ni, dia suruh buat urine test (UPT) untuk confirm kan yang i tak pregnant. Sebab RAI tak boleh diberi kepada pompuan mengandung. Pastu, dia kata result UPT boleh tau pukul 2 petang. Alamak! time tu baru je pukul 10.30 pagi. 

So, lepas hantar sampel urine, Tuan Syed ajak i dating makan dulu. Lepas makan, kitorang pegi Muzium Negara dulu. Sempat you! Tengok le teww..bukan main tak sabo-sabo dia nak masuk muzium.


Bila dah pandai khatam bab Sejarah, kami meneruskan agenda ke Klinik Nuklear tu semula. Tuan Syed drop kan je i kat lobi, and dia pergi cari parking. Tepat jam 2 petang, i masuk klinik, terus dapat result UPT. Negative. Maknanya i memang tak pregnant dan i bole buat RAI detik itu juga.

Lepas dapat slip result tu, i kena ikut satu amoi staff tu ke Bilik 9 untuk minum iodine. Ni la bilik 9, tempat i menunggu nasib seterusnya.



Kat sini ada ditampal cara-cara untuk minum iodine.


Diorang letak ni mesti sebab sebelum ni ada banyak berlakunya kesilapan meminum iodine. Dah jadi apa ye sekarang ni masyarakat-masyarakat yang tersilap minum tu. Mutasi gen berlaku tak? Jadi transformers ke? Keluar sayap ke? Keluar bulu tajam-tajam kat muka ke?

Bila nama i dipanggil, i pon melangkah dengan gagah perkasanya masuk ke bilik kecik yang ada satu meja, satu kerusi, satu dinding penghadang. Kat sini i list down cara-cara minum iodine ni:

*Ambil satu straw yang disediakan (ala...straw yang korang minum teh ais tu la..)
*Letak straw dalam cawan yang disediakan (dalam cawan ada iodine yo!)
*Jangan pegang cawan atau pelapik yang ada (lepas letak straw tu, simpan tangan kat atas riba)
*Sedut cecair iodine sampai habis (sampai berbunyi macam korang habiskan air kotak tu..)
*Staff akan isikan air dalam cawan tu (korang tengok jek..jangan memandai nak cakap "no,thanks" or nak request "fresh orange satu!")
*Minum air tu guna straw tadi tu (jangan memandai nak pegang straw, pegang cawan, pegang lapik yang ada)
*Lepas habis, bangun dan minta permisi dari staff tu (jangan jadi rajin nak kemas cawan tadi tu or nak tolong hantar tray tu ke sink)
*Terus balik rumah bila staff tu kata "ok, boleh balik" (Jangan GATAL nak singgah KLCC ke nak pegi Pavvy ke..kena pang sedas baru tau!)

*sekadar ilustrasi*

Lepas dah habis minum iodine, i pon tersipu-sipu turun ke bawah menunggu Tuan Syed fetch Tuan Puteri ni kat lobi. Bila selisih dengan orang awam, i mula la macam 'Oh no....!Ketepi! Ketepi, you all semua! I nak mengeluarkan sinar Gamma Beta Alpha ni! Kalau tak nak terencat otak, 1 meter away from me, pleaseee...!'

Macam mana i balik? Once Tuan Syed sampai kat lobi, Tuan Puteri ni kena duduk at the back, corner. Maklumlah.. kereta i ni bukan MPV.. Tuan Syed boleh pulak buat lawak tanya i "macam naik teksi tak?" Haa, iye la sangat! Pastu boleh pulak dia complain "Alamak, badan abang terasa gatal-gatal la..!" Perli la teww...! Kita yang minum ni idak rasa apa-apa pon kat tekak, apatah lagi nak rasa gatal-gatal. Dia pulak beria-ia..!

Apa rasa ye iodine tu? Rasa dia macam air mineral. Air zam-zam pon kita boleh rasa payau nye kan? Ni langsung tak. Minum pon sikit je, seteguk dah habis. Ye laa..bukan segelas jumbo dia bagi. Kecik je.. 10 ml. macam kita makan ubat 2 sudu makan je pon..

Ada setengah orang rasa macam soar throat lepas minum tu, tapi very rare la.. Setakat ni, i tak rasa kesan yang obvious mana pon..cuma tadi kepala rasa pening sikit (sebab panas kot ~think positive). Lepas tu, sampai sekarang badan ni asyik berpeluh sakan. Doctor pesan suruh minum air banyak-banyak untuk kurangkan kesan radiadi. Tu yang masuk je teksi kereta tadi, terus i minum setengah botol air mineral. 

Ok, itu sahaja cerita Tuan Puteri berkenaan RAI untuk hari ini. Saat dan ketika i hapdate post ni, i sedang kuarantin you! Duduk rumah je la jawabnya..! I kan budak baik...tak nak sebarkan kesan radiasi ni kepada orang awam especially my beloved family. 

Sekian. Ilal liqa'..

~Mami yang mc 8 hari tanpa suami dan anak-anak~

*ada citer korea la kat tv9 sekarang ni! Hullamak aih..* <<<--jakun, dah lama tak tengok tv :-)

13 comments:

  1. pergh..baru ader kesempatan terjah ur blog..nice info!

    ReplyDelete
  2. Salam..19/5/2014 ni saya bakal minum iodin di hkl, mula2 perasaan agak takut juga, tp selepas dgr beberapa cerita ttg iodin ni, sy rasa lebih yakin sekarang, terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  3. Assalam..sy adalah pengidap Hyperthyroid sejak mengandung ank ke dua pada 02/2011..saat tu hanya mkn PTU but high dose..Nw sy adalah pengidap Hyperthyroid dgn maximum dosage of Carbimazole 60mg(12bj sekali mkn)..sblm ni nk buat opertion tp T4 tinggi sampai 40.doc xbg sbb bnyk komplikasi..dan hri ni bru lps jumpe pakar,dh decide for RAI in HKL..but date lom conform lg ble..perasaan utk RAI ngan opertion sebenarnya RAI lg takut..sbb sy xboleh skin contack dgn anak2 dan family..dlm hati sbnrnya sedih dan takut..berbaur2 perasaan ada..tp sy kena baik demi ank2.sy nk kembali aktif bsukan seperti dlu.skrg semuanya terbatas sbb cepat letih ble jantung kuat bekerja..selepas sy bc sis punye blog ni ada sikit rasA yakin utk buat RAI..thanks utk semua panduan..

    ReplyDelete
  4. Sambungan pengalaman ini di sini http://eddkhairi.blogspot.com/2014/08/mengandung-selepas-rawatan-radioactive.html

    ReplyDelete
  5. salam..tumpang tanya...kenapa tak dikuarantin di hospital ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuarantin di hospital applied untuk kes yang betul2 tinggi dose kalau tak silap.

      Delete
  6. Berapa lama ye tempoh kuarantin setelah buat rai ni

    ReplyDelete
  7. Thanks for your sharing babe. Really helps!!

    ReplyDelete
  8. Sy nak tnya sila balas kat hp sy 0104076109
    Bengkak kat leher awak tu,, brp lama ia mengambil masa utk kecut selepas awak minum radioaktif iodin itu? Sila balas

    ReplyDelete
  9. Bengkak yg macam butterfly shape tu not that obvious pun masa hypertiriod - visible semasa kita sedang menelan sahaja. so after minum RAI,tak notice pulak perubahan tu brapa lama it took to reduce.

    ReplyDelete
  10. akk, sya bru umur 21 tahun dan kne minum iodin. ramai cakap slepas mnum iodin, takleh pregnant lngsung slepas kawin. dan akan jdi mandul. betul ke kak

    ReplyDelete