Nuffnang

Saturday 13 April 2013

Dari Ketam Ke Mempelam

Salam ukhuwwah everyone..

Tempoh pantang untuk orang yang mc 8 hari tapi tak sakit ni dah hampir tamat.. semalam anak-anak dah balik rumah. Dah lepas gian nak tidur bawah ketiak mak depa ni. Sian anak-anak mak...bergelandangan lima hari macam kena halau dari rumah. Balik-balik tu jugak Dedek bukan main berry-berry pon nak i yang cucikan.Maryam siap tidur pukul 2.30 pagu sebab nak main sikat-sikat rambut i. Lepaih kena jerkah ngan walid depa,baru nak tidoq.

What a freaky friday yesterday!

We went to pasar malam. Sampai sana, kami berpecah. I pegi seksyen binatang dan tumbuhan. Tuan Syed and his girls ke seksyen makanan rapu. Hihikhik.

MIL ke seksyen makanan yang longgok-longgok!

Bought ayam, daging, ikan sardin, udang, sotong, kangkung, brocolli, cauliflower, tomato, peas, jagung, and..manggo! Dah berat..so manggo pon beli sikit je. 7 biji sahaja buk!

Sampai carpark, Tuan Syed and the girls and jajannya dah sampai.

Tu diaaaa! Ada 2 bungkus besar manggo!

"Mak beli. Nak buat jus"

Heaven,you all, tengok manggo berlambak-lambak! Apalah sangat nak dibandingkan dengan manggo 7 biji i ni,kan.. :-(

MIL sampai. "Mak beli ketam yang depa juai siap-siap satu raga tu"

Huiiyyoo! Sebenarnya i dah teringat nak beli ketam. Tapi Tangan dah berat tadi jinjing banyak benda. Rezeki Allah. Alhamdulillah.

Sampai rumah. Lewat. Cuci ayam. Cuci ikan. Cuci sotong. Cuci udang.

Baru nak dinner. Panaskan lauk.

Praangggg!!! Semangkuk kecil udang masak lemak jatuh ke lantai. Mangkuk berderai. Udang tersadai. tinggal dua ekor je pon. Jangan nangis ye udang. Badanmu penuh kaca. Gerun.

Tambah kerja kot nak mencuci lantai yang penuh kaca tu! Lesu.

Sorry mak. Tak sempat nak cucikan ketam mak.

11.30 pm. Jamah saki baki jajan yang Tuan Syed beli sambil teringat udang.

Pagi. Ketam dah MIL cuci.

Yeaaayy!!! Chili Crab! Terliur sampai tak sempat nak ambik gambo ketam yang sesksi tu.

Yeaaayy!!! Manggo juice! Memang pekat likat manggo puree tu ngalahkan kordial!

After main masak-masak. Nak chill sikit kononnya..nakk kupas mangga yang sedang ranum tu.

Pisau merah. Baru. Kecil. Tajam. MIL belikan.Mangga black gold. 5 biji semuanya.

Sambil buang kulit mangga.. 'Tak boleh jadi ni. Kena pakai peeler jugak ni. Pisau ni tajam. Sangat tajam. Untuk hiris isi nanti ok la. Nak buang kulit, kena jugak pakai peeler. Tak pe. Habiskan yang ni dulu. Sikit lagi je ni. Lepas ni ambil peeler. ok Ja gan lupa ambik peeler. ok'

Zassssss..!!

Mata pisau makan jari i, you!

Bleeding. 1 cm cut. Mangsa masih bernafas secara normal.

Naik atas. Sambar krim gamat.


I suka krim ni compared to minyak gamat. Sebab this one tak smelly. Berkesan untuk luka-luka ringan. Yang ni keluaran Sireh Lagenda Langkawi. Memang kalau Maryam menggaru sampai luka belakang paha dia, i sapu krim ni. cepat kering luka tu.

Produk ni mengandungi bahagian binatang tak? Of course laa! Dah gamat namanya..

I sapu krim gamat. Tunggi sampai meresap. Lena.

Bangun tidur. Teringat. Aaarghhh!! Ketam tak makan lagi! Mempelam pon tak makan lagi!!

Lapau...
*Luka di jari lekas sembuhnya.. 
luka di hati apa obatnya?*


1 comment:

  1. luka dihati tanggung sendiri...mohon Ilahi tenangkan HATI

    ReplyDelete