Nuffnang

Friday 29 November 2013

Pindah Rumah

Salam Jumuah everyone!

Saja nak update, i dah pindah rumah. Rumah tu dah la tak besar mana. Jauh pulak tu dari tempat kerja. Pagi-pagi pukul 6 kena bangun tak boleh malas-malas. 7.30 keluar rumah tu kira sangat lah rushing, tekan paddle minyak rapat-rapat, minimum kena lari 140kph in order to make sure boleh sampai office jam 8.15 pagi. Pulak tu neighbour kiri kanan tak ada lagi, jiran semua tengah sibuk renovate rumah bagi cantik-cantik. Rumah i tak ada yang istimewa. Tak ada pun nak plaster ceiling bagai, tak ada pun wrought iron grill, tak ada pun dinding natural stone, tak ada pun perabot baru, tak ada semua-semua tu. 

Cuma ada kami empat beranak, berteduh dalam rumah yang dibeli dengan usaha titik peluh sendiri.  Alhamdulillah...syukur. Kecik-kecik pun, jauh-jauh pun, rumah sendiri. Bila bangun pagi awal-awal pindah tu, asyik menitik air mata je sebab macam tak percaya dapat juga merasa duduk rumah sendiri. Emo kau! Itu pun nak drama swasta.

Kami pindah Sabtu lepas. Sewa lori dengan Encik Epol dari Kuala Selangor. Lori dia lori 3 tan panjang 17 kaki, bertutup penuh. Pintu dia boleh buka ikut tepi, memudahkan kerja-kerja menyusun atur dan memunggah barang-barang. Alhamdulillah, servis dia bagus. Kami cadang nak ambil satu trip sahaja, tapi sebab barang-barang (usang tapi sayang) banyak sangat, tu yang jadi dua trip. Yang i kata bagus tu sebab handling dia kemas. Dia akan wrap segala perabot supaya tak rosak. Mana yang boleh disamble, macam katil dan meja makan, dia akan buka dan pasang semula kat tempat baru tu. 

Lori ni sampai rumah Putrajaya dalam pukul 4.30 petang, pukul 6.30 petang dah gerak ke Bandar Enstek. Sampai sana, diorang susun terus perabot tu di tempat mana yang kita nak. Dalam pukul 8 malam, lori patah balik ke Putrajaya untuk second trip. Dalam pukul 11.00 malam, lori telah mula bergerak balik ke Kuala Selangor.

Sesiapa yang perlukan lori sewa untuk pindah rumah, i recommend Encik Epol ni. Boleh call dia 013-3855507. Ni rupa lori dia.
 
 Ada ke patut Encik Epol ni marah i sebab ambik gambar ni masa lori dah nak jalan balik, patutnya kata dia ambik la gambar masa lori tengah sarat barang ke, diorang tengah usung barang ke.. Mahap le Encik Epol ye, i ni bukannya pegang camera doplohpatjam. Sebab tu i bukan bangsa yang snap gambar makanan sebelum mencekik. Selalunya i akan teringat nak ambik gambar food, bila pinggan dah licin. Kau nak tayang apa bila dah licin? Upload dalam facebook pun orang nak muntah tengok.

Ni pulak cara dia wrap perabot kita.
Abaikan dua anak dara yang terloncat-loncat sampai terangkat tocang memasing tu.Troop ni membantu meriuhkan suasana sebab tv dah tak ada, kan.

Rumah Putrajaya yang berjaya dikosongkan.
Masa i snap gambar ni, Tuan Syed macam sound je "dah la...takkan ada nye nak datang rumah ni balik". Tu baru ambik gambar rumah, you all. Belum i snap gambar mee ladna ke... tak ke nyampah dia tengok.

Terima kasih kepada kaum keluarga yang membantu kami masa pindah rumah hari tu. Nanti mak ada kelapangan, kita buat makan-makan kat rumah baru yek. InsyaAllah...




  

3 comments:

  1. maaf yer bertanya, berapa kos upah pindah & lorry yer. sy nak pindah dr putrajaya ke dengkil

    ReplyDelete
  2. boleh tau no plate lori 3 tan nie? tq

    ReplyDelete
  3. saya tengok2 market. terjumpa kat sini..hehehe
    saya juga menyediakan perkhidmantan lori sewa..boleh layari disini

    http://www.lorisewa.officialsite.my

    Tumpang iklan ye...hehe

    ReplyDelete