Nuffnang

Friday 13 February 2015

Anak Darjah Satu - my contingency plan

Tahun depan, i agak tahun yang challenging untuk i. Kenapa? Sebab, i akan ada anak darjah satu. Semua orang tahu, macam mana jadual mak bapak bila anak dah mula bersekolah ni. Jadual seorang anak darjah satu tentu tak sama dengan jadual dua anak yang sedang tadika. Berpagian di jalanan. Berebut nak tiba sekolah sebelum jam 7.30pagi. Kemudian, sambung perjalanan ke taska, hantar dua baby, insyaAllah. Pit stop ketiga pula tadika si kakak tengah pula. Then off to work. Phewww!

Tapi tak mustahil seorang ibu kiasu ni boleh lakukan. Ramai ibu-ibu hebat yang buat begitu. Cuma Ya Allah, kuatkan imanku, kuatkan tubuhku.

Berbalik perihal anak darjah satu. Kerunsingan ibu kiasu ni bermula semenjak hujung tahun lepas. Saban waktu bertanya para sahabat handai, bagaimana mereka menguruskan anak-anak yang ada pelbagai kategori umur ini. Mereka tu siapa? Mereka yang merupakan WORKING MOM WITH NO MAID.

I dont care much lah kalau dia nampak hebat sedangkan dia ada maid. I dont care much kalau dia nampak hebat membekalkan anak-anaknya lunch pack, pick up anaknya on time sedangkan dia ialah working at home mom. Dan kalau dia tak bekerja, lagi lah i dont care. Nampak harsh, kan, i punya statement. Don't get offended ya. Tapi, i rasa memang kena compare apple to apple lah. Mana nak sama delima dengan pisang, kan?

Untung i, i dikelilingi kawan-kawan yang hebat. Anak tujuh, tiada maid. Anak lima, empat, suami di perantauan, no maid lagi. I kagum dengan mereka. I baru tiga, tapi asyik habis bateri, macam mana?

Berbalik perihal anak darjah satu, i am worried most bila fikirkan anak nak sekolah di mana, nak transit di mana, nak kafa di mana. Sekurang-kurangnya jadual dia penuh sepanjang hari sementara i habis kerja. Sekurang-kurangnya jadualnya bermanfaat dan yang penting, kebajikan dan keselamatan dia terjamin. Siapa nak pick up tengah hari? Nak gunakan transporter ke? Ramai bagitahu memang penat bila you kena keluar lunch hour pick up anak, bawa makan, salin baju then hantar ke kafa pula.

Semalam i dapat gambar dari my friend. Cerita tentang anaknya dengan si moving changing room.

Buat i terkenang kembali, zaman i kecik, tak pernah alami situasi ini sebab oma tak bekerja. Lagi pula, dulu-dulu tak banyak criminals macam sekarang. Dan buat i terfikir, patutnya wanita zaman sekarang kena jadi macam dulu-dulu semula - tidak bekerja.

Sekarang dengan anak tadika pun, kereta kami adalah moving breakfast bar.
Korang tengok muncung dia pagi-pagi. Sentap i tau. Berebut nak suap sendiri. Lepas tu tumpah-tumpah atas baju sekolah. Macam mana nak jadi moving changing room? Ni baru breakfast counter je. Kalau nak upgrade ke moving changing room, haruslah upgrade saiznya. Hahahahah!!!

Semalam i tunjuk gambar anak my friend tu kat Tuan Syed. I saja usik, "Kalau macam ni, kena beli Vellfire. Barulah ala-ala airbus 380!"

2 comments:

  1. Get daily ideas and instructions for earning $1,000s per day FROM HOME for FREE.
    SUBSCRIBE FOR FREE

    ReplyDelete
  2. Just received my check for $500.

    Many times people don't believe me when I tell them about how much money you can earn filling out paid surveys online...

    So I show them a video of myself getting paid $500 for taking paid surveys.

    ReplyDelete