Nuffnang

Tuesday 10 February 2015

Maid minta berehat

Dulu sebelum renovate rumah, i buat banyak search pasal laundry room. Idea memiliki laundry room tercetus disebabkan i ni sangat menyampah bila tengok kain baju kotor dan bakul-bakul laundry memenuhi pemandangan ruang dapur. Hampir kebanyakan rumah yang i bertandang meletakkan mesin basuh dalam ruang dapur. Kadang dapur dah cantik-cantik dengan kitchen cabinet, dengan deco ala-ala market look, tapi pandang tepi, ada pula bakul kain selonggok. Sayang je...

Waktu i buat search, mat saleh memang mementingkan laundry room. Kadang dia panggil mud room. Nampak tak betapa diorang dah specify siap-siap ruang untuk menyembunyikan kekotoran? Sebab certain yang ada kuda, balik dari ladang, boleh lah mencuci diri dan pakaian kotor dalam mud room ni and baru melangkah masuk rumah. Tak ada lah satu rumah terpalit lumpur.

Nasib i baik sebab Tuan Syed serahkan bulat-bulat perihal renovation rumah. I boleh design apa sahaja yang i suka. Sebab after all, i yang nak guna. Tengok sekarang ni, cacing ikan dia pun dia simpan dalam laundry. Kalau simpan kat dapur? Kan dah tak lalu nak memasak.

Impian i memiliki laundry room bertambah lengkap bila Tuan Syed hadiahkan i sebuah tumble dryer. Memang jimat masa i. Tak ada la habis masa menyidai kain. Kain baju pun cepat kering. I kan keje, bibik pon tak ada. Siapa pulak yang nak sidai dan angkat kain hari-hari? So, dryer ni sangat membantu. Sebenarnya kalau you are a working mom with no maid, invest la kepada maid-maid robot ni. Worth it! I sanggup let go ampaian besar ke rumah sewa Tuan Syed. I ni ngada lebih. Tengok ampaian besar-besar depan rumah pun rasa allergic. Ngada berganda-ganda. Porch i kecik je. Tak muat nak occupy ampaian tu. Tapi i beli satu cloth line yang kecik. Untuk emergency and baju-baju yang tak boleh masuk dryer. Tu puan letak kat laundry je. Bukan guna selalu pun sebab i tak ada baju mahal yang mengada tak boleh masuk dryer.

Lepas setahun bermanja dengan dryer, semalam i rasa nak pitam bila i on dryer tu, tak ada signal apa-apa pun. Dryer i buat senyap je... alamak. Sidai la baju manually kat line.lepas tu tengok baju sekolah anak, ish laaa..sempat ke kering ni. Lepas tu terfikir nak beli baju sekolah lagi sepasang sorang. In case baju tak sempat kering. Sekarang baju ada tiga pasang seorang. Hari rabu i akan iron dua pasang yang baru dibasuh untuk pakai hari khamis and jumaat pula. Tu sebab ada dryer. Ni dryer mintak diri nak berehat, acanner?

I tidur awal semalam malas nak fikir panjang. Nak mengadu kat Tuan Syed pun tak kuasa. Biar lah dia balik tengok kain baju bersidai kat laundry, paham-paham je lah. Pagi tadi dia tanya, dryer rosak ke? I jawab ya. Lepas tu dia call technician yang repair washing machine dulu tu. Orang tu kata nak datang hari khamis. Ok la. Tak payah la beli baju baru. Hopefully dryer tu will get well soon. Rehat lah dulu, sayang. Kamu dah kerja setahun tanpa henti.

No comments:

Post a Comment