Nuffnang

Sunday 22 June 2014

I Am My Own Confinement Lady

Hello office!
Tomorrow morning the mami is going to report duty at the new office. A lot of things yang nak kena bawa. Tadi dah load those stuff dalam kereta sebab tomorrow morning akan mula balik rutin biasa. Pagi beribut hantar the darlings and off to work. Tung tang tung tang petang pick them up. Sampai rumah magrib bersilat di dapur dan laundry. Nanti once dah get used dengan rutin ni, i will jot down here untuk ingatan the darlings.

Masuk ofis mesti ada yang tanya, amalan berpantang yang i ikut. Confinement 44 hari. Ramai di luar sana yang anggap confinement ini satu dugaan satu halangan satu cabaran satu paksaan. Tapi i lagi suka katakan yang confinement ini adalah satu pilihan. Pilihan untuk kita tentukan jasmani kita pada masa akan datang.


I pantang kali ini sendirian. Dibantu suami dan anak-anak. Jadi tiada orang lama yang nak memaksa i berbengkung dan bertungku. Jadi i ada pilihan sama ada nak buat semua itu atau tidak. Dan i pilih untuk buat mana yang i rasakan practical dan tidak memudaratkan.

I bertungku everyday without fail. At least sekali sehari tapi untuk tiga minggu pertama i did twice a day. I bakar batu atas dapur gas and balut sendiri guna daun pandan, sirih, kunyit, serai, lemuni, mengkudu. Rumah bau semerbak dengan aroma daun ni. Suka sangat! Sebab tu i tak tinggal amalan bertungku ni.

Bengkung bagus tapi i rasa tak praktikal untuk i. Berpantang sendiri, sedikit sebanyak perlu juga urus kain baju, mengemas mana yang patut, memasak. Jadi bengkung membuatkan pergerakan terbatas. So to elakkan perkara yang mudarat akibat tidak berbengkung, i guna high waist slimming panty. 


Selesa dan rasa macam pakai bengkung. Tapi dua minggu pertama tu i berbengkung juga sebab MIL ada membantu apa yang patut. 

Urut. Benda paling best dalam dunia berpantang ni. I berurut start hari ketiga keempat dan kelima. I repeat balik dua minggu lepas tu. Hari-hari i sapu minyak Herbanika Nona Roguy pada badan. I suka aroma dia. Semerbak satu rumah. Sapu pada kaki then sarung stoking. Berdenyut-denyut tapak kaki sebab rasa hangat. 

Stoking i tak miss. Memang i pakai sepanjang masa. I suka sebab kaki akan rasa moist dan lembut dek minyak. Bau pun wangi. 

Mandi lulur. I buat juga. Beli sahaja lulur di kedai jamu. Ada macam-macam jenis. I beli banyak sebab suka sapu banyak-banyak pada badan. Rasa lega sangat...tapi i tetap rindukan mandian air daun herba. Masa bersalin Maryam dan Mardeyah, tukang urut kampung prepare air mandian ni dalam periuk besar. Peluh lepas mandi tu pun jadi bau wangi! Tapi kali ni tak merasa sebab berpantang sendiri. I yang pilih untuk pantang sendiri.

Jamu dan supplement memang tak miss. I consumed Shaklee dan Nona Roguy. Badan kurang lesu. Air kosong memang kena minum banyak untuk tidak memudaratkan kidney.

Nak minum ais? To me, minum ais berpada-pada. I minum ais juga. Sikit. Coke pun rasa sikit. Curi-curi minum. Tapi kalau tengah makan jamu minum ais, tak ada sedap mana pun. Sebab jamu tu panas. Dan ais tu tajam rasanya. Tekak akan rasa bertambah sakit. Buat apa siksa badan? 

Menu pantang? Ada banyak pilihan. I pilih menu seimbang (konon). I tak ada la makan ikan bilis je hari-hari. I makan ikan. Ayam. Daging. Telur. Sayur. Buah. Menu sihat. I tak ada luka perineum yang perlu dijaga. Tapi picky la juga..tidak la bedal semua. Sayuran yang orang kata sejuk tu, i makan juga. Tapi sikit. Takut mudarat. Dah makan seorang, tak ada nya nak prepare dishes yang fancy-fancy sangat. Ingat rajin ke nak buat masak lemak? Goreng telur mata, tabur lada hitam, ulam pegaga dan kunyit muda, pun dah cukup! MIL selalu tanya i nak makan apa. I tak kisah. Tekak tong sampah. Apa sahaja i makan. Tapi mana yang agak-agak mudarat tu, i tak makan langsung ataupun rasa sikit. Ikut badan masing-masing.

House chores? I buat juga yang ringan-ringan. Ini ikut tahap kekuatan muscle masing-masing. I angkat juga bakul kain, lesung batu, batu tungku. Tapi once perut rasa sakit, belakang sakit, sila faham signal badan masing-masing. Get enough rest. I experienced after pain yang teruk. Cramp kiri kanan perut. So masa bertungku tu, letak lama sikit pada tempat yang sakit. Habis-habis, pain killer kan ada.

44 hari tak boleh keluar rumah? I can not imagine macam mana perempuan boleh stay dalam rumah tak keluar langsung for 44 days. Tapi again, ikut badan. Fahami signal dari badan kita. I keluar juga, pegi kedai, pegi sekolah darlings, pegi KLCC, pergi Giant.

No aircond? I tidur dalam aircond but after two weeks la. Before that tidur berpeluh-peluh. Guna fan. Lagi tak bagus sebab fan bawak habuk and direct blow sebenarnya tak bagus untuk orang berpantang. After all, angin kan benda yang kita nak elak? So, tidur la dalam aircond yang sedang-sedang je. Jangan sejuk sangat. 

Ikat rambut tinggi-tinggi? I suka sebab bila tarik rambut tu ketat-ketat, kulit kepala rasa cekang. Rasa relief sangat. Buang angin, kata orang tua. 

Param and pilis. I tak pakai. Tak suka..

Ada amalan yang i ikut betul-betul sebab i rasa ia praktikal, baik untuk i dan i suka the good thing it brings. Ada amalan yang i tak buat sebab i rasa susah nak ikut dan tidak practical dengan keadaan i. So, baik buruk kesannya nanti, badan i sendiri yang tanggung. Sebab itulah cara yang i pilih. 

Sekurang-kurangnya i have tried my very best to be rational dengan sesuatu amalan berpantang ni. I tak ikut amalan berpantang secara memvavi buta tanpa tahu hujung pangkal sesuatu perkara itu. I ni kelahiran Gen-Y, tak cukup sekadar nak dimomok dengan "jangan" dan "tak boleh".




1 comment:

  1. Ralat

    Tajuk : I Was My Own Confinement Lady

    Sebab : Grammatical error

    ReplyDelete