Nuffnang

Thursday 5 June 2014

Masuk Jawi

Semenjak deliver 25 Mac tu, tak pernah lagi tempek  pasal baby. Ok la... mempersembahkan...Syed Abdullah Aidid


My only son (setakat ni). Masa ngandung lagi i dah plan nak khatankan dia time baby. So, i buat search pasal circum baby ni awal-awal. Siap tanya friends yang pernah khatankan baby diorang. Kiasu mom kan?


Dalam my family belum ada yang khatankan baby. My cousins pun tak khatankan anak diorang masa baby. Even dalam family the walid pun tak ada. My nephews semua belum sunat lagi. Rasanya still taboo kot dalam masyarakat kita ni sunatkan baby.

tapi i pegang itu adalah sunnah, Rasulullah sendiri pun sunatkan cucu baginda masa usia tujuh hari. Bila i tanya my parents, they were happy to hear yang Abdullah nak sunat awal.

Tapi Tuan Syed tak berapa nak agree dengan my idea. Dia cakap tunggu besar sikit, bagi dia rasa ada pengalaman. Even my cousins pon ranai yang fikir nak tunggu besar. Sebab dulu my cousins time nak sunat kami buat kenduri besar-besaran macam kenduri kawin tu.

pagi ada khatam quran. Yang lelaki akan pakai tengkolok serba lengkap. Yang perempaun kami akan pakai songket macam pengantin. Lepas khatam quran, yang nak sunat akan diarak macam pengantin ke parit untuk berendam. Yang laki lain sama terjun ke parit. Kami girls dok umah je. Lepas tu tok mudim datang, yang nak sunat akan masuk balik tirai untuk saat penderaan. Tau-tau je dengar depa nangis. Pastu keluar pegang kain pelikat jalan kengkang.

Lepas tu yang girls akan jaga depa, suapkan depa makan nasik ikan bilis. Tolong ambik air, tolong ambik mainan, tolong pimpin ke bilik air. Seminggu kami berkampung keliling sepupu laki yang sunat. Itulah pengalaman kami. Meriah sangat. Tambah kami ni rapat.

And my cousins still berpegang kepada pengalaman macam tu, nak their sons pulak rasa yang sama. Tapi, to me, sekarang ni mana ada tok mudim nak datang rumah dah. Semua pegi klinik. Balik rumah tidur. Pun tak ada nak kenduri bagai. So, baik la i sunatkan masa baby. Lagi senang nak jaga.

Baby ni minum susu je, tak ada nak pantang makan. Lepas tu pulak baby belum lasak belum meniarap. Senang nak jaga. lagipun kan tengah cuti lagi ni. Plan asal nak sunat masa umur sebulan. Tapi bila the walid buat senyap je..i anggap la tak jadi. Tup-tup dah dekat nak masuk dua bulan, dia tanya bila nak sunatkan baby. Lerrr..

Cepat-cepat i set appoinment dengan Az-Zahrah Bangi. Mula dapat date 2 Jun tapi last minute diorang postpone ke 4 Jun.

Sekejap je prosedur dia. Mula-mula surgeon cucuk bius dulu. Abdullah nangis tapi lepas hug dia, dia ok. After 2 minutes baru dia potong guna laser. Lepas tu guna plastibel, macam ring and dia ikat keliling kulit hujung tu. There! Dah siap!
Ada la darah sikit-sikit. Tak ada ubat sapu apa. Cuma dapat paracetamol sebagai pain killer kalau dia cranky. Setakat ni Abdullah cranky pun, managable la. Tidur malam pun dia tak ganggu. Tapi kena kerap salinkan diapers.

Penting, before circum make sure baby bersih, kalau poopoo sila cuci dulu. Takkan nak handover anak yang kotor kat surgeon tu. Lepas circum, pakaikan diapers longgar-longgar je. I pakaikan dia diapers saiz XL. Kalau dia poopoo boleh basuh dengan air macam biasa. Mandi pun macam biasa. Jaga macam kita jaga pusat yang belum jatuh tu.

Surgeon bagitau, nanti ikatan tu akan jatuh sendiri. Dia akan kering antara tujuh ke sepuluh hari.

So, inilah wajah anak bujang mami selepas khatan.


Ada yang cakap, budak yang khatan awal ni, cepat matang, wallahu'alam. Akhirnha, Abdullah dikhatankan juga pada usia dua bulan sepuluh hari. Impian mami untuk khatankan anak lelaki seawal yang boleh termakbul juga.




Alhamdulillah 'ala kulli hal...


No comments:

Post a Comment