Nuffnang

Wednesday 18 June 2014

Express Hijab Tutorial

Wahhh! Tajuk mesti kasi gempak! Padahal bukan ada apa sangat pun. Entry kali ni i nak share my latest hijab style. Poyo sangat bunyi dia.

I tak reti nak berbahasa hijab-hijab ni. Dengan hijabista la, hijabers la, hijabstyle la..zaman i tak sebut perkataan hijab ni. I lebih selesa sebut 'tudung'. Tudung tu sejenis hijab. Hijab is a veil that covers head and chest, particularly worn by muslim women. Apa-apa je la.

Dulu masa kecik i pakai tudung empat segi ikat kat belakang. Pergi mengaji, pergi tuisyen, pergi ko-ko. Sekolah rendah, tudung tiga segi yang ada dua lapis tu. Sekolah menengah, tudung tiga segi tp tak hanging sangat dan tak la labuh sangat. Ustajah sedang-sedang.

Kat Asasi UM, i pakai tudung cotton plain yang hujung dia ada tassle tu. Kadang tudung turki. Masuk first year kat UM, i selesa guna bawal yang sulam kat tepi. Pin satu under my chin and selempang ke belakang.

Shawl. I bought my first shawl when i was 18. At that time, shawl glamour sebab Wardina and Wahidah Wassini. Tapi i jarang pakai sebab leceh. Nak kena guna banyak brooch, pin, and kena lilit sampai rasa tercekik. Kepala keras tak boleh pusing kanan pusing kiri. Rimas.So i tak pakai shawl lagi hingga my second year.

Again i bought a few shawls yang lebih kecil dan pendek, dari material chiffon and satin. This time tak ada lagi lilit sampai tercekik. I used only one brooch, pinned under my chin and selempang ke belakang. I ni on the move, nak berlari-lari ke kelas, ke lab, tak boleh nak guna sepuluh brooch, 28 pin dan lilit tudung setengah jam. Cannot. Mati tercekik i depan cermin nanti. Lepas tu kalau pakai banyak brooch, nanti nak solat leceh nak buka and kira balik brooch tu. Kot terkurang la satu, kan terbang tudung tu nanti.

Shawl gaya malas ni i pakai sampai masuk final year. Waktu tu di Science Faculty i seorang je pakai shawl yang macam tu sampai orang dah kenal i as budak Sc pakai selendang. Pergi Mid Valley siap ada orang nak tumpang taxi yang i tahan and cakap "akak nak balik UM kan? Kitorang nak naik sekali boleh? Kitorang tau akak Sc Fac kan?" Boleh macam tu. Lepas tu ada pulak "ada orang nak fon number kau, dia kata nak kenal dengan budak Sc Fac yang pakai selendang". Lepas tu i noticed tiga empat orang pakai selendang gaya malas macam i pakai tu. Gillos!

Habis zaman study, i selesa guna bawal yang ada batu di keliling tu. Time tu harga RM50 sehelai. Mahal. So i beli beberapa je, selebihnya i pinjam my mom's (tapi tak pulang balik). Time ni pakai bawal guna tiga brooch, one under my chin and dua lagi on the shoulder. Alaa..butterfly style tu. Sampai i masuk kerja i pakai macam tu.

Bila tudung awning ni famous, i beli dengan banyaknya. Senang. Express. Sarung je. Tapi quite leceh because tudung awning ni tak lasak. To me kalau tudung tu kena handwash, tambah tak boleh sembarangan lipat and iron, ia tak lasak. Dan..untuk yang malas macam i, memang cannot. Sekarang tinggal dua helai je yang elok awningnya. Lain semua patah.

I bought a few Syria Hijab. Senang and super tahan lasak. Tapi kalau inner tak sesuai, i rasa tak selesa. I have a round face. So i need inner yang agak panjang di tepi.

2012 i beli beberapa shawl lagi after watching tutorial by Amenakin from Pearl Daisy. I selalu pakai style assymetrical tu sebab it will elongate my round face. Tapi it quite susah sebab guna banyak pin and brooch. Yang i suka Amenakin punya tutorial ni sebab shawl yang kita pakai akan nampak kemas dan tak ada pun rasa nak tercabut.

Tips yang i dapat dari Amenakin, those yang ada round face tak boleh wear hijab yang wrap the kepala ketat-ketat. Tak boleh wrap pipi ketat-ketat. Semua tu akan buat muka nampak lagi bulat. Hijab style yang sesuai untuk round face is something yang drapey, yang loose kat tepi pipi dan drape tu kasi panjang di bawah dagu sebab akan bagi ilusi muka lebih panjang. Kalau pakai inner, kena pakai betul-betul kat atas anak rambut supaya dahi nampak luas.

Recently i tergoda dengan Sugarscarf punya express shawl and i bought one. Belum berkesempatan nak pakai sebab tak se-express yang i expect. Still, kena ada brooch and pins and the material tu pulak chiffon and satin. Ringan dan licin dan sangat kena berhati-hati takut tertanggal. Cannot..lagi.

Try punya try, i terfikir satu hoodie style yang sangat simple. Entah tak ingat i tonton di mana, tapi baru-baru ni i selongkar shawl lama, cuba-cuba pusing, and tarraa!

Jadilah satu hoodie style yang sangat express, sangat drapey, loose aje dan penting sekali boleh pakai tanpa brooch langsung! Tapi kalau nak secure, just pakai dua pin sahaja. Dan nak kemas lagi, boleh tambah dua brooch atas bahu kiri kanan.

Firstly, pakai inner then pegang hujung shawl (sebelah luar menghadap depan, sebelah dalam menghadap kita)

Lepas tu, ikat dua hujung ni ke belakang tengkuk. Ikat dua kali nak secure.

Next, twist kan shawl and masukkan lubang tu ke kepala.



Then kemaskan bahagian atas bahu and drape depan dada.




Boleh secure dengan brooch atas bahu and pin tepi kepala so that hoodie tu melayang-layang macam mana pun, tak terlucut.




There! Dah siap! Style ni boleh cover the chest. Trust me, pakai ni sangat selesa, tak panas, tak rasa rimas, leher rasa free, angin boleh kena leher, anak tarik-tarik pun boleh betulkan balik dengan senang, nak menyusu anak senang, ada extra coverage, nak singgah solat mana-mana pun senang. Ambil wuduk pun senang, tak payah bukak semua, cuma tolak hoodie ke belakang and tarik inner ke depan, lepas tu sarung je balik.

Sesuai untuk orang yang malas nak jaga awning, malas nak brooch dan pin sana sini, malas nak melilit bagai tapi mahukan style yang express dan tahan lasak!

Anak dah tiga...kena express serba serbi.

Satu lagi selfie dari tuan tanah. Jap.



No comments:

Post a Comment