Nuffnang

Monday 7 September 2015

Puding Raja

Assalamualaikum wbt.

Dah tak ingat berapa kali Tuan Syed ulang-ulang cerita tentang keenakan Puding Raja. Puding ni katanya famous di Negeri Pahang. Hanya dihidang di meja-meja VIP sahaja. Baru-baru ni di Karnival Usahawan Desa ada booth yang jual puding ni. Mengenangkan isteri belum pernah merasa juadah DiRaja ni, si suami tapau sikit untuk dirasa.

Sedap. Memang sedap. Rasanya ada unsur-unsur royal taste. Rupanya juga sangat cantik. Sesuai dengan namanya Puding Raja. Tak cukup satu, ulang lagi. Sampai si suami ulang balik ke booth untuk beli lagi. Tak senonohnya tekak orang berpantang ni.

Memandangkan harganya yang mahal, i google resipi. Jumpa di blog Kak Azie. Tempek siap-siap di sini supaya tak lupa. Nanti bila-bila rajin baru nak cuba buat sendiri. Lepas tu kalau ok, kita buat niaga. Gitu opportunist nye akak ni ;-)

Ok, ini resipinya:-


Puding Raja

Sumber: buku Air Tangan Tengku Puan Pahang

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:

4 sikat pisang lemak manis - buang kulit

1 cawan biji gajus - digoreng

2-3 genggam jala emas

200gram buah prun - potong 4

Buah ceri merah/hijau

2 sudu besar minyak sapi

Minyak untuk menggoreng


Untuk Kuah Puding:

1 tin susu cair

3 biji telur - ambil kuning sahaja

1/2 tin air

1-2 cawan gula (ikut citarasa)

Daun pandan - simpul
Esen vanilla


Cara memasak:

Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.

Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.


Kuah Puding:

Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. 


Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak  bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.


Cara Menghidang:

Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.

Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus.

Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.


Thanks a lot Kak Azie. I suka resipi-resipi yang Kak Azie kongsi. Banyak resipi Kak Azie yang i dah cuba dan memang sedap serta menjadi. Kan sesetengah orang kadang bagi resipi macam tak ikhlas. Kurangkan itu kurangkan ini, then bila kita cuba, masakan kita tak menjadi dan rasanya kureng. Tapi resipi dari Kak Azie ni memang ok serba serbi, memang cukup rasa.

Tapi dalam resipi Kak Azie tak cerita macam mana nak buat jala emas sebab jala emas boleh beli di Pasar Siti Khadijah Kelantan. Tapi kalau nak buat sendiri jala emas tu, boleh refer kat sini.

Ini lah rupa Puding Raja yang i makan tu.

Puding raja original kena ada Jala Emas, pisang lemak manis, gajus, prune, ceri merah dan hijau, dan kuah custard. Yang tu puding raja asli. Sesetengah orang gantikan ceri dengan benda lain macam strawberry ke, ganti gajus dengan kekacang lain, sedap juga tapi tak feeling macam kerabat le..! :-)

Kalau nak order yang i makan ni, boleh contact nombor dia. Yang ni nak kata sedap, i tak tau lah sebab inilah pertama kali i rasa. Belum pernah rasa lagi version lain. Tapi memang kena dengan tekak i. Tak manis sangat, tak muak sangat. I tak ada share apa-apa komisyen ye di sini.


Puding Raja Wadira : 013.920.4979 / 012.984.6482

Sebenarnya i pernah makan jala emas tu dulu. Waktu tu paksu i kahwin, satu daripada hantaran maksu i yang berasal dari Kelantan ni ialah jala emas. Waktu tu ada manisan warna emas dibentuk seperti telur dan kelilingnya disusun jala emas ni ala-ala sarang burung. Cantik keemasan tapi kami semua tak tau cara nak makan jala emas ni. Kalau tak...mesti akak dah jadi tokeh besar jual Puding Raja ni!

No comments:

Post a Comment