Nuffnang

Wednesday 24 December 2014

Wanita Kiasu ke Legoland

Assalamualaikum...hari ni tutup kedai sebab esok cuti Krismas and i sambung one day off on that Friday, insyaAllah to balik Penang. 

Hi Emma. Betul soalan you tu. I pernah juga came across articles yang bagitahu tentang CoolFever, Panacool, Hisamitsu and lain-lain yang seangkatan dengannya. Katanya, ia akan membuatkan panas dalam badan anak ditarik ke kepala dan menyebabkan kerencatan saraf. Tapi, ada kajian yang menunjukkan kaedah-kaedah lain yang biasa kita guna seperti sponge badan dengan wet towel, tanggalkan baju seluar anak, bagi direct fan/ aircond kepada anak, semua tu juga sebenarnya tidak berkesan untuk meredakan demam. Sebab these methods sebenarnya will cause them menggigil dan akan increase their core temperature and demamnya akan jadi lebih tinggi.

So kaedah terbaik adalah menggunakan antipyretic macam paracetamol ke, ibuprofen ke. Tapi baby below one year old tak boleh bagi ibuprofen. Kalau my anak-anak tinggi sangat mencecah 39 celcius degree, we just masukkan supp (ubat bontot) je. I ni kalau selagi anak belum cukup empat hari demam, memang trauma nak bawa ke hospital sebab pernah kena marah dengan doktor sebab masa tu anak baru sehari je demam dah bawa jumpa dia. So, memang i just monitor their condition - dehidrate ke tak, naik ruam ke tak, kulit pucat ke tak, ada bengkak-bengkak ke tak, and yang penting dia punya breathing, kalau nafas dia laju and ada bunyi cepat-cepat lah bawa ke hospital.  

Jadi, untuk bosses di luar sana, kalau staff anda mohon cuti rehat dengan alasan anak demam, please please please jangan keluarkan statement "asal anak demam je nak cuti". Kalau anak i demam takat sikit-sikit manja-manja, memang i hantar je ke kindy/ nursery, itupun dengan rasa bersalah sebab takut sangat kalau-kalau anak orang lain akan berjangkit dengan anak kita.  

Bernadettes Play Clay ada tanya i, how soon had i conceived again after RAI dulu. I buat RAI on 13th April 2013. My last menses before conceive tu was 23rd June 2013. Our first love lepas my menses was on 6th July 2013 - that was the soonest i might be conceived. Maknanya, i kemungkinan pregnant lebih kurang 84 hari selepas RAI. Memang i bagi semua date yang i dah mark tu kepada doktor. Segan pun ada, tapi dah namanya perempuan, kita tend to ingat hampir semua events, important dates. Sebab tu wanita ini rumit. Lelaki, kalau nak complain banyak on kerumitan wanita, please don't get married. Rumit-rumit mak ni, berasas ye.



Lagi cerita wanita. Ini wanita kiasu pula. Finally, sejak sekian lama berkira-kira nak bawa the girls ke sini, recently baru dapat peluang. Itu pun sebab the walid ada kerja di Johor, so we dengan tak malunya tergedik-gedik mengikut. Yeay!! Tak sia-sia usaha this kiasu mami memujuk rayu selama ni. Anak orang lain dah pergi berkali-kali. Anak kita baru je dapat pergi. Thank you walid! Tengok, rumit mak engkorang ni ada asasnya tau.


We bought the tickets online to avoid long queue. Ok, tipu. bukan kami tapi dia, si lelaki dewasa itu. Kami pergi Dry Park aje. Water Park kita pergi lain kali. So, cabaran ketibas (ketiak basah) pun bermula. Pergi ni kami memang survival sehabis-habisan. Memang i dah went through all the comments and blogs yang cerita pasal Legoland, those what-to-bring list, what to do, what to play first. Betul lah, bila tengok orang lain, siap bawa baju, tudung, telekung, makanan, air berkotak-kotak, kiranya stroller anak dia dah nak sama dengan lori pindah rumah! My concern was drinking water je. I dah siap pegang drinking bottle tapi Tuan Syed dah cakap siap-siap kat dalam kereta "beli je kat dalam". Dan bagus sangat sebab we forgot to bring baby carrier, tapi Tuan Syed cakap "kita gilir-gilir dukung Abdullah". Ok, fine...kita tengok setakat mana kelaratan kami mendukung budak sepuluh kilo ni.





Di The Dragon ni lah yang dua budak ni main sepuas-puasnya. Their first roller coaster ride. Their height dah lepas paras bahaya, paras no entry. Tapi, they could only masuk dengan adult sahaja.



Muka happy. Dia ni lah yang paling baik on that day. Tak cranky pun. Apa orang buat, ke mana orang bawa, dia mengikut dengan senyum. Walaupun hanya boleh main di PlayTown, tetap senyum juga. Belum faham lagi...



We rented this twin stroller and sangat worth sebab bila Abdullah tidur, we just put him kat atas hood tu.


Cuaca sangat panas. Memang lekas dehidrated. Entah berapa kali refill Sprite ni. Kesian dua Puteri Lilin ni.





Agak-agak ketiak dah basah, kita masuk kejap ke tempat-tempat yang ada aircond.


I sangat suka Baby Care di sini. Sangat luas dan selesa.


Yeay!!! Wanita kiasu nak belanja selfie satu!


Pakwe yang sangat sporting. I berkepit dengan dia je. Tuan Syed pulak bawak dua-dua handbag tu ulang-ulang naik roller coaster.




Kami masuk jam 10.00 pagi and keluar jam 5.00 petang. Kata Maryam "Penat lah mami. Tapi seronok." Ok, cukup sekadar itu. Babai dulu Legoland ni, see you in the next five years! Nanti datang lagi, adik dah boleh main pula.


On the way home, we made a stop kat Nasuha Herbs at Pagoh. Beli rempah serba sedikit. Memandangkan di rumah ada banyak Sambung Nyawa, i saja ambil gambar ni, buat motivation untuk makan ulam ni hari-hari. Bagus, banyak khasiat ye. Ni ulam kadang-kadang merimbun tak sempat nak petik.


So kita tempek gambar tu di sini, moga-moga turut membakar semangat kalian untuk mula amalkan ulam-ulaman. ulam = khasiat = sihat = cantik = wanita

Ok, babai...nak balik basuh and pack kain baju, esok nak travel, see you!

No comments:

Post a Comment