Nuffnang

Tuesday 19 August 2014

Mengandung Selepas Rawatan Radioactive Iodine

Salam all.
Sekejap je budak ni dah membesar. Rasa macam baru semalam je i lahirkan dia.


Seperti yang dijanjikan sebelum ini, kali ini i nak cerita tentang ‘mengandung sebaik sahaja menjalani rawatan radioactive iodine’. Pertama sekali I nak ingatkan, ini hanya cerita pengalaman i sendiri ye. Again, I ni bukanlah medical professional yang ahli dalam bidang ini untuk memberi huraian fakta dan hujah-hujah berbentuk ilmiah. Sekadar berkongsi apa yang i sendiri pernah alami.

Kalau you all refer ke entry ini, i menjalani Radioactive Iodine (RAI) pada 8 April 2013 to cure my hyperthyroidism. Alhamdulillah, kini after setahun post-RAI, i tidak perlu consume any ubat hormon sebab i punye Thyroid Stimulating Hormon (TSH) masih normal (average), maknanya i bukan dalam kategori hypothyroid. Alhamdulillah.

Di mana-mana hospital/ pusat rawatan pun, kesemua pesakit yang menjalani RAI ini akan diberikan a list of precautions, dan salah satu daripadanya ialah you can not conceive dalam tempoh enam bulan after RAI treatment. Faham tu, ia tak boleh, it's a no, no exception, ok!

Mengapa? Dari explanation yang i dapat from medical officers, dan juga a few readings, pregnancy has to be avoided within six months sebab radiation masih berlaku dalam badan kita dan kesannya 'boleh' menyebabkan development of the fetus terjejas. Senang cakap, ada risiko keguguran atau baby berkemungkinan cacat. 

I sepatutnya 'berpantang' sehingga 7 Oktober 2013. Tapi, ditakdirkan i had conceived very soon after RAI, that was nearly three months after the treatment. Dan i menerima takdir kehamilan ini dengan positifnya. Lebih kurang empat bulan kot after RAI, i went back to Klinik Nuklear HKL for post-RAI check-up. Dari rumah lagi, i dah agak i akan kena marah sebab melanggar medical advice. Bila sampai my turn, I told the MO that i was pregnant.

Surprisingly, the doctor tak ada pun memberi respon like melompat dan marah-marah macam mana yang i fikirkan. Doctor tu siap kira semula tarikh i buat RAI, tarikh my last menses, tarikh-tarikh i fertilized, tarikh i berkemungkinan conceived. Lepas tu she referred my case to another doctor for second opinion. After that, the specialist kat klinik tu pula datang to confirm those dates yang i bagi. Masih tiada sebarang tanda-tanda yang i akan dimarah soon.

Dia bagitahu "Kita akan discharge you from our clinic (nuclear clinic) and you can continue antenatal check-up macam biasa. Kita tak advice you datang lagi klinik sini sebab sini kawasan radioactive, bahaya untuk you. And we will refer you to Putrajaya Hospital for further check-up. They have Combine Clinic yang ada doktor pakar from both O&G and Medical Clinic".

Dalam hati i, 'hurmm, itu je yang doctor boleh cakap?'  Dengan muka tak puas hati sebab tak kena marah, i tanya risiko-risiko dek kerna i melanggar precaution tersebut.

Menurut doktor, radioactive decay ni mengikut half-life rule. I mula teringat subjek Fizik yang i belajar. Maknanya, ia diminish in a period of time sampai la ia no longer hazardous. Tapi, radiation kesan daripada RAI treatment ini sebenarnya tidak lah terlalu berbahaya, in fact menurut doctor tu, radiation dari our handphone adalah berkali-kali ganda lebih hazardous daripada RAI treatment. So, tempoh dua minggu kuarantin yang diorang bagi tu sebenarnya dah sufficient enough untuk hilangkan saki baki kesan radiasi. Tapi, memang dah menjadi syarat dan peraturan, diorang mesti mengeluarkan precaution yang sedemikian kerana diorang ni pihak yang opt for radioactive tu.

Mendengar explanation ini, i makin positif. 

I terus set appointment dengan Dr.Khamsiah @Annur Hospital. After raya, i went to see her. She was very surprised to hear that i had conceived in less than six months period of time. She said berkali-kali "You have to follow medical advice". Katanya, bila dah accidentally happened macam ni, dah tak boleh nak patah balik.

She told me this. Dia pernah handle satu kes, her own friend, he is a specialist. Dan his wife was infected by rubella virus at the early stage of her pregnancy. It is a serious matter, which most babies akan dilahirkan cacat seumur hidup (congenital rubella syndrome - an incurable illness). Tapi, apa yang jadi kepada kawan dia ni, isterinya mengalami miscarriage. 

At that time, i jumped to conclusion, Dr.Khamsiah cuba nak bagitahu i yang it is so risky to proceed with the pregnancy, or my baby mungkin dilahirkan cacat, or i akan mengalami miscarriage di pertengahan pregnancy. Itu apa yang i rasa. So i asked her "Perlu ke saya terminate this pregnancy?"

Dia jawab "Saya tak akan advice you untuk terminate. Kalau Allah takdirkan baby ni tak sihat, dia akan jatuh dengan sendirinya. Tapi, insyaAllah, kita akan sama-sama monitor your pregnancy. Nanti dah masuk lima bulan, kita akan buat 3D Scan to see the baby's development." 

Still i rasa nothing confirming yang my pregnancy ni sebenarnya risky or not, my baby will be born cacat or not. Memang waktu tu tak ada sesiapa yang boleh janji yang baby i akan lahir cukup sifat dan sihat melainkan Allah Taala.


I rasa sedih sangat bila ada kawan-kawan dan saudara-mara bagi negative response on this. Ada yang cakap “Memang lah doctor tak advice you untuk terminate, tapi, you kena lah faham-faham sendiri”. Itu ayat yang paaaaaaaling sedih I pernah dengar. Siapalah diorang yang beria-ia nak advice i supaya request for pregnancy termination.

I tetap teruskan kandungan dengan menjaga pemakanan dan kesihatan. I siap mintak pada Allah, tolonglah jangan pilih I untuk membesarkan ‘anak istimewa’ sebab I tau I tak cukup kuat untuk tanggung semua tu. Tapi kalau Allah nak juga uji I dengan cara itu, I mintak padaNya, hadiahkan dia kepada I dengan pakej kekuatan mental dan fizikal yang luar biasa. Allah...

Alhamdulillah, my post-RAI-pregnancy journey went smoothly. S.M.O.O.T.H.L.Y. I tak mengalami sebarang morning sickness - sebab ianya anak lelaki. I mengalami low hemoglobin - but i did consume Iberet, and it helped! I was quite lasak especially masa dah masuk the second and third trimester. Siap i boleh ulang-alik Putrajaya-Enstek untuk monitor kerja-kerja renovation rumah baru, i boleh basuh rumah baru tu berkali-kali without hiring any cleaner, turun naik tangga dan memanjat sana sini pack and unpack and mengemas barang-barang semasa we pindah rumah, you know kerja-kerja pindah rumah - how tiring it is! Tapi maybe sebab i was excited masuk rumah sendiri, sebab tu i rasa seolah-olah i had gained extra energy.







 


From 3D and 4D scan, no abnormalities were noticed. Tapi itu pun only on the physical development sahaja, brain development was excluded.

Month by month, day by day, doa by doa, Alhamdulillah, Allah Taala kurniakan this little caliph, sempurna dan cukup sifatnya dan yang penting, sihat tubuh badannya. Allahu Akram…





After apa yang i dah went through ini, i harap bolehlah berkongsi dengan kawan-kawan di luar sana yang mungkin mengalami situasi yang sama - mengandung selepas rawatan radioactive iodine. I dah lama nak update tentang ini especially at my early pregnancy dulu, tapi waktu tu i fikir, biarlah i experience dulu the whole pregnancy, mana tahu kalau-kalau ada simptom yang luar biasa or terjadi sesuatu yang buruk dan boleh dijadikan pengajaran. 

Tapi Alhamdulillah, Allah has eased everything. I kongsikan ini pun sebab waktu i mula-mula tahu i pregnant, i buat search mengenai perkara yang sama tapi information yang i dapat sangat limited. Again, tidak ada sesuatu yang dapat mengesahkan bahawa mengandung soon after RAI ini adalah highly risky. Dan tidak ada satu pun yang boleh membuktikan tempoh terbaik you boleh conceive balik selepas RAI.

Even though gynae kata ia risky and can affect the baby (sebab memang lah ada kes yang miscarriage tu), after all, dia bukan pakar perubatan nuklear. Actually, segala pertanyaan i (boleh ke tak boleh, bahaya ke tak bahaya) telah terjawab bila mana specialist di Klinik Perubatan Nuklear tu bagitahu yang radiation dari our handphone pun lagi bahaya sebenarnya daripada RAI therapy. Semua orang ada hp kan? Tidur malam pun hp sebelah telinga. And, semua kandungan pun ada risiko-risikonya yang tersendiri. Maknanya, mengandung yang bukan post-RAI pun, orang boleh miscarry, betul tak? Kadang tu si ibu sihat walafiat, tak ada infection apa pun, Allah bagi juga dia 'anak istimewa', betul tak? Sebab, itu semua rencana Allah Taala. Mungkin rezeki i kali ini begini. Kali yang lain, wallahu'alam.

Tapi, seboleh-bolehnya ikutlah medical advice.



Salam Sayang Buat Yang Terlajak Laris,
-mamianaktiga- 

13 comments:

  1. Salam. Sy nk tanya awk mengandung lepas RAI berapa lama? And berapa dos awk kna minum radioiodin tu sebelum awk dapati yg awk preg?

    ReplyDelete
  2. Salam akak..macmna sy boleh hubungi akak..sy ad mslah n cerita kita lbh kurang sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Can email me at erdaroslankhairi@gmail.com

      Delete
  3. Copied daripada my email-for sharing.

    Hi kak.Sy elsie, berasal dari miri sarawak. Sy mengalami masalah lebih kurang macam akak.saya mnghdap kanser tiroid.Sy minum RAI pada 15/6/15 dan sy mndapat tahu yang sy preg pada 27/11/15 apabila sy mnyuruh suami mmbeli PT di watsons dan sy positif hamil.Doct memang prnah bgtahu at least after 6 months baru bole preg,tapi sy sndiri tak jangka yang sy akan preg scepat ini.Sy betul2 sdih.Apabila sy try google dan terbaca blog akak,sy rasa lega sikit.tapi sy tak bole nak yakin sangat, sebab sy prcaya lain orang lain nasibnya.Belum tentu apa yang brlaku kpd akak akan brlaku pada sy.sy memang tak pnah bhenti risau dan sedih sebab sy takut sy kguguran or lahir tak normal/cacat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Elsie,
      Congrats on your pregnancy.I know how you feel. Keep calm and stay strong. Get proper medical/antenatal check up and on top of that, take a good care of yourself - mentally, spiritually & physically. A baby is a precious gift, a blessing from god. Wishing you a hassle free pregnancy and hope you're blessed with a happy and healthy baby.

      Delete
  4. Assalammualaikum..
    Sya hrap sis msih aktif n sesiapa can help me bgi semangat
    Sya bru buat rai 23/11/16 n now!! Im prgnant .. Rsanya x smpi sebulan slpas rai sya treksidnt prgnant.. Sya takuuuuuuuuutt... Apa sya nk buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang memberi kesembuhan kepada sis, yang mengangkat kesakitan dan digantikanNya dengan rezeki anugerah paling hebat! Congrats on your pregnancy! Am soo happy for you! Jangan takut, perancangan Allah Taala paling baik..insyaAllah. What can i say.. you should seek medical help - preferably specialist di klinik perubatan nuklear (tempat you supposed to follow up after RAI tu) & gynae (soon after). I was so lucky sebab both clinics tempat saya refer tu sangat-sangat lah supportive and guided me accordingly..alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan jua segala urusan sis.

      Delete
    2. So macam mana keadaan sekarang saya pun mengalami masalah yang sama

      Delete
    3. Sekarang my TSH TFT dah normal, dont need any anti thyroid or ubat hormon, no more.and syukur we r blessed with a healthy, active, and cheeky post-RAI baby - going to turn four soon. He also went for TFT and alhamdulillah he is normal. So far tidak ada any abnormalities dalam tumbesaran dia - physically and mentally. pendek kata dia membesar dalam range yang sepatutnya. As for me pulak, since dah tak consume any ubat,i do enjoy the fun of maintaining the metabolism naturally tru healthy diet and exercise.alhamdulillah Allah had eased my thyroid treatment, post-RAI pregnancy and post thyroid journey. I learnt something from this memorable journey - if we are not expert, get advice from the expert.bila jumpa doktor,make sure you tanya macam2 kat doctor tu - their advice will help you a lot. Moga menjawab.

      Delete
  5. TeethNightGuard is selling personalized fitting and highest quality custom made teeth protectors.

    ReplyDelete
  6. Salam Puan isteri saya tengah pregnant 10weeks after 4month RAI.saya nak sangat dia keep in touch dgn puan. boleh tinggalkan email or fb or socmed yg boleh dia follow.

    ReplyDelete
  7. I am already done with RAI on January 2017.. Tapi untill now I masih takut if I ter pregnant.. All this sebab kata2 doctor tentang maybe I would have baby yang cacat..

    ReplyDelete
  8. Thanks and I have a nifty present: Can You Hire Someone To Renovate A House house renovation budget

    ReplyDelete