Nuffnang

Friday 15 August 2014

Welcome To The Family, Frangipani

Hello all. 

First of all, let's remind ourselves that tomorrow is Saturday, yeeehaaa!! 

My lunch hour today was really good. I got myself my first frangipani ever. Selalunya kemboja ni orang tanam di kubur, tapi yang tu dibiarkan membesar begitu saja. Untuk lanskap, biasanya frangipani ni dijadikan bonsai. Pokok ni mempunyai daya tahan yang agak tinggi terhadap sinaran matahari.
Friday Frangipani (Kemboja Jumaat)

Two of them, actually to replace my super scary bird nest. Dah penuh semak samun.
Rumput liar lagi segar, macam mana ni? 

Dah lama i mengidam nak ada frangipani. Nampak sangat mengujakan. Why? Sebab ubi yang tersembul keluar tu ala-ala bonsai. As usual, i got this from Xue Bang la. It costed me RM25 X 2 = RM50. Ada yang lebih besar kalau you all suka, about RM150. Yang tu agak senang, balik  rumah terus saja salin dalam pasu lepas tu biar saja. Tapi, tak challenging lah!

I prefer something yang akan membuatkan i value my own effort. I kan suka menyusahkan diri dalam bab yang bukan-bukan. Like this, beli pokok yang kecil, ubi pun tak besar mana, lepas tu balik salin dalam pasu, dan bila ubi dah agak besar, ganti lagi tanah, dan naikkan akar ni so that makin lama ubi yang tersembul keluar tu akan lebih gemuk dan lebih cantik. You create your own bonsai. Bukan setakat beli, susun dan siram sahaja. So tadi i sempat tanya macam mana cara nak naikkan akar bonsai ni. Begini caranya:

1) Masa mula-mula beli, salin pokok ni ke bigger pot. Make sure tanah tu menutupi ubi yang sedia ada. Ini bertujuan untuk memastikan ubi tadi membesar dengan lebih cepat.
2) Selepas beberapa ketika (not sure how long) selepas ubi mula membesar, keluarkan pokok dari pot.
3) Ganti tanah.
4) Tanam semula pokok dengan menaikkan ubi yang telah besar ke permukaan tanah supaya ubi di bahagian bawah (dalam tanah) pula membesar
5) Cuci bahagian akar/ ubi yang tersembul.
6) Repeat step (2) to (5) untuk mendapatkan hasil bonsai yang cantik. 
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan
Cantik akar bonsai-bonsai ni. Berketul-ketul dan bersilang-silang. Itulah seni dalam bercucuk tanam frangipani, dan pastinya this kind of satisfaction lah yang membuatkan kita akan lebih appreciate this sweating-like-hell-hobby ni.

Hehehhhheh..at least i dah ada activity untuk esok hari to burn all the super-duper-stubborn-raya-fat.
What about you?

No comments:

Post a Comment