Nuffnang

Monday 25 August 2014

Weekend Nan Manis Bersama Cik Yam, Cik Yah dan Pak Lah

Salam Isnin nan indah dan mendamaikan (ayat motivasi).

Semalam dalam Nona, Datuk Freida Pilus ada berpesan, petua untuk wanita berkerjaya dan berjaya ialah, pagi-pagi tu especially hari Isnin:
  • Wake Up - bangun jangan malas-malas
  • Dress Up - pakai cantik-cantik, pakaian yang elok-elok
  • Show Up - pergi kerja, tunjukkan kemampuan diri
  • Never Give Up - jangan putus asa
So, weekend dah habis. Sekejap je masa berlalu. Rasa baru je pick up anak-anak petang Friday dengan mood bersantai-santai and no rush. Ok, ini entry bergambar. Throwback nanti kita sambung lagi ye.
Santai petang Jumaat dengan si cilik, si kecil, dan si kenit. Cuaca petang pun ok, redup dan masih ada matahari. Sampai awal, boleh lah begini selalu.

Tiga jenis bunga baru, hadiah daripada Tuan Syed yang baru turun dari Cameron Highlands, belum disalinkan ke pot baru. Tuan Syed kata biar pokok ni hilang stress dulu. Tapi i gantung dulu yang ini, stress i tengok fesyen rambut afro dia menyapu lantai.

Menu special meeting petang Jumaat. Dah siap alas perut, jadi boleh lah berlama-lama di luar rumah petang tu.

Saturday memenuhi invitation kawan ofis Tuan Syed, Encik Mat Daud, ada kenduri doa selamat sebab dia nak pergi haji. Semoga beliau dan isteri mendapat haji yang mabrur, InsyaAllah. After makan-makan, we made a stop at Sungai Gabai Waterfall. Then, the kiasu parents episode started. Dua hari lagi dak demok ni nak mencecah five months, the walid rendamkan dia dalam air, bagi kakinya pijak-pijak pasir, pijak-pijak batu.

Sejuk air ni, kesian the baby, nak senyum pun tak sanggup. Ketat aje muka dia.



Dah pandai nak cuba apungkan diri. Bila the walid lepaskan punggung dia dalam air, kakinya bersungguh-sungguh mengayuh macam itik. Ok, bagus. It was a good start, boy. Nanti kita cuba lagi ye.
Ok, ini memang mami confused. Mami makin tak paham pose gaya apakah itu, kakak? Makin lama makin macam patah pinggang, makin macam patah lutut je mami tengok.
 Soul sisters. Harap sampai ke besar jangan lah kalian bercakar-cakaran ye.
Korang mampu posing dengan kaki macam tu? Ok, habis cerita mandi-manda. Weekend ni tak ada nak memasak beria-ia sebab banyak makanan jamuan raya ofis Tuan Syed yang dibawa balik. So, tak ada la gambar makanan. Cuma hati ni menggedik nak jugak share juga gambar makanan yang tiba-tiba terjumpa dalam phone.
Ni juadah berbuka puasa dulu. Homemade nasi kerabu. My first trial. Bahan-bahannya agak simple, tapi nak membuatnya sangatlah remeh. Jadi rasa rugi kalau nak tempek gambar di sini ye. Sampai berpeluh-peluh nak menyiapkannya sebelum waktu berbuka. Dah tu start masak lepas balik kerja pulak. Gigih tak kak ton?
Ini pulak namanya Kari Ikan Ibu Mertua. Ye, my MIL kalau buat gulai ikan, ikan tu akan dipotong kecil-kecil. Sebahagiannya digoreng dulu sebelum terjun ke dalam kuah, selebihnya masak terus dalam gulai macam biasa. Sebabnya, kata MIL, dulu masa dia duduk dengan ibunya, ibunya suka gulai ikan yang tak digoreng, tapi my FIL pulak taste nya ikan mesti digoreng dulu. Sebab tu dalam periuk ada campur-campur ikan yang digoreng dan yang tak. Lagipun, masak gulai ikan ni tak perlu rigid sangat, apa sahaja ikan yang ada, campur je, tu kadang-kadang dalam gulai ikan dia ada jenahak campur bawal lah. Senang kan, tak payah pening-pening fikir. My MIL masak gulai ikan ni letak rempah campur dan sedikit santan.
Ini last week punya baking. Requested by Maryam sebab dia nak tolong taburkan chocolate chip tu je sebenarnya. Dah lama tak buat muffin, so the mami pun complied. Nasib baik dia makan. Tapi sebab kat rumah tak ada muffin cup yang kecil, yang ada cuma yang besar saja, so dia makan satu je dah kenyang. Makan sambil main, sambil loncat-loncat. Lepas tu bertabur-tabur atas carpet atas lantai. Grrrrrrr!

Ini hari Rabu lepas, ada budak mengidam nak minum cendol. Kat Mercato Enstek ada restoran cendol, tapi i lagi suka cendol yang jual kat lori tepi jalan ni. So, i bagi Mardeyah duit and perati dia membeli dari jauh.


Tiba-tiba lepas dia order and tengok brader tu buat cendol, dia patah balik dengan muka nak menangis. Rupa-rupanya dia nampak brader tu bubuh gula hitam dalam cendol dia. Dia tak suka. Apa lagi, menangis beria-ia sampai brader tu rasa bersalah. Kesian! Anak oh anak, apa lah sedapnya cendol kamu kalau tak ada gula hitam...
Ada kiasu mami sedang menunggu-nunggu anaknya roll. Semalam Tuan Syed kata dia dah meniarap sendiri. I tak nampak pun, bila suruh dia buat semula, dia tak nak, terus telentang sambil masuk penumbuk dalam mulut. Haishhh!

Ok, selamat ulangbulan kelima, Adik Abdullah!

No comments:

Post a Comment