Nuffnang

Tuesday 2 September 2014

Wedding Anis Yang Manis

Salam all.

Buat @bengkungmoden, selamat berkenalan. Buat @akukacak, kalau ada kawan-kawan yang memerlukan servis pengangkutan tu, nanti i boleh recommend kan you.

Last weekend kami balik kampung Atok di Gerik,Perak. Ada wedding my cousin, Siti Nurul Hanis (Mak Long Anis). Perasaan seronok mengatasi segala penat lelah selama dua hari di kampung sebab dikelilingi keluarga dan sanak saudara yang manis-manis belaka.

Ok, let photos do the talking. 
Halwa betik Oma buat untuk hantaran kepada pihak lelaki. Ingat lagi, i dengan Oma duduk menghadap arwah my nenek, belajar cara nak ukir betik, cara nak masak betik ni sampai jadi halwa. Nak pegang pisau tu pun ada tekniknya. Nak pilih betik pun ada tekniknya. Halusnya seni orang dulu-dulu.
Rainbow jelly ni Oma order saja dari her friend. Yang ni untuk hidang kepada tetamu mempelai lepas akad nikah. Maryam panggil jelly donat, setiap setengah jam dia tanya bila boleh makan jelly ni.
Usie, before bertolak balik kampung. My kurung cotton tu, nak iron makan masa lima belas minit, tapi nak kedut balik, lima minit je dah cukup. Tensi.

Sampai je Gerik, terus terjah rumah my Mak Andak, adik Atok. Lepas tu the girls mandi-manda and i siapkan these dua pengantin ni.


My girls memang suka sangat pengantin. Siapa-siapa saja jadi pengantin, diorang yang akan teruja lebih. Tambah kalau family sendiri. Apa saja yang pengantin pakai, apa sahaja yang pengantin buat, semuanya indah dan cantik di mata mereka. Hatta pengantin pakai earings pun diorang datang cerita kat i. Pengantin tidur pakai t-shirt army pun diorang bagitau i. Lepas tu dapat curi-curi pakai crown pengantin, posing depan cermin, punya lah besar berkembang-kembang hati diorang. Anak oh anak...
Macam dalam gambar ni, Maryam request nak duduk atas riba pengantin. Korang berani? Nasib baik pengantin ni sporting nak ribakan kau, nak... 

Akad nikah di Masjid Jamek, Gerik after Asar. Alhamdulillah sekali lafaz, Mak Long Anis sah bergelar isteri kepada Pak Long Safiq. Welcome to our family, Safiq.
After akad nikah, this girl excited nak tolong Oma gubah bunga telur. Sama macam masa i kecik dulu. Kalau Oma ajak tolong dia gubah bunga pahar, bukan main seronok sebab orang lalu lalang akan puji 'rajinnya, cantiknya'. Kembang setaman.

Pagi Ahad, tak susah nak wake them up. Bila sebut nak make up, laju je masuk bilik air. 

Wedding ni buat di Multipurpose Hall. Dewan tu besar, seronok la budak-budak berlari here and there. Lepas tu dapat turun naik pelamin. Mak diorang ni penat bukan apa, penat mengejar anak-anak. 



Bersama Yaya. Yaya is my cousin tapi umurnya one year older than Maryam. So diorang panggil her Kakak Yaya. Ok, this time panggil lah kakak. Kasi chance... Patutnya kena panggil makcik yaya ni.


From the left: My opah, namanya Maryam juga, my Paklang, my acik, Oma and Mardeyah. Excited dengan kenduri kendara sampai makan pun nak kena paksa. Ingat main je. Senang kan jadi budak. Sekejap main, sekejap berlari, sekejap gelak, sekejap menangis. Budak-budak,kan... tapi lepas nangis, minta touch up muka. Korang mampu? 
Yang boboiboy ni pula, berjaga, tidur, berjaga, tidur je kerja dia. Tak merengek pun, sebab ramai yang tukang dukung dia. Kejap-kejap pass kat orang ni, kejap kat orang lain pulak, kejap kena kidnap untuk posing. 

Kitorang sekeluarga sempat lah bergambar dengan pengantin tapi lupa nak guna camera sendiri sebab time tu photographer yang ambikkan gambar guna camera dia. Cuma ada gambar sepasang love birds ni bersama-sama pengantin baru. Ok kita tempek juga gambar Atok and Oma di sini. Atuk yang dah basah ketiak.
Tahniah, Anis dan Safiq. Semoga rumah tangga kalian dilimpahi barakah dan penuh mahabbah, mawaddah warahmah. Ameen...

Kenduri hari tu, Tuan Syed tak dapat join sebab dia outstation. Sebab tu i tak berapa nak feeling-feeling pengantin baru nak posing atas pelamin. Kalau dia ada, mungkin i dah paksa dia naik pelamin and kitorang bersanding sekali lagi.

Sambil tu, dia whatsapp gambar ni. 
Memancing yang ini takpe ye, abang. Memancing lain...takmo hokeh?

Dulu dia pergi memancing, i siap gelak-gelakkan dia sebab susahnya nak tengok dia bawak balik ikan. Sekarang ni dia dah terror. Almaklumlah...semenjak berkawan dengan Orang Asli ni, makin bertambah-tambah skill memancing dia. Thumbs up, abang!

No comments:

Post a Comment