Nuffnang

Thursday 4 September 2014

Dia Maryamku

Pernah tak you all pertikaikan kenapa mak apak you all namakan you all dengan nama you all sekarang ni? I dulu kecik-kecik start tanya pasal nama i ni seingat i masa umur lima ke enam tahun. Tapi i tak cakap la yang i tak suka nama i ni sebab i suka keunikan nama i ni. Susah nak cari orang nama sama dengan i. So kalau di sekolah dulu, i jadi glamour la dengan keunikan nama i dan nama my father. Cikgu and kawan-kawan senang nak ingat.

Bukan apa, tiba-tiba i teringat kejadian satu weekend ni, waktu tu we were on the way back home dari Nilai3. Maryam tanya Tuan Syed, "Walid, kenapa walid letak nama kakak, Maryam?" Tuan Syed pun tanya dia kenapa. Dia jawab, "Maryam tak suka nama Maryam. Nama Maryam tak sedap."

Dalam hati i agak mesti dia kena ejek sebab nama dia nama klasik. Or mesti orang ejek dia ayam ke, tom yam ke...

She said "Fiqah (her close friend) cakap nama Maryam macam nama orang kat Mekah."

I dah start nak tergelak dah time tu. Tuan Syed provoke dia lagi, "Habis, Maryam suka nama apa?"

Dia jawab lagi, "Maryam suka nama Sarah." Ini memang i dah tergelak. Sabar je lah. 

My five-year-old- Maryam dah mula argue why we named her in such a way. Kelakar kan, alah..kita dulu masa sekolah pun suka main-main nama kawan-kawan. Asal pelik sikit, kita gelar dia macam-macam. Maryam pun experiencing the same thing la kot. In fact, dia pernah mengadu her cousin panggil dia Maryam Tom Yam. I memang tergelak. 

You know, Maryam is a bit of an unusual choice for a Gen-Y Malay parents to pick for their baby. But one fine day, i hope she will understand why did her dad name her Maryam. Here is the reason (copied from my fotopages).

Tuesday, 23-Jun-2009 17:28
Kenapa Maryam???


Kenapa Maryam??? 


Saidatina Maryam 'Alaihissalam seorang ahli ibadah dan seorang wanita suci dan sangat menjaga harga diri. Saidatina Maryam 'Alaihissalam menghadapi segala ujian dengan penuh kesabaran dan rasa redha menerima qadha dan keputusan Allah. Saidatina Maryam 'Alaihissalam dilahirkan dalam masyarakat yang celaru, ditohmah dan dihina, namun dia tetap mempertahankan keimanan dan kesuciannya. 

Satu surah dalam Al-Quran disediakan khas dan diberi nama Maryam. 

Walaupun sejarah penjilidan Al-Quran bermula pada zaman pemerintahan Uthman Affan namun begitu setiap nas disusun mengikut tertib ditunjukkan Rasulullah sebelum Baginda wafat. Selaras dengan ayat 9 surah Al-Hijr (mafhumnya) : “Sesungguhnya hanya Kami yang menurunkan Al-Quran dan Kami-lah yang akan memeliharanya," yang menyatakan Al-Quran itu kitab yang terpelihara. Allah yang memelihara kesucian Al-Quran dan Allah jualah yang menunjukkan jalan bagi para sahabat supaya menjilidkan Al-Quran. Alhamdulillah sehingga hari ini dengan rahmat Allah, kita masih dapat menghayati mukjizat agung Rasullullah ini. 

Asalnya, kami suamIsteri ingin menamakan puteri kami Maryam Radhyah dengan harapan puteri kami redhanya seperti Saidatina Maryam 'Alaihissalam, wanita ulung yang diuji Allah dengan ujian yang berat setara keimannya kepada Allah. Akan tetapi setelah berbincang dengan ahli keluarga, kami suamIsteri bersetuju untuk menamakan puteri kami Maryam yang telah tersedia pada empunya nama itu sifat redha,tabah dan sabar. Semoga Allah mengurniakan sifat-sifat Saidatina Maryam 'Alaihissalam di dalam diri Maryam. 

Amin

Suami Mommy
Walid Maryam

Shariffah Maryam Aidid, you are so beautiful and perfect and your name is...absolutely gorgeous on you!


Kerana kau sungguh istimewa...

No comments:

Post a Comment