Nuffnang

Wednesday 3 September 2014

Homemade Keria Dalam Kehebatan

Salam manis buat insan-insan hebat di luar sana.

Kenapa i kata hebat? Sebab setiap orang memang memiliki kehebatan masing-masing. Hebat di tempat kerja. Hebat di sekolah. Hebat mengurus anak-anak. Hebat mengurus rumah. Hebat dalam beribadah. Hebat-hebat belaka. Dulu i pernah ada bos yang sangat hebat. Dari kecil lagi dia memang hebat. Susah nak mencari orang se'hebat' dia. Masuk sekolah, dialah juga yang hebat. di Universiti, dia juga yang hebat. Di tempat kerja. dia juga yang hebat. Sampaikan ramai orang yang hebat-hebat pun akan panggil dia 'hebat'. I belum pernah jumpa orang hebat begitu sampai lah i diberikan peluang untuk bekerja di bawah dia. Memang hebat. 

Kerana dia ialah Hebat Hisham (Encik Hebat, jangan marah ye...gurau pagi). Dia memang hebat, bukan sahaja kerana namanya Hebat tapi courage yang dimilikinya. Bukankah nama kita sedikit sebanyak akan menyuntik roh/semangat nama itu sendiri ke dalam diri kita. Macam i, maksud nama i 'terimalah', so dalam banyak-banyak hal i akan pasrah (belum cukup kuat lagi nak capai tahap redha).

Ini bukan nak cerita tentang hebat, tapi adalah sikit the best in me (konon). Last week hari apa entah, i buat kuih keria. Yam and Yah suka sangat makan kuih ni. Diorang panggil 'kuih oma buat'. Tak kira lah tangan siapa yang uli doh ni, tetap oma yang dapat nama. Sebab oma yang first introduce kuih kampung ni kat diorang.

My version adalah version orang malas. I tak buat macam gelang tu. I gentel bujur-bujur je. Senang nak makan. Sekali ngap je, to reduce kebarangkalian gulanya bertabur semasa makan. Praktikal tak Kak Ton?

I takde la nak share resipi nya sebab kalau you all google, berlambak-lambak resipi boleh dapat. Tapi nak menceritakan gigihnya Kak Ton belajar dari kesilapan masa nak sira kuih tu. Dan kini menjadikan Kak Ton hebat dalam menyira kuih ni (hebat di kalangan adik beradik Kak Ton je la...)

I guna ubi keledek kuning tu. Tapi kadang-kadang i guna juga ubi kayu. Dua-dua pun sedap. Agak-agak je ubi tu dalam tiga ketul penumbuk, lepas buang kulit, rebuskan sampai lembut. Then lenyek sampai lumat and tambahkan agak-agak secawan tepung gandum. Setengah orang campur sikit tepung ubi. Perasakan garam. Lepas tu uli sampai melekit-lekit tapak tangan. Tabur tepung kat tapak tangan then gentelkan bentuk yang disukai. Lepas tu, goreng sampai perang.

Dah dekat nak sejuk, boleh mula sira. Kat step ni lah i selalu sangat failed. Bila berjaya je, i lupa daratan lepas tu bila nak buat lagi, failed lagi. So, kat sini i nak buat konon-konon catatan untuk diri sendiri macam mana nak sira kuih keria dengan cantik. Takut nanti esok-esok lupa lagi.

Mula-mula, make sure kuali betul-betul bersih, tak ada kesan minyak. Kalau nak sira dalam sepinggan kuih, agak-agak je la letak air dalam dua sudu makan. Lepas tu masukkan gula putih dalam empat sudu makan. Kacau dengan bontot senduk sampai dia sedikit likat dan berbuih-buih.

Then masukkan kuih keria yang dah digoreng tadi and kacau sentiasa sampai gula tu kering. Kering dia tu seolah-olah ada crystal yang menyaluti kuih keria dan juga melekat di dinding kuali. Lepas tu angkat and hidang dalam pinggan.

I selalu nervous time nak sira kuih ni. I pernah buang sekuali kuih ni dek kerana silap teknik menyira. Masa tu belum hebat lagi...

So hari tu, disebabkan i rasa i berjaya challenge diri sendiri untuk bekalkan Yam and Yah kuih ni (pagi-pagi Kak Ton bangun nak sira kuih ni) i pun tempek la gambar untuk kenangan and credit kepada diri sendiri. Sapo laie yang nak puji Kak Ton...puji je la diri sendiri.

Apa sahaja untukmu, nak...

Tapi apa-apa pun, terima kasih kepada Oma yang bersungguh-sungguh paksa anak-anak dia tengok cara dia sira kuih ni. Oma ni ibu hebat. Dulu masa kecik-kecik, setiap petang ada je kuih muih yang dia buat untuk hidang minum petang. Bila sampai kat anak dia, takat cucur je petang-petang. Memang dasar pemalas.

Ok la, sekian cerita sebuah kehebatan. Babai.

No comments:

Post a Comment