Nuffnang

Wednesday 23 December 2015

Kesian Pisang...

Minggu lepas kami ke dusun. Makin kerap sekarang ke sana sebab banyak impian yang kita cuba tunaikan satu persatu.

 Dia paling seronok. 
Berlari ke sana ke mari. 
Redah rumput lalang, memanjat pokok, main lopak air.

Mainlah sepuas-puasnya, nak...
Inilah tempat yang mami dan walid mahu kamu bermain.

Hasrat hati ke sana asalnya untuk tanam beberapa anak pokok pemberian Atok. Macam-macam juga - durian, rambutan, mangga, ebiu. Selebihnya, nak melihat progress kerja-kerja membina titian kecil menyeberang anak alur, kerja-kerja membaik pulih pagar dan membina anak tangga menuruni lembah.


Alhamdulillah...dalam seminggu kerja-kerja ini akan selesai. Cuba deal lagi agar tukang dapat mengecat pondok yang ada, dapat gantungkan beberapa buaian pada dahan pokok. Ini memang impian sejak pertama kali memasang angan-angan untuk memiliki tanah dusun ini - membina taman permainan yang alami di sekitar dusun.

Bermandi peluh my other half menanam anak-anak pokok yang ada - thank you ye! Ada lagi yang bakal menyusul. Sambil pusing-pusing sekitar dusun, sempat kutip kelapa, pungut cempedak, kutip bunga kantan, dan pisang setandan. 

Ok, ni nak cerita pasal pisang. Pisang yang diambil tu pisang abu atau sesetengah orang gelarkan pisang nipah. Pertamanya pisang tu nampak pelik sebab dalam setandan pisang tu, ada dalam lima enam sikat sahaja dan buahnya jarang-jarang. Semua sekali ada dua tandan. Ambil satu saja dulu, cadangnya yang satu lagi kita harvest minggu depan. 


Bila dah bawa balik, hajat hati nak agihkan untuk kawan-kawan ofis. Tapi sebelum tu, pisang yang muda nampak tempting bila digoreng gaul garam sahaja. Untuk petang itu, lima biji dikupas dulu untuk minum petang.

Alangkah terkejut nya rasa bila kelima-lima biji pisang muda tu rosak isinya! Ada yang hitam, ada yang kuning dan tompok-tompok hitam. Ada juga yang kuning dan berlendir-lendir.



Dah syak pisang ni mesti pisang yang terkena penyakit tu. Cepat-cepat capai telefon dan google. Sah! Memang sah pisang ni berpenyakit.  Nama penyakit ni penyakit layu pisang (bacteria wilt) atau moco disease (penyakit moko pisang). Dulu tergempar satu Malaysia bila harga pisang naik sebab supply suddenly merudum disebabkan penyakit pisang ni. Dulu tak ambil pusing pun hal ni sebab tak menjejaskan apa-apapun bagi kita. Sekarang dah terkena batang hidung sendiri.


Penyakit ni berpunca daripada bakteria dalam tanah. Bakteria ni menghalang buah pisang mendapat sumber nutrien yang cukup untuk menjadi buah yang sempurna. So, buah yang terhasil menjadi rosak. Tapi paling teruk sebab bakteria ini boleh merebak ke pokok sekitar - maknanya pokok pisang lain pun affected juga la. Lebih kurang macam HIV la... Tiada ubat tapi ada sejenis baja yang boleh mengurangkan penyebaran bakteria ni. Tapi solution mudah ialah menebang semua pokok pisang dan bakar, kemudian kuarantin kawasan tu sekurang-kurangnya setahun supaya bakteria tu benar-benar mati - disebabkan terputus punca makanan dia. Jadi untuk tempoh setahun ini, tiada lah hasil pisang dari dusun kami.  

Rupa-rupanya Abang Suid yang diupah membersih dusun ni dah tahu lama dah tentang pisang-pisang situ yang berpenyakit. Cuma dia belum sempat nak bagitahu. Dan dia tak diberitahu bahawa pokok pisang yang ada perlu dimusnahkan. Kalau tak, mesti dah lama dah tuan tanah sebelum ni buang semua pokok pisang tu.

Tapi takut juga dengan pokok-pokok lain. Tolonglah wahai bakteria, janganlah musnahkan durian, rambutan, cempedak, mangga, nangka, dokong dan lain-lain. Pening juga macam ni kan? Nasib baik pisang ni bukan mata pencarian kami. Macam mana lah nasib petani yang bergantung kepada tanaman pisang. Kesian...

Lagi kesian bila tengok rupa pisang ni. Macam kan manusia terkena penyakit kanser. Macam tu lah rupa pisang ni. Rupa di luar cantik tapi isi di dalam rosak. Kesian...

No comments:

Post a Comment