Nuffnang

Wednesday 30 December 2015

A'Famosa Resort - Condo d'Savoy

Asalam all.

Tengah belek draft lama terjumpa la draft yang berhabuk ni. Nak continue la konon-konon nya. Then bila belek telefon tengok-tengok gambar yang berkaitan dengan penceritaan ini dah habis kena delete dengan budak-budak ni. Sabar je la... Tapi, memandangkan draft dah ada, so update je la entry sepi tanpa gambar-gambar. Menyampah sangat ni. 

Hujung bulan November hari tu i attend seminar lima hari di A'Famosa Resort, Melaka. Memandangkan cuti sekolah dah mula, jom anak-anak pon pergi sekali. Import Oma and Alang to babysit them, thank you Allah, masih dikurniakan ibu yang sihat walafiat yang dapat membantu di kala begini. Tiada pembantu rumah, anak empat, outstation menjadi satu kerunsingan buat ibu-ibu sepertiku ini. Perkara pertama yang menyesakkan fikiran - bagaimana dengan arrangement anak-anak?

Pertama kali tiba di A'Famosa, runsing tu bertambah sebab sekretariat provide bilik deluxe - satu king sized bed sahaja. Saya nak upgrade ke bilik lain tak boleh sebab full house. Saya nak add on connecting room pun tak dapat sebab full house. Lastly, Tuan Syed book tru Agoda - Family Studio di d'Savoy - tak dapat nak upgrade dari apa yang provided by secretariat sebab hotels and condos ni different property.


Family area ni ada tv, sofa, coffee table and dining table. Cukup la untuk kami. Balcony tu again, sangat ngeri ye untuk budak-budak macam Abdullah. Risau sangat dengan budak-budak yang sedang lasak ni.


Ada satu stor tepi pintu masuk tu tapi tak pasti apa function nya.


Ada kitchen cabinet and breakfast counter. Sebelah luar tu ada wet kitchen and drying area.


Dalam bilik ni ada dua queen bed, dressing table, wardrobe. Complete lah.


Bilik air ada satu je dalam ni. Tak tahu lah kalau yang ada dua tiga bedroom tu ada banyak bilik air ke.

My jadual waktu tu sangat pack. Only on the second day tu sempat bawa Maryam, Mardeyah and Abdullah ke Old West. Park ni bukak jam enam petang kalau tak silap.
 

Mula-mula dia takut nak naik bungee ni. Ye lah, dia ni mana lah suka nak cuba benda-benda adventure ni. Sekali kena paksa dengan mami, terus cuba dan tersuka lah pula...





 

Janji nak bawa ke water park. Tapi nasib baik masa tu Tuan Syed sampai and bawak yang tiga ke sana. Kalau tunggu mami bawak, memang tak merasa laaa... Lepas tu, diorang cuma whatsapp je gambar ni kasi mami jeles. Saja je tau.




Ada satu kejadian sedih. Glasses mami patah kena pulas dek Abdullah. Mami bukan jenis tukar glasses every year ye. Ini pun glasses yang dibeli tahun 2012. So, dapat lah bertahan tiga tahun saja. Tinggal kenangan saja gambar ni. Glasses dah selamat dibuang dalam tong sampah Condo d'Savoy. Tataaa...terima kasih ye kerana berbakti kepadaku selama ini.

No comments:

Post a Comment