Nuffnang

Showing posts with label ubat. Show all posts
Showing posts with label ubat. Show all posts

Monday, 6 April 2015

Influenza A (H1N1)

Salam Monday everyone.
 
Almost two weeks i tak update anything. Last sekali entry tentang Mardeyah demam dibawa ke ofis untuk nursing. Si ibu suspect demamnya kerna hujan. Tapi, Selasa petang tu, Maryam mula demam. Spike fever di tengah-tengah malam.
 
25 Mac - Happy birthday my lil' boy! Tak tercatat segala milestone dia sepanjang dua belas bulan ni. Tapi sekarang sudah berlari, sudah memanjat. Mulut sepanjang masa berzikir entah apa butir bicara. Rabu, the mommy took one day off bawa ketiga-tiga ke Annur Paed. Abdullah untuk one year immunisation, dua lagi untuk check up. Blood test showed nothing, bukan juga denggi sebab platelet ok. Doctor start antibiotics on both of them. Augmentin. Tiba di rumah petang tu, Abdullah demam.



The mommy juga dah terbaring dengan kepala yang sangat pusing. Mulut terkumat kamit moga lekaslah encik suami pulang.
 
Kami berempat di rumah, makan sudahlah tidak lalu mana. Tambah-tambah si Maryam, dah flat sangat. Lebih 24 jam tidak mahu mahu jamah apa pun. Ubat jangan cakap lah. Memang tahap dewa tak boleh sentuh ubat dia ni. Lewat jam sebelas malam, Tuan Syed berkeras nak bawa Maryam ke hospital. The mommy, Abdullah and Mardeyah dah terbaring di atas. Membungkus badan sebab demam menggigil. Entah jam berapa, the walid bagitau, Maryam kena admit. Good for her sebab lagi lama dia di rumah, boleh dehydrated.
 
26 Mac - Rasa-rasa demam dah surut sikit, bawak mandi, mandikan dua lagi. Then kami ke Nilai Medical Centre, membawa barang keperluan Maryam dan the walid. Mardeyah dan Abdullah masih demam tapi masih boleh bermain, masih boleh makan. Maryam juga masih demam, kadang baring kadang duduk. Jam sebelas, demam the mommy datang balik. Menggigil-gigil, sakit kepala bukan kepalang, sengal-sengal badan, sengal kaki, sakit rahang. Tak daya nak bangun. Terbaring di sebelah Maryam. The walid masa tu balik rumah sekejap ada orang Courts nak deliver barang. sejam dua dia pergi, rasa lama sangat. Meleleh air mata tunggu dia balik. Berkali-kali suruh Mardeyah call. Once dia sampai, dia ambilkan wheelchair untuk bawa i ke klinik. Tak berdiri pun tak ada kudrat.
 
Doctor cakap, "demam you baru 24 hours, so kalau buat blood test pun it will show nothing. So, you makan dulu PCM, and esok kalau masih demam lagi, datang semula baru kita buat blood test."
 
Dah lewat malam, Tuan Syed hantar kami balik ke rumah. I berdegil nak balik jugak sebab i nak rehat di rumah. I nak my own tilam my own selimut. Mengada sangat. Ambik, malam tu i stay sensorang di rumah, Tuan Syed looked after ketiga-tiganya di hospital.
 
27 Mac - Dua si kenit balik ke rumah. Masih demam. Di mana saja dia rasa tak terdaya, dia baring di situ. Baik di lantai, atas carpet, tepi buaian, di mana-mana saja ceruk dia pergi. Kesian sangat...


I juga begitu. Kejap-kejap menggeletar, badan minta diselimut. Tak ingat berapa kali Tuan Syed ulang-alik ke rumah bagi Mardeyah dan Abdullah makan, mandikan mereka. Maryam ditinggalkan di wad. Mardeyah dan Abdullah masih demam. Kejap tinggi kejap surut. Tuan Syed bagitau, Maryam positive H1N1. Doctor dah start Tamiflu on her. Tuan Syed cari antiviral tu di farmasi untuk kami di rumah, tapi tak dijual.
 
Sebelah malam, keadaan menjadi makin mencabar bila Tuan Syed pulak yang flat. Dia mula sakit kepala, demam, sakit-sakit badan. Dia di hospital berdua dengan Maryam waktu tu. I rasa nak menangis sebab i nak ke sana tengok dia, memang lah dah tak terdaya. Dengan dua lagi si kenit di rumah ni demam. Waktu tu, SIL sampai, dia temankan kami di rumah. My BIL pulak temankan Maryam and the walid di hospital.
 
28 Mac - Rasa-rasa macam dah ok, i bawa Mardeyah dan Abdullah ke hospital. I suruh Tuan Syed balik berehat di rumah. Dia dah jumpa doktor, and dapat Tamiflu. So, yang sepapan itu lah kami kongsi berdua. Sweet tak? Sweet tak? Adik-adik pulak tumpang makan Tamiflu Kak Maryam. 

Demam makin ok, cuma sakit kepala entah kenapa tak hilang dah tiga hari. Telan PCM pun, tak boleh jalan. Kepala masih terasa berat, tapi gagahkan juga sebab dah boleh berjalan. Dah malam baru balik ke rumah. Tuan Syed pun balik, dan malam tu, Ami Abdullah willing to look after Maryam di wad. Dalam jam dua pagi, Atuk and Oma pula sampai.

29 Mac - Happy 6th Birthday, Maryam! Apa nak buat, celebrate di hospital saja. The mommy and Mardeyah nyanyikan birthday song untuk dia tru phone call saja. 

Kami bertiga di rumah masih demam ringan-ringan. Boleh makan, boleh minum, cuma nak main nak berlari aktif tu belum ada tanda. Kepala masih sakit. Rahang masih sakit, macam sakit gigi. Atuk and Oma pergi ke hospital, kami di rumah saja tak mengikut sebab masing-masing masih fragile. Tuan Syed gagahkan diri ulang-alik hospital-rumah untuk bagi budak-budak ni makan. Bagi mak budak ni makan. Lewat petang, Tuan Syed curi-curi bawa Maryam balik ke rumah. Kesiankan dia, dah berhari-hari duduk atas katil je. Dia masih demam.

30 Mac - Mardeyah dan Abdullah nampak makin ok. Dah tak demam. Lepas mandi, i kirimkan mereka berdua ke hospital, sebab i nak pergi jumpa gynae di Annur O&G. Rimas betul pakai face mask. Tapi, atas rasa tanggungjawab untuk tidak menyebarkan pandemik H1N1 ni, i pasrahkan diri. Sekurang-kurangnya tidak lah orang sekeliling berasa tak selesa bila mana kita ni terbatuk-batuk setiap minit. Masa masuk tu, the first thing i told Dr. Kam, i baru recover dari H1N1. Terus dia rekodkan dalam catatan dia dengan pen merah. Macam biasa, doctor scan nak tengok condition baby. And...surprised, it's a boy! Alhamdulillah. InsyaAllah ada lah dua pasang nanti. Syukur Ya Allah.


Dan mereka, masih belum sihat sepenuhnya.
 
 
31 Mac - Maryam masih spiking.


Ingatkan dapat discaj dah. Tapi, dibuatnya demam tengah-tengah malam, dah kena tambah 24 hours lagi untuk monitoring. Doctor dah start antibiotics lain sebab takut ada kuman lain yang menyebabkan dia demam. Sebab kalau ikutkan trend demam H1N1 ni, sepatutnya by now dah turun.

Sebelah petang, Dadi and Habibi pula sampai. Jadi, malam tu, Ami Sobri tolong temankan Maryam di hospital. The walid balik rehat di rumah. Eventhough dah tak demam, tapi masing-masing berlawan batuk siapa paling garang. Allahu...barking cough sampai tersimpul-simpul urat perut.

1 April - GST-Day-One for everybody. Tapi, pagi tu, i baru ada kudrat nak ke pasar nak ke kedai membeli barangan dapur. Apa nak buat, pre-GST hari tu tak ada daya nak berebut-rebut membeli belah. The walid bagi tau, Maryam demam sekejap pagi tu. Aduhai...another 24 hours la kot. Tapi dah petang tu, dia bagitau, Maryam dah boleh discaj. Yeay!!! Everybody was so happy to hear that Kakak Maryam nak balik. Doctor tak advice ke sekolah lagi. Masih kena teruskan home-nursing and quarantine sampai end of the week.  
 

Dan pagi ini, baru mula hantar Maryam dan Mardeyah ke kindy, Abdullah ke nursery. Mami and walid baru mula masuk ofis. Alhamdulillah, back to normal routine.
 
Syukur Alhamdulillah - H1N1 tak menjadi fatal to us sebab kami bukan dalam golongan yang berisiko. Siapa yang berisiko - orang yang ada asthma, masalah paru-paru, masalah respirotary, yang tu akan menjadi fatal. Tapi, kalau tak, ia appear as viral fever je.
 
Spike fever, muscle pain, headache, batuk, selesema - symptom biasa Infulenza A.
 
Treatment nya adalah dengan antiviral - like us, Tamiflu (Oseltamiv). Sehari makan sebiji je. Tiga hari makan, demam makin ok. Budak-budak makan yang sirap punya.

Headache - tak hilang, teruskan PCM.

Batuk, treat macam biasa dengan ubat batuk.
 
Selesema pun macam tu, makan je ubat selesema - like me, doctor bagi piriton.

Yang penting, kena minum banyak air to flush balik everything. Memang tak lalu makan, sebab bila batuk non-stop, kerongkong rasa bengkak. Tak sanggup nak menelan makanan. Tapi, have to makan juga, walaupun sikit. Semalam, baru mula nampak masing-masing ada apetite balik. Maryam and Mardeyah meratah ayam bakar, the walid dapat nasi briyani yang diidam. The mami masih mengada tekak, boleh masuk soupy thingy, moi, and milo panas cicah biskut patsegi.

Alhamdulillah, Allah datangkan kesakitan itu dengan pelbagai hikmah. Hikmah paling besar, didekatkanNya kita kepadaNya.

Thursday, 4 December 2014

Nikmat Sakit

Hai... lamanya tak update blog. Dah masuk December. Sekejap je masa berlalu.

Hi, Emma kekasih lama! Thanks sudi baca notasi picisanku ini. Nanti share lah gambar kebunmu. Lepas tu jangan pula lupa hulur hasil tanaman you kat i ye.

Alhamdulillah... I diberikan Allah nikmat berdampingan dengan keluarga sepanjang dua tiga minggu ini. Maryam dan Abdullah demam serentak. Maryam disahkan positive dengue selepas buat FBC pada day4 di AzZahrah. Cabaran yang maha amat untuk berikan dia ubat oral. Terpaksa bagi supp sahaja. Dan walid beli sup ketam. Tak cukup itu, belikan ketam nipah untuk i buatkan sup. Apa saja air kegemaran dia, kami berikan. Asalkan dia mahu minum air. Alhamdulillah, day7 beransur kebah. Bila dah kebah, mami belanja noodle soup di Islamic Kitchen, Bangi. Habis licin semangkuk mee dia makan.



Paling kesian, yang di belakang tu. She had to nurse this two patients too. Sampai merajuk berkali-kali sebab katanya "asyik-asyik orang sakit je...". Sorry Kakak Mardeyah, ini masa mereka.



Abdullah pula viral fever. Day4 buat FBC tapi negative dengue. Ambil neb. Started him with antibiotics. Demamnya intensified tengah-tengah malam. I sedar-sedar terasa macam ada hotpack atas lengan. Bila cek suhu, 39.9celcius degree. Terus masukkan supp. Sponge kan dia. The next morning tu ok. Boleh main macam biasa. Tapi, bila hari makin meninggi, demamnya sama naik. Day7 demam belum kebah. Bawa lagi ke AzZahrah untuk repeat FBC. Masih viral fever. Doctor tukar antibiotic jenis zithromax. Ambil neb lagi. 

Day10 i pergi office macam biasa. Mula hantar Abdullah ke taska sebab dia beransur kebah. 10.30am i received a phone call dari taska telling me badan dia naik red spot. I rushed to GEC and bawa dia ke Putrajaya Emergency. FBC done. CXR done. Low hb - 8.7, bukan campak, ada jangkitan paru-paru. Ada symptom thalassemia  dan pneumonia. Doctor bagi antibiotic jenis augmentin, powder base, yang kena bancuh sendiri tu.

Alhamdulillah, dia beransur kebah. Nak pekena antibiotic hospital gomen jugak baru dia nak sembuh! At least, kepercayaan i terhadap kredibiliti hospital kerajaan juga beransur pulih. Day14 dia betul-betul sihat. Batuk juga kurang. Walid belanja dia main di Kidz Paradise @The Mines Shopping Mall. 

Bila dah ke sini, kakak-kakak tumpang sekaki, berkongsi rasa happy.








Tak ada apa yang mami inginkan buat waktu ini melainkan melihat kalian membesar dengan sihat. Mami doakan yang baik-baik saja untuk kalian.


Monday, 8 September 2014

Weekend Therapy

Salam all.

Saturday morning we had our late morning coffee at the back. 
Backyard agak tidak terurus sebab seminggu ni sampai rumah pun agak lewat tak sempat nak menjenguk ke belakang. 

Luckily my partner-in-crime ni nak juga take charge membela tanaman. Ada hati nak rebut kawasan jajahan dengan i. He claimed, "Memandangkan kawasan di depan rumah telah menjadi territory b, sekarang ini seluruh backyard adalah kawasan abang. Jadi, ikut suka hati abang ;ah nak tanam apa. Dan b jangan nak memandai tanam pokok-pokok kesukaan b dalam terrotory abang ye, abang bagi warning ni, kalau tak...abang cabut pokok-pokok b tu nanti". Eh, tak la..dia tak cakap lah macam tu. 

While the mami and walid sibuk doing house chores, this little boss was too demanding la pulak. 

Weekend ni i rasa exhausted and super mengantuk. Badan letih tapi masih mahu buat this and that, lepas tu i dah macam zombie walking around the house. Rest! Rest! Rest! Dah rest pun...

Ini pun dah minta Tuan Syed belikan.
But it didn't work either. 

I mencari ubat. Two weeks off from baking, yesterday my Ms. Europa started working again. 
Orange Poppyseed in the making. 

Not the cake i wanna show you here, but the baking tin! Tengok lah, jakun i dengan baking tin yang ada lubang tengah-tengah ni. My very first ever. Selalu tengok orang baking guna this type of mould. 

For me, kalau nak buat butter cake or any simple cake yang without topping, better guna baking mould yang cantik-cantik. Sebab cake yang ada topping, cantiknya ia pada decoration. Tapi cake kosong yang rasanya 100% dependent on the cake itself, harus lah cantikkan ia pada bentuknya. 

Masa mula-mula baking dulu, i only bought round and square tins sahaja. Masa tu asyik la bergaduh dengan Ms. Europa sebab dia canggih sangat sampai i tak reti nak adjust the heat. Sekarang i dah tau trick Ms. Eu ni. 

Lepas tu i bought silicon mould yang flower design. Cantik tapi kecil, kadang-kadang sampai batter penuh sangat. Sekarang Ms. Europa dah serasi dengan i, boleh la up satu lagi baking tin. Ala..beli di MakCik Bakery, Bangi je. Hajat hati nak cari design serong-serong yang lebih prominent but they don't have. Nak beli silicon mould, but the one they have lebih nipis pulak compared to mine, i don't like - nanti senget-senget batter tumpah, lagi meroyan i dibuatnya.


Ok, ni cerita last Friday. We had dinner at KL Tower, the walid had received an invitation to celebrate farewell party of his DG and DDG who are leaving the organization. Friday morning i dah pack baju of my three to pakai for the dinner and asked Maryam to bring the bag. After 6 o'clock in the evening only i realized that the bag was not in the car! Huwaaa...tak kan nak patah balik Enstek! Then the what-have-i-done moment started lah. 

Dah la i left the office a bit late.

I spoke to Tuan Syed twice, just to ask him the same thing - where to meet up.

I forgot that he already pick up the kids, tapi i pergi juga ke kindy and was told that my kids were picked by the walid.

Duss! 

And this breakdown mommy - tak mandi, rasa melekit satu badan especially celah-celah jari kaki, menguap lapan puluh lapan kali all the way to KL Tower.

The little boss punya diapers dah habis, not even one pun left in his bag.

The girls pulak were in their sports attire - takkan nak pergi dinner pakai baju bau itik tu?

Selongkar their school bag ada long dress yang pakai sebelah pagi, tapi berbau kepam. 

Fortunately, i ada spare Sutra Wellness scented spray dalam compartment. Then i spray sikit depan dan belakang baju, anginkan about fifteen minutes. I saja je cuba-cuba at first. Normally kalau kita spray perfume kat baju hapak, baju akan bertambah hapak, kan? So, kalau berbau hapak juga, memang i dah plan to buy them baju kat lobi KL Tower tu. Tapi, it really works! This spray de-odorized bau yang tak menyenangkan  tu.
I bought this scented spray from my colleague, i beli dua, one is citrus berry and one is rose. Bagusnya produk ni sebab ia multipurpose spray. Dah la wangi, boleh guna as air freshner, table and glass cleaner, ironing aid, insect repellant. For more info, please google ye.

Ok, that night, no one knows yang the girls recycle baju pagi tadi.
Smile!

Wednesday, 3 September 2014

Homemade Keria Dalam Kehebatan

Salam manis buat insan-insan hebat di luar sana.

Kenapa i kata hebat? Sebab setiap orang memang memiliki kehebatan masing-masing. Hebat di tempat kerja. Hebat di sekolah. Hebat mengurus anak-anak. Hebat mengurus rumah. Hebat dalam beribadah. Hebat-hebat belaka. Dulu i pernah ada bos yang sangat hebat. Dari kecil lagi dia memang hebat. Susah nak mencari orang se'hebat' dia. Masuk sekolah, dialah juga yang hebat. di Universiti, dia juga yang hebat. Di tempat kerja. dia juga yang hebat. Sampaikan ramai orang yang hebat-hebat pun akan panggil dia 'hebat'. I belum pernah jumpa orang hebat begitu sampai lah i diberikan peluang untuk bekerja di bawah dia. Memang hebat. 

Kerana dia ialah Hebat Hisham (Encik Hebat, jangan marah ye...gurau pagi). Dia memang hebat, bukan sahaja kerana namanya Hebat tapi courage yang dimilikinya. Bukankah nama kita sedikit sebanyak akan menyuntik roh/semangat nama itu sendiri ke dalam diri kita. Macam i, maksud nama i 'terimalah', so dalam banyak-banyak hal i akan pasrah (belum cukup kuat lagi nak capai tahap redha).

Ini bukan nak cerita tentang hebat, tapi adalah sikit the best in me (konon). Last week hari apa entah, i buat kuih keria. Yam and Yah suka sangat makan kuih ni. Diorang panggil 'kuih oma buat'. Tak kira lah tangan siapa yang uli doh ni, tetap oma yang dapat nama. Sebab oma yang first introduce kuih kampung ni kat diorang.

My version adalah version orang malas. I tak buat macam gelang tu. I gentel bujur-bujur je. Senang nak makan. Sekali ngap je, to reduce kebarangkalian gulanya bertabur semasa makan. Praktikal tak Kak Ton?

I takde la nak share resipi nya sebab kalau you all google, berlambak-lambak resipi boleh dapat. Tapi nak menceritakan gigihnya Kak Ton belajar dari kesilapan masa nak sira kuih tu. Dan kini menjadikan Kak Ton hebat dalam menyira kuih ni (hebat di kalangan adik beradik Kak Ton je la...)

I guna ubi keledek kuning tu. Tapi kadang-kadang i guna juga ubi kayu. Dua-dua pun sedap. Agak-agak je ubi tu dalam tiga ketul penumbuk, lepas buang kulit, rebuskan sampai lembut. Then lenyek sampai lumat and tambahkan agak-agak secawan tepung gandum. Setengah orang campur sikit tepung ubi. Perasakan garam. Lepas tu uli sampai melekit-lekit tapak tangan. Tabur tepung kat tapak tangan then gentelkan bentuk yang disukai. Lepas tu, goreng sampai perang.

Dah dekat nak sejuk, boleh mula sira. Kat step ni lah i selalu sangat failed. Bila berjaya je, i lupa daratan lepas tu bila nak buat lagi, failed lagi. So, kat sini i nak buat konon-konon catatan untuk diri sendiri macam mana nak sira kuih keria dengan cantik. Takut nanti esok-esok lupa lagi.

Mula-mula, make sure kuali betul-betul bersih, tak ada kesan minyak. Kalau nak sira dalam sepinggan kuih, agak-agak je la letak air dalam dua sudu makan. Lepas tu masukkan gula putih dalam empat sudu makan. Kacau dengan bontot senduk sampai dia sedikit likat dan berbuih-buih.

Then masukkan kuih keria yang dah digoreng tadi and kacau sentiasa sampai gula tu kering. Kering dia tu seolah-olah ada crystal yang menyaluti kuih keria dan juga melekat di dinding kuali. Lepas tu angkat and hidang dalam pinggan.

I selalu nervous time nak sira kuih ni. I pernah buang sekuali kuih ni dek kerana silap teknik menyira. Masa tu belum hebat lagi...

So hari tu, disebabkan i rasa i berjaya challenge diri sendiri untuk bekalkan Yam and Yah kuih ni (pagi-pagi Kak Ton bangun nak sira kuih ni) i pun tempek la gambar untuk kenangan and credit kepada diri sendiri. Sapo laie yang nak puji Kak Ton...puji je la diri sendiri.

Apa sahaja untukmu, nak...

Tapi apa-apa pun, terima kasih kepada Oma yang bersungguh-sungguh paksa anak-anak dia tengok cara dia sira kuih ni. Oma ni ibu hebat. Dulu masa kecik-kecik, setiap petang ada je kuih muih yang dia buat untuk hidang minum petang. Bila sampai kat anak dia, takat cucur je petang-petang. Memang dasar pemalas.

Ok la, sekian cerita sebuah kehebatan. Babai.

Thursday, 17 July 2014

Moist Cake & Dry Cheeks

Haze is coming back, everyone! So, lets take a good care of ourselves. Usually, the airport tower can clearly be seen from this junction. But not this morning. Rasa suffocated kan?
It's hazy everywhere, hot and humid too. Menyiram pokok pagi-pagi pun peluh meleleh-leleh dari dahi jatuh ke pipi.
Pity him, my little cheeky boy is a bit cranky lately, may be it is due to his irritated skin. First time masa kena, we all thought it was ruam susu - oh i rasa guilty sangat, rasa macam tak pandai menyusu anak sendiri. Bila jumpa saudara-mara and orang-orang yang sangat caring, they all suruh lap dengan kain basah after nursing him, suruh letak air liur i, suruh sapu lipstick, suruh sapu kulit pisang, suruh sapu minyak kelapa dara. Thanks all, but it didn't work either.   
Before bawa jumpa paed, i asked my bff Siti Aisyah, sebab his son pun pernah kena macam ni. And Alhamdulillah, she was so generous to give this MooGoo skin balm for me to try. 
Cara guna, gently rub this MooGoo Irritable Skin Balm into the infected skin - i sapu pipi, perut, dada, belakang. MooGoo Skin Balm (called Eczema and Psoriasis Balm in Australia) is organic based. Maknanya, this non-chemical based ointment, andaikata baby termasuk ke mulut pun is not harmful. Tapi, knowing it is organic based, so, the healing process may take more time. Tak apa, sabar, pelan-pelan sembuh juga akhirnya. For more info on this product, click here.

Bila i took my boy to Annur, the paed agreed that this inflamed skin is from eczema. And he also recommended me to continue using that MooGoo balm. Lepas guna for about two three weeks macam tu, pipi dia licin balik. Tapi, seminggu ni dengan hot weather nya, makes his eczema worse. Tambahan, the nursery is not air-conditioned. Bila pick him petang-petang, lagi merah pipi dia, kesian... 

Ok, today i wanna share morning tazkirah, that i listened from our siaraya, regarding bersedekah.

Antara kebaikan di dunia ialah:

-Mensucikan harta dunia
-Menolak bala dan penyakit
-Menyenangkan hati orang miskin
-Melapangkan pintu rezeki

Manakala kebaikan di akhirat pula ialah:
-Sedekah menjadi naungan baginya
-Meringankan hisab amalan
-Memberatkan timbangan amalan baik
-Memudahkan meniti titian siratulmustaqim
-Menambahkan darjat baginya di syurga

Sayang-sayang sekalian, bersedekah itu tak semestinya dengan wang ringgit dan juga harta kekayaan. Malah, memberikan minuman kepada yang haus pun dikira bersedekah, menolong orang yang memerlukan pertolongan kudrat pun dikira bersedekah, tasbih dan istighfar ke atas seseorang pun dikira bersedekah. Senyum pun sedekah. Apa lagi dalih yang kita mahu bagi? Dan memberikan sesuatu yang kita sayang, tidak akan mengurangkan harta kita walau sedikitpun. I note di sini pun sebagai pesanan - firstly untuk diri sendiri, selebihnya untuk manfaat readers semua.

Oh ya, last night entah kenapa i had a craving for something sweet after berbuka. So, my penyakit baking addiction datang kembali, there was no denying it. The joy of baking is when you see the cake rise evenly and you smell its intoxicating scent.
Again, this time i used the silicone baking mould. Berkira-kira nak beli yang besar sikit lepas ni. Tips i get from @mamatiamia, silicone mould  gives the cake more brown effect and the cake masak sekata. So, after fifteen or twenty minutes lepas masuk oven - lepas dah nampak brown sikit, you should cover the top with towel or aluminium foil to prevent extra browning. 

Last week sangat disappointed, i baked strawberry butter cake and i burnt it! It was a slap in the face, rasa bodoh sangat sebab i over-preheated my Europa. Entah kenapa boleh lupa, siap boleh buat kerja lain before place the cake in. Jiwa tidak tenang ketika itu. Baking untuk mencari ketenangan kononnya, tapi banyak tuntutan house chores.

For me, cake is happiness - if you know the way of the cake, you know the way of happiness, if you have a cake in front of you, you should not look any further for joy.
My golden butter cake. Soft and moist.
 A piece of cake - i saw the world i had walked since my birth and i understood how fragile it was.
I mengaku, portion tu i makan sendiri. One piece was not enough la. Sebelum tidur pula tu. Penderaan jiwa sungguh kalau i nak kena tunggu sampai ke pagi baru ngap. 

Thursday, 5 June 2014

Masuk Jawi

Semenjak deliver 25 Mac tu, tak pernah lagi tempek  pasal baby. Ok la... mempersembahkan...Syed Abdullah Aidid


My only son (setakat ni). Masa ngandung lagi i dah plan nak khatankan dia time baby. So, i buat search pasal circum baby ni awal-awal. Siap tanya friends yang pernah khatankan baby diorang. Kiasu mom kan?


Dalam my family belum ada yang khatankan baby. My cousins pun tak khatankan anak diorang masa baby. Even dalam family the walid pun tak ada. My nephews semua belum sunat lagi. Rasanya still taboo kot dalam masyarakat kita ni sunatkan baby.

tapi i pegang itu adalah sunnah, Rasulullah sendiri pun sunatkan cucu baginda masa usia tujuh hari. Bila i tanya my parents, they were happy to hear yang Abdullah nak sunat awal.

Tapi Tuan Syed tak berapa nak agree dengan my idea. Dia cakap tunggu besar sikit, bagi dia rasa ada pengalaman. Even my cousins pon ranai yang fikir nak tunggu besar. Sebab dulu my cousins time nak sunat kami buat kenduri besar-besaran macam kenduri kawin tu.

pagi ada khatam quran. Yang lelaki akan pakai tengkolok serba lengkap. Yang perempaun kami akan pakai songket macam pengantin. Lepas khatam quran, yang nak sunat akan diarak macam pengantin ke parit untuk berendam. Yang laki lain sama terjun ke parit. Kami girls dok umah je. Lepas tu tok mudim datang, yang nak sunat akan masuk balik tirai untuk saat penderaan. Tau-tau je dengar depa nangis. Pastu keluar pegang kain pelikat jalan kengkang.

Lepas tu yang girls akan jaga depa, suapkan depa makan nasik ikan bilis. Tolong ambik air, tolong ambik mainan, tolong pimpin ke bilik air. Seminggu kami berkampung keliling sepupu laki yang sunat. Itulah pengalaman kami. Meriah sangat. Tambah kami ni rapat.

And my cousins still berpegang kepada pengalaman macam tu, nak their sons pulak rasa yang sama. Tapi, to me, sekarang ni mana ada tok mudim nak datang rumah dah. Semua pegi klinik. Balik rumah tidur. Pun tak ada nak kenduri bagai. So, baik la i sunatkan masa baby. Lagi senang nak jaga.

Baby ni minum susu je, tak ada nak pantang makan. Lepas tu pulak baby belum lasak belum meniarap. Senang nak jaga. lagipun kan tengah cuti lagi ni. Plan asal nak sunat masa umur sebulan. Tapi bila the walid buat senyap je..i anggap la tak jadi. Tup-tup dah dekat nak masuk dua bulan, dia tanya bila nak sunatkan baby. Lerrr..

Cepat-cepat i set appoinment dengan Az-Zahrah Bangi. Mula dapat date 2 Jun tapi last minute diorang postpone ke 4 Jun.

Sekejap je prosedur dia. Mula-mula surgeon cucuk bius dulu. Abdullah nangis tapi lepas hug dia, dia ok. After 2 minutes baru dia potong guna laser. Lepas tu guna plastibel, macam ring and dia ikat keliling kulit hujung tu. There! Dah siap!
Ada la darah sikit-sikit. Tak ada ubat sapu apa. Cuma dapat paracetamol sebagai pain killer kalau dia cranky. Setakat ni Abdullah cranky pun, managable la. Tidur malam pun dia tak ganggu. Tapi kena kerap salinkan diapers.

Penting, before circum make sure baby bersih, kalau poopoo sila cuci dulu. Takkan nak handover anak yang kotor kat surgeon tu. Lepas circum, pakaikan diapers longgar-longgar je. I pakaikan dia diapers saiz XL. Kalau dia poopoo boleh basuh dengan air macam biasa. Mandi pun macam biasa. Jaga macam kita jaga pusat yang belum jatuh tu.

Surgeon bagitau, nanti ikatan tu akan jatuh sendiri. Dia akan kering antara tujuh ke sepuluh hari.

So, inilah wajah anak bujang mami selepas khatan.


Ada yang cakap, budak yang khatan awal ni, cepat matang, wallahu'alam. Akhirnha, Abdullah dikhatankan juga pada usia dua bulan sepuluh hari. Impian mami untuk khatankan anak lelaki seawal yang boleh termakbul juga.




Alhamdulillah 'ala kulli hal...


Monday, 8 April 2013

Radioactive Iodine

Salam everyone!

Lepas hantar Maryam and Mardeyah ke school pagi tadi, i dengan ditemani Tuan Syed straight away menuju ke Hospital Kuala Lumpur. Yeaahh! I'm ready yo..i'm ready for RAI yo..! (~pengaruh Rembau most wanted~). RAI tu stands for Radioactive Iodine untuk cure penyakit hyperthyroid.

Kalau you all semua nak tau, i ni diagnosed dengan hyperthyroid since February 2012. Anak bapak.. Atok Roslan dulu pon hyperthyroid jugak, so i antara anak-anaknya yang dapat penyakit ni  adik-adikku sekalian, better korang cek mana tau kot-kot korang pon ada jugak, and he went for RAI ni jugak untuk cure penyakit tu. 

Actually, Endocrine Putrajaya Hospital referred my case to HKL sebab after one year on Carbimazole (ubat anti-thyroid), i still kena makan high dose (highest dose is 40mg bersamaan dengan 8 biji sehari). Normally, kalau makan ubat dah setahun tu, makin lama makin kurang ke empat ke tiga biji sehari. Tapi i still makan enam ke lapan biji yo! Perut ni dah kembung ngan ubat setahun!

Di HKL ni, Jabatan Radiologi dan Onkologi yang ada buat prosedur ni. Since HKL ni besar dan banyak building, melilau la juga mata ni mencari building Radiology Department. First time kot.. Ok, building ni terletak dalam 40 meter dari Blok Utama (yang ada trauma & emergency). Berhadapan dengan Jabatan Kesihatan Pekerjaan.



Klinik Nuklear terletak di Tingkat 1.


Kat sini ni, kebanyakan pesakit yang datang adalah terdiri daripada pesakit cancer. Tadi makcik yang tunggu sebelah i tu bagitau dia dari Melaka, direfer ke HKL sebab breast cancer. I was like.. WHAT? CANCER? bukan apa.. sebab muka dia RELEKS je..! Tu la dianya you all..Allah turunkan sesuatu ujian kepada hambaNya yang benar-benar *mampu* menanggungnya sahaja..! Lepas tu lalu la pulak beberapa orang yang buat kemoterapi. Kepala botak, kening pon takde.. Insaf betul i tadi. 

Memula sampai Klinik Nuklear, I terus pergi register, tunjuk surat rujukan dari Hospital Putrajaya. I serahkan sekali result Thyroid Function Test (TFT ni ujian darah yang kita kena buat kalau nak tau kadar hormon tiroksin dalam darah) yang latest. And i serahkan sekali GL. Mind you, HRMIS belum fully applied di HKL ni. So, lebih baik you all yang gomen-gomen ni bawak siap-siap GL tu.

Tak lama lepas tu, my cue number dipanggil untuk jumpa doctor dulu. Bukan terus-terus pergi minum RAI tu. Sabar yek.. Doctor tanya background, sejarah penyakit dulu. Doctor interview macam-macam. Lepas tu, di explain cara-cara pencegahan radiasi. Berapa lama nak kuarantin. Untuk makluman you all, selepas minum RAI ni, pesakit mesti elak daripada bersentuhan atau berdekatan dengan orang awam especially kanak-kanak dan orang mengandung. Dalam tempoh seminggu la jugak kuarantin tu, so doctor bagi i mc 8 hari you! Tapi kena dok rumah je..tak boleh pegi jenjalan..

Kesan RAI ni ialah radiasi sebab iodine tu tak dihadam. Maknanya radiasi akan keluar dari badan i melalui perkumuhan seperti kencing berak, air liur basi, kahak, peluh jantan dan yang seumpamanya. So dengan ini, i tak boleh share sudu makan, cawan, botol air dengan sesapa pon termasuk dengan Tuan Syed. I tak boleh bersentuhan dengan sesapa pon termasuk Dedek. I tak boleh share toilet dengan sesapa pon, kalau terpaksa share, kena flush dua-tiga kali dengan lid nye ditutup. Precaution banyak sangat kan! I tak boleh share bantal, selimut, cadar, towel dengan sesapa pon! Dan yang penting i tak boleh dekat dengan sesapa pon dalam jarak 1 meter radius! 

~H U W A A A A....!!~ Macam i ni ada kudis buta tau!! 

Ye la..kan radiasi ni bahaya. Tumbesaran budak-budak boleh terencat kalau terkena radiation ni.

Ok. Lepas doctor dah puas hati yang i dah cukup pandai paham bab ni, dia suruh buat urine test (UPT) untuk confirm kan yang i tak pregnant. Sebab RAI tak boleh diberi kepada pompuan mengandung. Pastu, dia kata result UPT boleh tau pukul 2 petang. Alamak! time tu baru je pukul 10.30 pagi. 

So, lepas hantar sampel urine, Tuan Syed ajak i dating makan dulu. Lepas makan, kitorang pegi Muzium Negara dulu. Sempat you! Tengok le teww..bukan main tak sabo-sabo dia nak masuk muzium.


Bila dah pandai khatam bab Sejarah, kami meneruskan agenda ke Klinik Nuklear tu semula. Tuan Syed drop kan je i kat lobi, and dia pergi cari parking. Tepat jam 2 petang, i masuk klinik, terus dapat result UPT. Negative. Maknanya i memang tak pregnant dan i bole buat RAI detik itu juga.

Lepas dapat slip result tu, i kena ikut satu amoi staff tu ke Bilik 9 untuk minum iodine. Ni la bilik 9, tempat i menunggu nasib seterusnya.



Kat sini ada ditampal cara-cara untuk minum iodine.


Diorang letak ni mesti sebab sebelum ni ada banyak berlakunya kesilapan meminum iodine. Dah jadi apa ye sekarang ni masyarakat-masyarakat yang tersilap minum tu. Mutasi gen berlaku tak? Jadi transformers ke? Keluar sayap ke? Keluar bulu tajam-tajam kat muka ke?

Bila nama i dipanggil, i pon melangkah dengan gagah perkasanya masuk ke bilik kecik yang ada satu meja, satu kerusi, satu dinding penghadang. Kat sini i list down cara-cara minum iodine ni:

*Ambil satu straw yang disediakan (ala...straw yang korang minum teh ais tu la..)
*Letak straw dalam cawan yang disediakan (dalam cawan ada iodine yo!)
*Jangan pegang cawan atau pelapik yang ada (lepas letak straw tu, simpan tangan kat atas riba)
*Sedut cecair iodine sampai habis (sampai berbunyi macam korang habiskan air kotak tu..)
*Staff akan isikan air dalam cawan tu (korang tengok jek..jangan memandai nak cakap "no,thanks" or nak request "fresh orange satu!")
*Minum air tu guna straw tadi tu (jangan memandai nak pegang straw, pegang cawan, pegang lapik yang ada)
*Lepas habis, bangun dan minta permisi dari staff tu (jangan jadi rajin nak kemas cawan tadi tu or nak tolong hantar tray tu ke sink)
*Terus balik rumah bila staff tu kata "ok, boleh balik" (Jangan GATAL nak singgah KLCC ke nak pegi Pavvy ke..kena pang sedas baru tau!)

*sekadar ilustrasi*

Lepas dah habis minum iodine, i pon tersipu-sipu turun ke bawah menunggu Tuan Syed fetch Tuan Puteri ni kat lobi. Bila selisih dengan orang awam, i mula la macam 'Oh no....!Ketepi! Ketepi, you all semua! I nak mengeluarkan sinar Gamma Beta Alpha ni! Kalau tak nak terencat otak, 1 meter away from me, pleaseee...!'

Macam mana i balik? Once Tuan Syed sampai kat lobi, Tuan Puteri ni kena duduk at the back, corner. Maklumlah.. kereta i ni bukan MPV.. Tuan Syed boleh pulak buat lawak tanya i "macam naik teksi tak?" Haa, iye la sangat! Pastu boleh pulak dia complain "Alamak, badan abang terasa gatal-gatal la..!" Perli la teww...! Kita yang minum ni idak rasa apa-apa pon kat tekak, apatah lagi nak rasa gatal-gatal. Dia pulak beria-ia..!

Apa rasa ye iodine tu? Rasa dia macam air mineral. Air zam-zam pon kita boleh rasa payau nye kan? Ni langsung tak. Minum pon sikit je, seteguk dah habis. Ye laa..bukan segelas jumbo dia bagi. Kecik je.. 10 ml. macam kita makan ubat 2 sudu makan je pon..

Ada setengah orang rasa macam soar throat lepas minum tu, tapi very rare la.. Setakat ni, i tak rasa kesan yang obvious mana pon..cuma tadi kepala rasa pening sikit (sebab panas kot ~think positive). Lepas tu, sampai sekarang badan ni asyik berpeluh sakan. Doctor pesan suruh minum air banyak-banyak untuk kurangkan kesan radiadi. Tu yang masuk je teksi kereta tadi, terus i minum setengah botol air mineral. 

Ok, itu sahaja cerita Tuan Puteri berkenaan RAI untuk hari ini. Saat dan ketika i hapdate post ni, i sedang kuarantin you! Duduk rumah je la jawabnya..! I kan budak baik...tak nak sebarkan kesan radiasi ni kepada orang awam especially my beloved family. 

Sekian. Ilal liqa'..

~Mami yang mc 8 hari tanpa suami dan anak-anak~

*ada citer korea la kat tv9 sekarang ni! Hullamak aih..* <<<--jakun, dah lama tak tengok tv :-)