Nuffnang

Wednesday 3 January 2018

Roma dan Milan - Kota Abadi vs Kota Fesyen!

August 23rd, 2017.

Kota Roma, aku datang!


Selamat mendarat di Rome Fiumicino Airport (Fiumicino Aeroporto) lebih kurang jam 7.00 malam.
Lekas-lekas membeli tiket train ke Roma Termini.
Sekali lagi kami memilih untuk menginap di hotel yang berdekatan dengan train station dan dalam jarak walking distance sahaja untuk ke tourist attractions.
Jam 8.30 malam  tiba di Domus Liberius, Via Liberiana 17.
Klasik dari luar hingga ke lif kayunya, tapi serba-serbi moden di dalamnya.


Building rumah-rumah di sini kebanyakannya begini ya. Dari luar kelihatan seperti apartment/ flat saja tapi di tengah-tengah ada centre court untuk bersantai, bersidai, dan ada yang jadikannya tapak parking kereta. Patut lah dari luar kita tengok macam masyarakat dia ni tak ada kereta sebab di luar rumah tak nampak pun kereta bersusun-susun atau double park macam di tempat kita 😆 


Selesai check-in - bagus, bilik kita di upgrade yeayyy!
Then misi mencari pizza. Rome juga ada banyak kedai dan restoran halal.
Kami download apps Zabihah dan ia sangat membantu!
Dapat lah makan first pizza in Rome malam itu juga.
Walaupun pizza buatan Bangladesh.
Bangladesh yang ke sini fluent sungguh parlo Italiano.
Kita ni bila nampak muka Bangladesh je dok terbayang lah dia ni bercakap Bahasa Melayu hahhahaha! 


Buona notte! Mari rehatkan badan setelah long journey dengan train-flight-train hari ini. Hari yang panjang.
Demi merasa pengalaman begini:

Breakfast in Amsterdam, Netherland.
Lunch in Brussels, Belgium.
Dinner in Rome, Italy.

Wowww!


Buongiorno! Ya Allah bangun pagi tengok view ni rasa macam dalam mimpi.
Eh aku kat mana nih?
Macam kena kidnapped dalam mafia.
Celik mata tau-tau di tempat yang begitu asing!
Chewaahhh!
Ala-ala filem romantic seram!

Breakfast provided pagi tu - walaupun cuma dapat makan roti, butter, telur, sayur tapi ok lah.
Tips budget - kalau ada breakfast di hotel, makan kenyang-kenyang.
Lepas carbo load, kita mengatur langkah ke Colloseum.
Dekat saja dengan hotel. Morning walk dalam 15 minit.


Perasaan teruja yang sukar digambarkan.


Indeed, Rome was not built in a day!



8.30 pagi tiba di entrance, beli tiket terus.
Boleh beli online juga tiket ni cuma rasanya macam kena redeem di kaunter khas - tetaplah kena beratur ye.
Kami tak beli online. Ok, bukan kami yang beli tiket.
Dia yang belikan 😄
Harga tiket sila google.
Dah tak ingat.
Sebab dia yang bayarkan.
Thank you love...


Kami tiba awal, tak perlu beratur panjang-panjang untuk masuk.
Jam 9 pagi dia mula benarkan tourist masuk.
Ada security check juga di sini, siap ada tourist yang datang heret luggage kena marah tak dibenarkan masuk dan di situ tiada locker disediakan untuk simpan barang-barang ye.
Azab la agaknya dia berjalan balik simpan beg di Roma Termini. 


Meremang ye bulu roma bila berdiri di sini dan dengar explanation pasal sejarah Rome.
Kami tak sewa handset yang ada recorded guide tu.
Tapi, menumpang tour guide group orang lain hahhahaha!
Tips jimat juga nih.



Luas sangat dalam ni tapi sedar tak sedar kita dah menawan satu pusingan, dah naik tingkat atas, dah turun balik.
Sungguh tak terasa masa berjalan sepanjang berada dalam ni.

Bayangkanlah tempat ni dulu pernah jadi gelanggang manusia berlawan dengan segala binatang buas.



Summer in Rome. Suhu persis di Malaysia.
Panas terik.
Berpeluh-peluh.
Tapi dek kerana ia adalah Kota Roma, yang katanya Eternal City, segala keringat itu terbayar dengan sebuah pengalaman!





View dari sebelah gallery dalam Colloseum.
Kawasan ini dulunya satu plaza yang luas, macam berpusat.
Ada Colloseum, Palatine Hill dan Roman Forum.
Sila google dan baca sejarah tempat ini ye.







Makin tinggi hari, makin panas terik cahaya matahari.
Dan tourist makin ramai bersesak-sesak.
Mujur datang awal.


Selesai tawaf keliling dan turun naik Colloseum serta tepuk dada tanya "puas hati dah?" dan yakin telah cukup berpuas hati meninggalkan jejak-jejak di dalam tapak sejarah agung Kota Abadi ini, maka kami pun melangkah keluar.
Menapak pula ke Palatine Hill. Masuk ke sini dan Roman Forum ada menggunakan tiket yang sama.


Tinggalan sejarah.
Dulunya sebuah empayar agung.
Peninggalan sebuah peradaban yang begitu terkesan kepada seluruh masyarakat dunia.




Lihat saja pada tiang-tiang dan serpihan binaan ini kita sudah dapat bayangkan bagaimana Roman membina identiti peradabannya.



Serpihan binaan yang masih utuh berdiri.



Dia juga masih utuh di bawah sinaran mentari 😄
Sekadar meminjam semangat dan kekuatan Kota Abadi.


Kagum sangat dengan ukiran pada batu-batu di sini.
Halus seninya.
Entah bagaimana teknologi ketika itu.
Entah bagaimana tahap kepakaran teknikal yang dimiliki bangsa Roman dulu.
Dan..entah berapa ribu rakyat yang mati sepanjang membina kota ini.



He is my soul's eternal mate 💕
Moga kasih kita juga abadi persis kota ini.



Saki baki peninggalan sebuah empayar.
Ketiga-tiga tempat ini - Colloseum, Palatine Hill dan Roman Forum tidak ubah bagaikan sebuah muzium yang sangat luas.
Untuk meneroka dan menyelami imbasan sejarah sebuah empayar agung berusia  ini, memerlukan sepasang kaki yang benar-benar fit. Dan juga kasut yang selesa :-)
 Kalau sebelum ini hanya baca sejarah Rome melalui buku saja, tapi akhirnya dapat juga menyaksikan sendiri bukti kehebatan empayar ini.


Sebenarnya, seluruh bangunan di Rome boleh dikatakan memiliki sejarah nya tersendiri.
Betapa hebat Roman Empire. Kagum...kagum...
Seluruh bandar Rome ini seumpama sebuah muzium secara total.
Setiap jejak yang diatur di atas muka bumi kota ini umpama menjejak sejarah.
Satu persatu helaian silam diimbas - persis membaca buku sejarah!


The Pantheon.
Suka sangat ambil video buskers performance.
Kotanya nampak lebih hidup dan penuh aneka warna.



Trevi Fountain.


Ramai membaling syiling untuk memohon nasib yang baik.
Ada yang kata, hajat untuk kembali ke Rome akan dimakbulkan jika membaling syiling ke dalam kolam ini.




Spanish Steps.
Anak tangga bersusun-susun. Tempat pelancong, mostly, berhenti meluruskan kaki.


Lorong-lorong di celahan bangunan sini banyak yang gunakan cobblestone.
Tiap kali kaki melangkah, i seolah-olah zoned-out, membayangkan diri bagai berada di zaman silam.
I memang gilakan cobblestone.
It blends well dengan classic building yang ada di sini.
Menjadikan sebuah lorong sunyi itu tampak hidup!



Dan satu lagi kegilaan apabila masuk ke grocery shop begini.
Fresh pasta beraneka jenis.
Cheese juga begitu.
Boleh datang rasukan membeli cheese dan diratah begitu sahaja.



Sebelah petang, selepas freshen up, kami keluar lagi menyukat jalan.
Ternampak creepers cantik begini pun kita dapat berhenti dan berkhayal.
Juga satu kegilaan. Tangga terowong ini merupakan short cut, means tempat cantik ini dijaga rapi walaupun merupakan kawasan public lalu lalang.
Sangat harmony kan!


Tadi lalu di sini sebelah pagi. Kali ini datang semula sebelah petang sebab nak tunggu sunset di Colloseum.
MasyaAllah cantik sangat.
Tak jemu mata memandang.
Ada newlu wed couple tengah shooting. Iya lah...background sunset di Colloseum nampak sangat classic romantic!





Di sekitar sini ada juga buskers performance. I memang suka je ambil video dekat2 dengan buskers supaya video i didatangkan dengan pakej lagu live! Tak perlu nak edit-edit.



Masuk grocery shop sini yang best nya time nak bayar tu cashier akan cakap gracias!
Kita pun jawab grazea!


Lepas shopping sparkling water, patah balik ke Colloseum untuk capture moment Colloseum at night pulak! Berseni sangat lah tu kononnya!



Pemandangan Colloseum waktu malam pun cantik. entah bila masa yang tak cantik nya.
So, those yang nak datang sini, grab la kesempatan untuk capture gambar Colloseum pada waktu pagi (sunrise), tengah hari matahari lit-lit, petang dekat-dekat nak senja (sunset) and malam supaya tak menyesal.
hahhahahah!


Ok, dah puas tatap Colloseum, part paling sedih ialah nak tinggalkan this City of Eternal.
Roma Kota Abadi.
And for me, Rome adalah kota yang penuh dengan suasana klasik dan romantik.


The next morning, jam 6.00 pagi kami checked-out dari Domus Liberius.
Berjalan kaki dalam 10 minit menuju ke Roma Termini.
Untuk catch the first train ke Milan jam 6.30 pagi.
Tiket dah beli online, empat bulan sebelum tarikh perjalanan.


Roma Termini - Milano Centrale.
3 jam jarak perjalanan.
Selamat tinggal Rome!
Kamu benar-benar menjentik jiwa saya!!!
Hampir nak mengalir air mata untuk menerima kebenaran bahawa kamu akan saya tinggalkan.
Eccecehh!!


Jam 9.30 pagi tiba di Milano Centrale.
Simpan beg dulu. Cuma bukan locker tapi di luggage drop service.
Kemudian mari merayap ke Piazza del Duomo.
Berjalan kaki dalam setengah jam.
Tapi kami ambil train sebab nak spend masa lebih sikit di sini.




Milan...Kota Fesyen!
Kebanyakan top designer datang dari sini.
Banyak luxe brands asal dari sini.
Cumaaa...orang-orang Milan tak berapa nak fashionista lah!
Dressing diorang biasa-biasa aja...


Ni shopping centre yang premium.
Orang-orang kaya je shopping sini.


So, memandangkan orang sekeliling kita biasa-biasa aja...kita pun tak berasa segan.
Entah-entah diorang tengok kita pun dok bajet laki kita ni Arab Yemen yang banyak duit!
Hahahah!



Atas ni kawasan yang tak ada premium brands, brands biasa-biasa je.
Zara, Tissot, dan yang seangkatan dengannya ada di sini.
Orang kebanyakan shopping sini saja.


Ok, selesai membeli baju buat kenangan di kawasan shopping orang kebanyakan, mari lah kita meneruskan perjalanan.
Patah balik ke Milano Centrale. Tiba around 11.45 pagi lebih kurang.
To catch next train ke Lausanne, Swiss.
Tiket dah beli online. Train jam 12.20 tengah hari.
Milan-Lausanne.
Station Milano Centrale to Station Place de la Gare.
Perjalanan lebih kurang tiga jam setengah.
I kena mabuk train akibat long train ride ni.
Merasa lah pengalaman terhuyung-hayang macam orang mabuk laut tu masa nak tidur malam.

Selamat tinggal Milan!
Ciao!!!

1 comment:

  1. Your Affiliate Money Printing Machine is waiting -

    And getting it running is as simple as 1..2..3!

    This is how it works...

    STEP 1. Input into the system what affiliate products you want to push
    STEP 2. Add some PUSH button traffic (this LITERALLY takes 2 minutes)
    STEP 3. See how the system grow your list and sell your affiliate products for you!

    Do you want to start making profits??

    Click here to launch the system

    ReplyDelete