Nuffnang

Tuesday 2 January 2018

Cintaku Disambut Di Kota Belanda

Happy New Year everyone!
Have a blast year ahead.
Knowing not all the things in our life will be smooth and bright, do take up all the challenges with a lot of doas.

I've went through the first challenge semalam untuk tidurkan the girls. I've tried to bebel pendek-pendek saja. Itu pun dekat-dekat jam dua belas malam, when i checked into their room, both memegang Smiggle study lamp and masih menyusun Lego, haiyyaaaa! Your mami has tried her very best tau not to jerit-jerit tempik-tempik and it was good enough la she just took out your Lego wonderland and placed them next to your walid ๐Ÿ˜

This morning i received 2018 planner and calendar from the management.
I was so excited to see the event stickers at the back of the calendar like my girls' Smiggle planner.
And i managed to stick 15 pieces of holiday stickers yeayyy! Kudos!!
Bab berangan yes I am the number one! ๐Ÿ˜‰

Blog pun dah setahun bersarang, so let's update something here. Ini pun can be considered as one of the challenges gamaknya hahhaha.

Ok, tengok tajuk macam drama sangat ye. Mengada-ngada.
Actually, here are some updates on my last summer in Amsterdam.
As the phone memmory sekarang cepat sangat full and we tend to delete photos in the phone, here i share a few to be kept as memmories.

August, 21st 2017.
I was all alone dari Kuala Lumpur - Dubai - Amsterdam. Sedih sebab tinggal anak-anak. Gembira sebab nak pi jumpak laki I๐Ÿ˜œ
Selamat mendarat di Schipol Airport, Amsterdam jam 1.30 petang local time.
Selamat dipungut oleh Tuan Syed.

Ambil train terus ke Amsterdam Central. Train lagi cost saving. Lagi pula, baru lah ada feeling backpakers sikit huhuhuhh!
Checked-in Hotel Liberty, dekat je dengan Amsterdam Central, about 5 minutes walking macam tu.
Letak beg, lurus badan sekejap, then keluar cari makan.
Ada banyak kedai halal sekitar sini. I ikut je ke mana dibawa. Bila berdua sahaja, tak perlu nak demand lebih-lebih, seketul croissant dikongsi bersama-sama pun boleh jadi sedap dan mengenyangkan!  
Doner Kebab ni rasa sedap tak tahu kenapa, mungkin sebab makanan pertama di Amsterdam kot.


Lepas makan, beli tiket cruise.
MasyaAllah cantik sangat Amsterdam ni. Macam dalam lukisan. Nampak tenang je.





Tepi-tepi ni orang parking boat, ada yang tinggal dalam boat house ni ada yang transform jadi cafe tempat chillax, mabuk-mabuk, tempat hisap ganja. Oh ya, satu benda yang i tak suka dengan Amsterdam ni ialah bau ganja tu merata-rata, memang i tak tahan, rasa nak muntah ok. Sana sini tepi-tepi cafe, tepi-tepi jalan, orang hisap ganja. Pening...pening.



Lepas canal cruise we jalan-jalan sampai kat bangunan apa entah macam bentuk katak. Kena naik tangga tinggi untuk naik atas, boleh lepak-lepak kat atas sambil tengok view. Kapal tu nampak macam yang ada kat Melaka lah hahahhah.




Kapal dan boat yang park sini ada yang macam dah tak boleh jalan. Ada yang nampak masih boleh belayar sebab i nampak ada orang tengah repair kapal dia. Mungkin setahun sekali owner dia pi holiday naik kapal ni kot.



Cantik sangat building di sini.



Tepi-tepi titi ni memang banyak orang parking basikal ye. Di sini, basikal memang laju-laju, siap ada lane sendiri. Nak lintas jalan mesti kena berhati-hati. Kalau basikal yang tak laju tu disyaki ditunggang oleh pelancong sebab mod makan angin mereka sangat terserlah :-)



Suka nya suasana senja kat sini. Ini depan chinese floating restaurat, dekat dengan library. Entah tak tahu apa nama tempat ni. Yang i ingat, we bought hot chocolate at Starbucks depan ni, then pergi grocery shop beli pisang beli roti.


Kasi can la yek akak and abang nak feeling...


August, 22nd 2017.
Perkara paling menarik bila melancong musim panas ni ialah waktu siang yang panjang. Jadi kita punya banyak masa untuk sighseeing. Nama je summer tapi suhu dia sedap2 juga nak berjalan. Macam kat Cameron Highlands je suhu summer nya.

Awal pagi kami dah keluar ke Amsterdam Central. Around 8 oรงlock rasanya. Misi pagi ini nak check-in Zaanse Schans. Ambik train ke Koog Zaandjik (gila tak ingat dah nama station ni - ini pun google ๐Ÿ˜›). Kemudian, sampai stesen tu jalan kaki ke Zaanse Shanse. Cuaca tak panas, so berjalan pun rasa best je nyaman je.


Jauh juga berjalan. Nasib baik Skechers membantu. Kasut yang bagus adalah elemen yang sangat penting memastikan mood melancong i tidak ke laut. Tuan Syed faham sangat dah perangai i tu.
Atas jambatan dah boleh nampak windmills seberang sana, dan perasaan teruja tu mula membuak-buak.


Jalan slow-slow, bila nampak benda cantik benda pelik, kita stop ambil gambar, kita perhati, lepas tu kita sambung berjalan semula. Betul-betul sampai kat sini jam 9.00 pagi. Masih lengang. Cafe belum buka. tuan-tuan rumah di situ baru nak menyapu halaman masing-masing, nak siram pokok.


Tenang dan mendamaikan.






Siap boleh duduk lama kat bench tu sambil perhati sekumpulan itik berenang-renang. 


Termenung jauh teringat anak-anak.




Tapi bila dah masuk je jam sepuluh pagi, satu persatu bas pelancong tiba. Maka tempat yang tenang lagi mendamaikan tadi terus bertukar menjadi huru hara.






Masa ini dah ramai tourist dah. Penuh sesak dan bising. Nak bergambar pun payah nak dapat background yang kosong tak ada orang. So, kita pergi masuk kedai cheese. Allahu rabbi, macam-macam jenis cheese ye. Ok, tak beli tapi rasa yang tester punya je.






I love this shop, selling knick knacks tapi harga ya ampun dia memang bagi kau harga tourist ye, siapa suruh kau tak berdarah dutch! Di sini ada Blue Delft juga tapi mahal. Yang benarnya, Blue Delft tu memang di mana-mana pun mahal. Hajat hati nak beli sekeping dua tapi memikirkan ada banyak lagi negara nak pergi ni, kita lupakan saja niat tu. Dengan harapan, di London nanti nak pergi flea market kot lah ada orang jual used Blue Delft.


Tapi tak jumpa pun di London. So, moral of the story, biar menyesal beli daripada menyesal tak beli.


Cantik compound rumah dia. Ada orang ya dalam rumah ni. Kalaulah i duduk sini, tiap-tiap pagi kelah lempeng pisang kat sini! Dah petang, makan bubur jagung pulak.







Jenuh pusing sekitar sini nak cari tempat yang ada terompah besar ni. Siapa-siapa ke Zaanse Schans yang tak ke sini macam tak lengkap tour dia.





Good-bye Zaanse Schans.
Sambung berjalan di tengah-tengah town Amsterdam pula. I cakap kat Tuan Syed nak pergi bergambar di tulisan "i amsterdam" tu.


Walau senget-benget building ni tetap cantik dan nampak berseni.




Jalan-jalan sampai ke the Rijks Museum. Tapi lintas saja tak masuk pun muzium ni.



Ya Allah ramainya umat kat situ, macam mana nak bergambar. Nak tunggu orang semua clear memang tak lah kan..!



Finally, i found myself in Amsterdam ๐Ÿ’—


Sambung jalan lagi. Bila penat dan kaki minta berehat, kita stop tepi-tepi canal ni ada banyak bench.




Malam tu sambung lagi jalan-jalan ke Dam Square. Di sini bersepah-sepah buskers band buat performance. Kebetulan malam tu ada yang main violin lagu Despacito...tiba-tiba feeling lentok!



Lampu tulisan Madame Tussauds tu blow pulak malam tu terus rasa tak cantik gamar ni.


August, 23rd 2017
6.30 am kita checked-out from Liberty.


Tengok lah, 6.30 pagi tapi dah cerah ye. Ini yang berbaloi-baloi pergi time summer, kita ada extra hours untuk sight-seeing.


View dari depan hotel. Bye-bye.


Jalan kaki sampai di Amsterdam Central baru jam 6.45 pagi.
Pagi ini ambil train ke Brussels, Belgium. Tiket train dah beli online awal-awal.


Ok daaah.
Good bye Amsterdam.
Selamat tinggal Kota Belanda.
Aku simpan kamu ketat-ketat dalam hati ๐Ÿ’–

No comments:

Post a Comment