Nuffnang

Thursday 21 August 2014

My Six Months Old Little Girl

Salam.

Ini throwback masa my Maryam approaching six months old. Masa ni trip pergi Langkawi, excited nak jalan sana jalan sini sebab baru ada baby, kan. Rasanya i pernah upload gambar ni dalam fotopages dulu.

A few days nak cukup enam bulan, dia dah disuap coklat rupanya...i dah lupa. Sebab tu tengok-tengok balik gambar lama, nak buat revision untuk compare progress Adik Abdullah. So, dua minggu lagi boleh la i start suap Abdullah makanan pengenalan (ada ke wujud istilah ni?).

 Kening si Maryam ni sama macam Abdullah juga. Tembam pun lebih kurang, nak dukung, terasa badan dia hantap.

 Ok, ni ahkak nak tergelak! Kurus lagi mak si Maryam time ni.

 Eh, apasal entah rasa macam pandangan si walid ni menggoda sangat. Nyampah eh dengar mak puji laki mak?
My Maryam masa umur enam bulan, rambut dia sangat sikit. Dah tu pula halus sangat-sangat. Ok, i dah ingat, i cukur rambut dia dua kali sebab risau tengok rambut dia lambat sangat naik.
My Maryam, dia ni memang suka air semenjak baby. My cheeky water baby.

 Peha berlipat-lipat sama macam Abdullah.

Maryam, kau lah madu, kau lah racun, nak. Eh, tiba-tiba nak merindu-rindu zaman beranak seorang ni. Melankolik betul.

Time ni, i was a very kiasu mom. Apa saja yang orang kata bagus untuk baby, semuanya i nak cuba. Waktu tu i suka compare her development dengan baby-baby lain yang seusia. I jadi cepat risau bila ada certain skill yang dia lambat catch-up. 

Tapi now, i lebih percaya setiap baby ada keupayaannya yang tersendiri. Kalau dia lambat meniarap, tak bererti dia lembap dalam serba serbi. So, biar baby tu discover sendiri potential yang ada pada dirinya. Tapi kalau lambat sangat tu, refer la paed.

Ok, sekian sahaja throwback untuk hari ini. Bersambung di lain kali.



Salam Sayang Ketat-Ketat,
-mami-yang-kiasu-

No comments:

Post a Comment