Nuffnang

Monday 18 August 2014

Yang Sedap, Yang Indah

Salam Monday, peeps! 

Alhamdulillah my weekend went well. Last Friday the walid brought his parents home. Bila ada orang tua di rumah, I seboleh-bolehnya nak serve them the best hospitality. Rumah yang selesa, bilik air yang bersih dan wangi, homemade food, pendek kata everything mesti nampak welcoming. So malam tu i bermati-matian tak bagi Tuan Syed beli food from outside. I balik Penang, memang cuti memasak sebab my MIL is the queen of the kitchen. So, time dia datang my house je la I boleh cook for them. Kalau lah dari mula-mula kawin, asyik bungkus lauk kedai je, bila dah masuk the second five years of marriage ni, kena la ada perubahan. 

I berkobar-kobar nak memasak weekend tu. Tak ada la sampai tahap food galore tu. I prepared them the Nogori authentic dish, Daging Salai Masak Lemak Cili Api.
Resipinya sangat simple. Daging pun i salai sendiri, gaul garam kunyit and panggang dalam oven. Blend cili api dan kunyit hidup, lepas tu reneh atas api campur daun kunyit dan titik serai, then campur santan, perasakan dengan garam, last sekali masuk daging and asam keping.
Pastry selection, given by my SIL's maid. Dia memang rajin uli roti-roti ni semua. 
Ini budak yang tak sabar nak makan macam-macam. Bila orang lain makan-makan, rupa dia kasihan sangat, macam mintak disuap. Sunday tu, pakcik and makcik Tuan Syed sampai dari Yemen. Since our house is near to the airport, we invited them to transit here. Macam-macam tidbits dari Middle East yang dibawa balik. Syukran.
Lagi ramai orang di rumah, lagi semangat nak memasak ni datang. Plan nak buat macam-macam. Pagi masuk dapur, i prepared nasi goreng and MIL goreng cucur cempedak and cucur pisang, for breakfast. Lepas makan-makan, sambung memasak lagi. MIL buat sambal belacan and prepared her signature fish curry. I cooked sambal udang petai and goreng sayur. Bersilang-silang tangan kami di dapur. I sempat la curi masa to bake a marble cake and sempat prepared curry mee for tea, before pergi open house. Hajat nak buat puding telur tak kesampaian, sebab roti dah expired.



The tuan rumah served durian kampung for everybody. I makan banyak ulas sampai kembung perut. The girls pulak had their second round ice cream. Heaven kan makan ice cream time panas terik ni. Balik rumah, after maghrib je si kenit ni dah tidur. Orang riuh rendah pun dia boleh lena.

Budak ni dah besar, layan pun cerita Little Pony, Barbie. Ok, don't make that you-give-your-kid-ipad?-look! Ini pun sebab yang sorang lagi sleeping beauty, jadi dia pun tak ada kawan nak dikacau, nak diusik, tak ada kawan nak dicari gaduh.
Dah malam pun dapat lagi ice cream. Memang la seronok. Si apak tumpang sekaki dengan alasan nak tolong habiskan. My husband's uncle came and brought that ice cream specially for the girls.

After that, teman budak-budak main di luar dengan anak-anak jiran, ambil angin malam. I met our new neighbor for the first time. Nice family. 

Alhamdulillah, weekend tu sempat juga la sentuh pokok-pokok di rumah. Country rose yang dah mati i dah gantikan dengan rose baru. 
Frangipani pula dah dipindahkan ke larger pot. Dulu bird nest duduk sini.

Sekarang i have a new nest for the bird nest. Kesian Tuan Syed sampai kena usung ladder dari belakang ke depan just to hang this for me. Ok, lepas ni boleh la beli lagi pasu yang gayut-gayut ni. Nampak manis dipandang (sila muntah, ok..!)

Cantik pada pandangan mata I sudahlah. Kalau orang tanya apa konsep yang i buat ni, i memang tak tau nak jawab sebab memang konsep caca marba. Asal i rasa cantik dan redup mata memandang, tak menghalang laluan, praktikal dan memberi kepuasan, itu saja dah cukup. I am not a professional. Amateur pun bukan. Bakat pun tak ada, cuma warisi 'tangan sejuk' dari orang tua, tanam aje, menjadi (sekali lagi, sila muntah hijau..!)
Weekend I sangat padat, masa yang ada tidak dibuang dengan duduk-duduk sahaja. Tahu-tahu saja dah malam. Sambil tangan mengelap pinggan mangkuk untuk disimpan, i rasa satisfied sangat dengan hari yang dilalui. Kita ini bukanlah sesiapa pun tanpa adanya keluarga. Masa dan ruang kita tidak lah bermakna apa pun jika bukan diperuntukkan buat keluarga. Tenaga dan peluh kita tidak bererti apa pun jika bukan dihabiskan demi keluarga. 

Kita boleh rasakan dapur kita juga ada soul bila mana waktu nak tutup lampu and say good night to the kitchen, kita terasa seolah-oleh the kitchen pun dah penat dan ingin berehat, sama macam badan kita juga. 
Ya...wanita dan dapur, berpisah tiada.



Salam Sayang Buat Semua Wanita dan Dapur,
-mamianaktiga-

No comments:

Post a Comment