Nuffnang

Saturday 23 August 2014

Kiasu Parent(s) Anak Seorang

Salam Sabtu nan mendamaikan, everyone.

Lately banyak dapat khabar berita kenalan yang agak berusia (late 30s and early 40s) yang menimang dan bakal menimang cahaya mata baharu. Kagum dengan semangat dan kekuatan mereka menempuh sembilan bulan yang memerlukan tenaga luar biasa. Allah, hantarkan mereka bantuan.

Sebelum siap-siap nak attend kenduri, i nak throwback sikit ni. Bosan eh?

Yang ini pula semasa Maryam baru nak masuk tiga bulan, we went to Sungai Kelah Hot Springs. Waktu ni muda sangat, ada lebihan tenaga, anak baru seorang pula tu. Her kiasu dad time ni nak sangat train his baby to swim. Memandangkan ini adalah hot springs, sesuai sangat lah dengan three-month-old-baby. Air yang suam-suam macam ni, kita orang tua pun rasa selesa.


 Dahi dia memang sebijik macam Abdullah.
There, my water baby! :-)
 Double chin juga dia ni masa baby, macam Abdullah. Pipi terus labuh sampai ke tengkuk.

 Masa ke sini, kami ambil private pool, siap berdinding dan berbumbung. Selesa untuk mandi-manda, tak perlu berlaga-laga dengan orang.

 Sampai tertidur si Maryam dalam pool. Sedap sangat, agaknya dia ingat dia masih dikelilingi air ketuban kot.
 Usie dan selfie memang tak tinggal ye. Zaman ni bukan zaman monopod. Guna self-capture je, dik oi...
 Kiasu dad yang taknak kalah.
The next day tu, her Grolier set yang i ordered been delivered. Yang ini memang kerja kiasu mom. Asal orang kata bagus je, mak dia pi beli. Time tu harga set ni makan four digit jugak lah. Padahal, zaman tu dah IT savvy, tak perlu pun semua ni, dalam internet berlambak-lambak boleh download. Memang banyak dalam internet educational game yang kita boleh download. Lepas tu bagi je la iPad kat anak kita. 

Dah tu, zaman sekarang ni orang dah start realize yang memperkenalkan iPad kepada baby adalah salah di sisi perundangan keibubapaan (ada ke istilah ni?). So orang sekarang berbalik kepada memperkenalkan real books kepada baby. Tengok, betul tak tindakan i lima tahun dulu? Sebelum iPad wujud di Malaysia lagi i dah ada instinct yang iPad ni tak bagus tau (phoooff..!!). 

Sekarang ni, set Logico Primo (yang ada board, coloured button and card) tu dah entah ke mana. Campak dek budak-budak. Bagus... Buku Magic English masih ada, tapi DVD nya bersepah-sepah. Buku Barney masih ada dan my girls sangat suka story books tu. Rak hitam 3-tier pun masih kukuh berdiri jadi tempat transit buku and toys budak-budak ni.

Sekarang ni khabarnya set Grolier ni dah tak ada, tapi diorang ada version baru. Entah, i tak pernah nak ambil tahu new version tu. Yang pastinya, kalau tengah jalan-jalan kat shopping mall and i ditahan oleh promoter set buku-buku macam ni, i proudly jawab "Thank you, saya dah ada Grolier set". Kiasu sangat!


Salam Sayang,
-kiasumommy-

No comments:

Post a Comment