Nuffnang

Thursday 7 August 2014

Raya Kami

Salam Aidilfitri semua. Taqabbalallahu minna waminkum...

Lama blog ini ditinggalkan dek menghadap Aidilfitri. Raya kalau ada budak-budak memang meriah. Sampai mak pak lupa nak persiap diri sendiri sebab kesahkan si anak-anak je. 

Raya this year turn Kuala Kangsar. Tapi macam biasa, second raya kami dah switch ke rumah my in law pulak. Our traveling day ke Kuala Kangsar this time rasanya worst berbanding tahun-tahun sudah. eight hours on the road. Budak-budak tidur jaga tidur jaga masih belum sampai-sampai. Impromptu exit di Tanjung Malim, terus ikut jalan federal sampai ke Tapah. Sebelum Gopeng, again, impromtu exit ikut Malim Nawar-Beruas-Kuala Kangsar. My first time ever guna laluan ini. Thanks Mr.Waze! 

Ni bawak the girls pergi saloon. Kasi trim rambut and cuci. Feeling diva la sangat dua-dua ni.




Malam main bunga api. Kesian, Maryam tak sengaja tercucuh siku Mardeyah. I yang terjerit-jerit kat the walid, dia boleh rilex je. Tapi dah namanya budak, cepat heal luka-luka kecil macam ni.


Sempat buat beberapa biji butter cake. The first batch yang keluar oven ni, sekejap je dah tinggal suku.


Malam Raya, we celebrated walid's birthday. 27th July 2014. To me, tak ada orang celebrate birthday without cake. Coffee cake ni order saja. And the girls beria-ia nak buat crown for the king.



Late night, pergi bendang, nak tengok orang Talang main meriam. Tradisi di Kampung Talang, meriam akan mula berdentum-dentum mulai jam 12.00 tengah malam. Dimainkan oleh mereka yang pro. Setakat ini tak pernah dengar mereka yang main meriam di sini yang putus jari putus tangan buta mata dan sebagainya. Game ni ada kapten yang akan menyelia lebih kurang 10 anak buah dalam team nya. Sekali meletup, bergegar satu kampung. Sampai lah ke pagi bunyi meriam akan saling berdentum. 


Ok, Mardeyah dah tidur masa ni. Tak tahan mengantuk sangat. Lepas pekena nasi lemak, the walid hantar dia balik. Tapi, yang seorang ni cergas lagi matanya. Excited nak tangkap gambar dekat api pelita.

Ok, i dah pencen mengemas rumah Oma. Sekarang ni my sister, Intan, yang take over. Dia la yang mencuci dan menyusun segala benda dalam rumah ni. Tapi, Oma awal-awal lagi dah bagi hint "Beras basmathi India tu ada, ayah suruh masak nasi arab. Kambing pun ada".

Ok, raya bila entah pernah la i buat Chicken Kabsah untuk makan pagi raya. Tapi, this time i buat Briyani Pakistan. Resipi? Google je, lepas tu time masak i agak-agak je rasa dia, asalkan lebih kurang macam Briyani Pakistan kat Mr.Kabab, kira ok la tu. Syabas untuk diri sendiri! Tak sempat ambil gambar sebab tukang masak busy.

Pagi raya, tak susah nak kejutkan the girls. Cepat aje bangunnya.Lepas mandi, semua orang balik surau, makan-makan and pack barang-barang untuk balik kampung Gerik. Sebelum tu singgah rumah my cousin, Kak Yong.




Lepas tu singgah rumah sepupu Oma.



Then balik Gerik. Tapi, tak sempat nak ambil gambar Tokki and Opah i. Cuma dapat gambar beraya ke rumah Cik Om, sepupu Oma.




Ok, second raya, balik ke Penang pula. Ni dalam kereta nak ke Penang. 


Malam tu ada jiran di kampung tu buat open house. Third day raya, jalan situ-situ je. Raya keempat tu, jalan ke Selama,Perak sebab ada wedding. Kakak Daania ikut sekali. Bukan main melekat aje budak-budak ni bila ada Kakak Daania.

Lepas tu pergi Sungai Petani, beraya ke rumah Tok Mamu Salim, walid punya uncle. Kemain happy the girls dapat mandi swimming pool, siap bisik kat mami "kenapa diorang duduk hotel ni, mami?" Mami replied "Ini rumah Tok Mamu la dear..cantik kan? Macam hotel." Dari Sungai Petani, singgah Penang untuk fetch walid's uncle and aunty yang nak balik ke Ipoh. Sampai Ipoh jam 1.30 pagi. The walid masih cergas. Sampai Kuala Kangsar jam 2.30 pagi terus tumbang.

Friday tu raya kelima, beraya ke Jelapang rumah mami's aunty. Anak-anak dia tak ada, tinggal Paklong sefamily je, lain-lain semua dah balik ke rumah mertua. Lepas makan mee goreng, perjalanan diteruskan ke Bangi, to see our family's newborn. Tahniah Abang Abdullah dan Saadah atas kelahiran cahaya mata ketiga. Berderet hero diorang ni.

Malam itu juga we took the two boys bawa balik ke Enstek, biarlah the mama enjoy her sweet time dengan the lil' tot. Teringat Abdullah masa baru-baru lahir dulu. Sekejap je budak ni dah membesar. Demok mami ni, bila tengok rasa geram macam nak picit-picit pipi dia!

Ok, cerita raya belum habis lagi. Raya kan sebulan... Nanti sambung lagi. Babai...!





No comments:

Post a Comment