Nuffnang

Tuesday 22 July 2014

Akhlak Terpuji Rasulullah

Salam all, I hope this entry finds you in good spirit and health. 

Sedikit perkongsian sempena Ramadan Kareem ini. Ni i dapat dari siaran kapsul Ramadan di ofis pagi ini. 
Last time i ada share juga mengenai kapsul spiritual Ramadan ni - tajuk sedekah. Rupa-rupanya ada kuiz. I jawab la, just copy and paste balik apa yang i dah note dalam entry tu. Tup-tup sebelah petang tu, dapat siaran emel yang kata i menang kuiz tu. Alhamdulillah, dapat hadiah CD zikir and manisan untuk berbuka.
Ok, today i nak share berkenaan personaliti unggul dan akhlak terpuji Rasulullah SAW yang sewajarnya kita contohi. No, bukan sebab nak masuk kuiz lagi ye. 

Baginda adalah sebaik-baik role model bagi umat hari ini. Kerana apa, kerana Michael H.Hart sendiri dalam bukunya bertajuk The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History telah meletakkan Prophet Muhammad pada ranking yang pertama dalam list tersebut. He asserted that our Prophet was supremely successful in both the religious and secular realms.

Tuan/ Puan, perhiasan yang terbaik ialah akhlak dan agama. Barangsiapa yang memiliki akhlak yang baik, hatinya akan senantiasa jernih, akan dicabut kedengkian daripada hatinya, serta memikat hati ramai. Akhlak yang baik merupakan kehormatan yang abadi dan juga sifat yang tinggi. 

Jadi, antara akhlak terbaik Rasulullah SAW yang boleh dicontohi ialah:
  • Memiliki tutur kata yang baik (Allahu... i rasa ni memang payah sangat nak buat, terutama dalam keadaan badan letih dan hati membengkak dirasuk syaitan-tapi kita harus belajar mengamalkan 'diam lebih baik dari berkata-kata' apabila berada dalam situasi ini)
  • Menjaga kebersihan badan (Rasulullah sentiasa bersiwak, basuh tangan sebelum dan selepas maka serta berkumur selepas makan - badan busuk, orang pun tak mahu dekat)
  • Menjaga kebersihan masjid (Tidak dinafikan pengguna masjid kadangkala mengamalkan sikap sambil lewa terutamanya di tempat berwuduk dan tandas. Masih banyak masjid-masjid kita yang kotor dan berbau busuk. I pernah nampak sesetengah masjid/ surau meletakkan pencuci muka di tempat berwuduk supaya mereka-mereka yang menggunakan telekung wakaf ni mencuci muka dengan bersih. Jadi tidak lah telekung wakaf tu bercapuk-capuk kesan make up. Ini pun nak kena sediakan ke? Kalau agak-agak muka kita penuh make up yang tebal seinci, bawak la pencuci muka sendiri, tak pun bawak telekung sendiri)
  • Kebersihan jalan (yakni memastikan tiada halangan di atas jalan yang boleh membahayakan orang lain)
  • Sederhana dalam hal makan dan minum 
  • Menyantap makanan dengan yang hadir (Rasulullah akan memandang sekeliling sebelum makan, dan mengira berapa ramai yang ada, seterusnya mebahagi-bahagikan makanan yang ada sama rata dengan yang hadir)
  • Sabar dalam menghadapi kesukaran dan kesusahan (maknanya tidak putus asa. I sendiri susah nak ikut akhlak ni. Asal rasa susah sikit, hati rasa cepat je nak naik darah. Ok, dah makin tua ni, kena lah makin cool and steady)
  • Kelakuan baik terhadap tetangga, hormati yang tua, perlakukan mereka dengan penuh kasih sayang (I rasa antara benda yang worth doing in my 30's ni ialah bergaul dengan orang-orang tua (over 60 years old) sebab orang tua ni banyak pengalaman dan mereka tak cakap besar)
Ok, itu sahaja mengenai akhlak. 

Cerita semalam, ada tukang masak tergunting jari sendiri. Kurang sabar, mengejar waktu berbuka, membasuh pun nak cepat.
Pedih nya lah bila terkena sabun. Tapi, I percaya wanita punya tolerance terhadap kesakitan lebih tinggi berbanding lelaki. No offence ok. Sebab tu, bila kita luka sana luka sini, kita masih gagah main buih, main sabun.Ni namanya sabar dalam kesusahan dan kesukaran :-)

Walau pun insiden ini membuatkan tukang masak sedikit kecewa (siap tidur awal sangat semalam-bangun pagi ini baru kelam kabut sudahkan melipat kain, membasuh baju, mengemas dapur, mengemas beg anak-anak and off to work), nasib baik ini tidak mengecewakan.
Ikan baung pemberian orang asli Rompin yang Tuan Syed bawak balik selamat kugulaikan. I buat masak lemak cili padi campur pucuk pegaga. Ok, tukang bawak balik ikan ni tak makan ikan darat, geli kot sebab tak ada sisik, kulit licin. Dia orang pulau, mana jumpa ikan darat. I memang dari kecik gila ikan darat. Orang kampung.
Pekasam daging goreng ronggeng. Tuan Syed bawak balik juga, ada orang bagi tiga peket. Semalam ada bubur lambuk, dapat hadiah dari kelab.
Konon nak makan dengan pekasam daging ni, tapi, baung masak lemak lagi seksi.

I tak masak banyak untuk berbuka. Tak sempat satu hal, tak ada yang nak habiskan satu hal. So, paling banyak pun tiga benda je. Tapi selalunya dua benda. Kata nak ikut akhlak Nabi, bersederhana dalam hal makan dan minum...harus lah begini, kan? Lagipun, tension bila tambah keje nak simpan lauk lebih dalam fridge. Simpan-simpan pun, bukan ada yang nak makan lauk-pauk left-over tu. So, baik la masak sikit-sikit je. Janji habis licin, boleh basuh pinggan.
 
Ni, belum pun pukul sepuluh, i dah berpeluh fikir nak masak apa berbuka nanti. Teringat-ingat binatang apa yang ada dalam freezer. Tengah recall apa tumbuhan yang ada. Fikir-fikir apa menu apa resipinya. Tengah fikir apa yang tiada, apa yang nak dibeli. Kemudian, fikir pulak laluan untuk balik nanti, nak singgah mana dulu. I tak suka impromptu, nanti jadi perjalanan balik jadi panjang dan lama. Perempuan kan tend to berfikir tiga empat benda dalam satu masa. Tak macam lelaki, kalau tengah fikir tentang C, dia dah tak ingat dah pasal A dan B.

Macam mana laaaa orang lelaki tak kata perempuan ni rumit? *sigh*

No comments:

Post a Comment