Nuffnang

Monday 14 July 2014

Kick Off Finale Ramadan & Pray For Gaza

Salam, everyone. It's Monday again *sigh* 

Tahniah, Germany (ok, i tak tengok...) Actually i tak sokong mana-mana team, tapi sebab sebelum FIFA 2014 bermula, Tuan Syed hadiahkan jersey Germany sambil cakap "Nah, sokonglah Germany", so i pun dalam keterpaksaan, sokong jugak la. Tengok Angah hantar gambar pakai jersey Argentina and Alang pulak pakai jersey Germany.
Gambar yang dikirim Alang
Gambar yang dikirim Angah

Nanti malam-malam sikit i pun nak send juga la gambar jersey tu kat diorang walaupun dah terlambat. Pagi tadi baru basuh.

Sempena menghampiri pengakhiran bulan Ramdan ini, I nak share sikit apa yang i dapat daripada forum agama (nama glamour was Forum Transformasi Jiwa) yang i attended last Friday, organized by Kelab JPA. Firstly, menariknya sebab ahli panel forum ni were Imam Muda Hassan Adli dan Saudari Heliza Helmi. 
Hassan tu i kenal since dia form one, dia adik kepada Hasanah, my ex-schoolmate. Memang dari sekolah (dengan muka budak tiga belas tahun), dia sangat aktif nasyid (suara sedap - masa tu dia dalam Kumpulan Nasyid Sekolah Izzudin Shah, Soutun Nada, sebelum masuk Soutul Faizin). Sangat talkative, tak segan nak bercakap dan sangat hormat kakak-kakak senior especially kawan-kawan kakaknya. 

PERTAMA sekali kata IM Hassan, bagusnya FIFA2014 ni dalam bulan Ramadan kerana ia menjadi latihan kepada kita untuk berjaga malam pada sepuluh malam terakhir Ramadan nanti. So, kita akan dapat teruskan konsistensi berjaga malam sewaktu FIFA hingga akhir Ramadan. Inilah transformasi diri kita yang mana kita boleh bangun malam untuk beribadah, lebih daripada apa yang kita buat pada bulan-bulan lain. Dah nak masuk hujung Ramadan, kita kena tengok apa kita nak buat, apa matlamat kita. Matlamat kita - la'allakum tattaquun - untuk menjadi orang bertaqwa. Orang yang bertaqwa ni, pertama dari segi zahirnya - dia buat apa yang Allah suruh, dia tinggal apa yang Allah larang. Kedua, batinnya - dia ikhlas buat apa yang Allah suruh, dia ikhlas tinggalkan apa yang Allah larang. Orang bertaqwa itu, Alkhauful minal Jalil - takutkan Allah. 

KEDUAnya, wal 'amalul bit tanzil - beramal dengan apa yang diturunkan (yakni Al Quran). Inilah generasi para sahabat, dia membawa Al Quran dalam diri dia. Bukan sekadar baca tapi faham. Al Quran perlu dibawa dalam dada. KETIGA, dia redha dengan sedikit apa yang Allah kurniakan, dan kalau banyak, syukur Alhamdulillah. Maknanya dia yakin, apa yang Allah berikan kepadanya, itu yang terbaik untuknya. KEEMPAT, orang bertaqwa ini, orang yang sentiasa mempersiapkan dirinya untuk bertemu Allah SWT, bermakna setiap hari dia akan ada penambahbaikan dalam amalan sehariannya. Setiap kali Ramadan, akan sentiasa lebih baik daripada Ramadan yang lepas.

Menurut Saudari Heliza pula, PERTAMA pada bulan Ramadan ini, yang paling besar sekali yang Allah nak bagi kepada kita ialah ketenangan. Bila kita tak dapat ketenangan, ia adalah satu kesakitan kepada jiwa kita. Transformasi yang kita nak buat dalam bulan Ramadan ini, ialah untuk transform hati kita. Kerana hati itu terbitnya kuasa mahu, akan memberi kuasa beritahu. Ramai yang ada hati yang memiliki kuasa tahu, tetapi tidak ada kuasa mahu - nak buat tetapi tak buat. Keliling hati kita adanya hawa nafsu. Sifat awal hawa nafsu itu sendiri adalah amarah - sifat untuk mengarah. Puasa boleh mendidik nafsu kita - walau ada makanan yang sedap depan mata, tapi sebab kita tahu kita puasa, kita tak akan makan makanan itu.

Sekarang ni kita nak didik hati kita daripada nafsu amarah kepada nafsu mutmainnah - nafsu yang tenang. Sebab itu dalam bulan Ramadan ini, Allah memang bagi kita rasa kesusahan itu, then baru kita akan push diri kita to the limit, dan barulah kita dapat rasakan ketetangan itu. Ikutkan nafsu memang rasa nak tidur, tapi kita push diri kita dari katil ke tikar sejadah. Once dapat buat, kita akan rasa tenang - kitalah orang yang menang ke atas nafsu.

KEDUA, majlis ilmu. Asbab untuk kita berubah diri kita, adalah ilmu yang meresap dalam diri kita. Jadi, dekatkanlah diri kita dengan majlis-majlis ilmu. Kalau kita nak dunia, kita kena ada ilmu. Kalau kita nak akhirat, kita kena ada ilmu. Dan kalau kita dan kedua-duanya, pun kena ada ilmu. Ilmu itu cahaya. Apabila kita menjadi orang yang berilmu, barulah kita dapat cahaya yakni nur dari Allah SWT.

Sambung IM Hassan lagi, setiap amalan yang kita buat, tengok apa yang kita niatkan. Contohnya Felixia Yap. Dia buat dulu (pakai tudung). Ikhlas ke (mungkin ada keraguan)? Tapi lama-lama ikhlas tu datang (lepas lafaz shahadah). Nak buat baik, jangan tunggu ikhlas tu datang dulu, kita kena buat dulu baru ikhlas tu akan datang kemudian. Setengah orang cakap "aku akan pakai tudung bila aku betul-betul ikhlas". Tapi sebenarnya, sampai mati pun dia tak akan ikhlas. So, dia kena buat dulu (pakai tudung tu dulu), InsyaAllah lama-kelamaan ikhlas tu akan datang.

Di sini, i nak kongsikan juga cerita Heliza Helmi berkenaan pengalamannya ke Gaza:
Gambar Hiasan
"Apabila Gaza diserang pada tahun 2009, waktu itu saya berada di UMS. Ketika itu, bersama rakan-rakan lain, bila diberitahu Gaza diserang, setakat cakap "Ya Allah, kesiannya". Setakat kesian sahajalah. Bila saya dengar lagu Maher Zain "Palestine, tomorrow you'll be free", saya teriak, saya menangis.Sedih sangat-sangat. 

Bila tiba 2012, waktu itu saya berada di rumah, saya terima SMS dari Fara Adiba "Assalamualaikum Heliza, sekarang kita tak boleh duduk diam lagi. Kita akan pergi ke Palestine bersama Amal Palestine. Jadi Heliza nak pergi ke tak?" Saya pun kata "Biar betul?" Saya pun call mak ayah saya, "Ija nak pergi Gaza". Satu soalan ayah saya "Nanti kamu pergi ke sana tu, pakai baju kalis peluru ke tidak?" 

Pergi ke sana, saya dalam hati sedih, mesti keadaan mereka di sana amat menyedihkan. Bila kami sampai di sana, turun saja dari bas, perkataan pertama yang saya dengar dari mulut mereka ialah "Selamat Datang Ke Tanah Kamu Sendiri". Kami dah tak tahan dah, kami pun teriak, menangis teruk. Terpaksa orang Gaza peluk kami, katakan "La tahzan, innallaha ma'ani - Jangan sedih, Allah bersama-sama kita"

Dalam bas kami nak balik ke hotel, dua jejaka yang jaga kami ni, mukanya Ya Allah bercahaya nya. Soalan wartawan kepada mereka "andaikata, kami nak ajak kamu semua rakyat Palestine, berada di Malaysia, bersama-sama kami, boleh belajar dalam keadaan aman, mahukah kamu?" Jawab mereka "La (tidak). Kami akan terus kekal mempertahankan bumi Islam, tanah Islam kita, hinggalah titisan darah terakhir."

Bila kami bertemu dengan kanak-kanak, kami katakan "Kesian kamu diuji begini. Kehilangan ibu, kehilangan ayah, kehilangan kaki dan juga tangan." Kata mereka "Tolong jangan kasihankan kami. Allah uji kami seperti ini supaya kami sentiasa beringat untuk kita ini pasti berjumpa dengan Allah. Yang perlu dikasihankan ialah anak-anak di luar sana (yang diberikan dengan iPad, diberikan segala macam nikmat-sampai mereka lupa untuk mempersiapkan diri mereka). Kami tak kisah kalau orang di luar sana taknak membantu kami." Kita ni, kalau tak bantu mereka, Allah pasti akan tanya. Mereka tentunya syahid.

Lalu kami jumpa tiga anak kecil yang membawa beg sekolah, dan tanya "Dalam keadaan perang kamu boleh pergi sekolah?" Kata mereka, "Kalau kami tidak pergi ke sekolah, kalau kami tidak menuntut ilmu, bagaimana mungkin untuk kami mempertahankan agama kami, bagaimana mungkin untuk kami mempertahankan negara kami, dan bagaimana mungkin untuk kami berjumpa dengan ayah kami yang mungin sekarang ini telah berada di syurga Allah?"Anak kecil berusia lima tahun, bagi mereka ayahnya telah syahid, ayahnya telah berada di syurga Allah. Jadi mereka faham, mereka belajar ini bukan semata-mata untuk skor A, tetapi sebenar-benarnya untuk mendapat redha Allah. 

Saya baru balik dari Syria. Saya memang nak pergi ke kem pelarian Syria. Sebab kalau kita nak Palestine bebas, Syria mesti bebas. Bila pergi ke Syria, saya ingatkan Syria better daripada Gaza, tapi rupanya keadaan Syria lebih dahsyat lagi . Kalau Gaza daripada 1948 diserang, kematiannya tak ramai seperti di Syria. Tapi Syria, baru dua tiga tahun tapi kematiannya dah beratus ribu.  

Saya pergi masuk ke dalam Kem Yarmouk. Mereka nampak kami, mereka nampak makanan, mereka menangis, sedih sangat. Saya pegang seorang budak berusia 20 hari, badannya macam tak cukup zat. Saya tanya "Kalau misi kemanusiaan tak sampai, kamu makan apa?" Kata mereka, "Apa yang kambing makan (rumput), itu kami makan. Kalau dah tak ada rumput di tempat tu, kami makan kucing, makan anjing. Habis kucing, anjing, kami akan ambil kotak, kami akan koyakkan kotak tu, dan kami akan buat sup."

Sambil kami sampaikan bantuan kemanusiaan, bagi roti, bagi tembikai, kami dengar bunyi bom. Sniper ada di mana-mana tempat. Semua tempat ada bom, ada berlubang-lubang. Saya kira, dah sampai ke petang, dah lima puluh biji bom saya dengar. Saya tak dapat bayangkan nasib mereka bila saya terima sms, "Sekarang ni kami kena attack daripada Israel dengan bomnya, dalam satu kilometer je daripada rumah kami. Alhamdulillah roket-roket daripada Mujahideen kita dah sampai ke Tal Aviv. Kami semua bersorak dan bertakbir di masjid-masjid." 

Saya kata "Dalam keadaan macam tu pun, kamu masih boleh update lagi dekat saya, saya sedih sangat". Apa kata mereka, "Jangan sedih, kami semua dalam keadaan happy, InsyaAllah kita semua akan menang. Jangan sedih, yang penting sekarang minta semua berdoa." 

Saya ada pengalaman di Gaza, kereta kebal keluar, jarak lebih kurang 300 meter depan kami, ada helikopter atas kami, kami ingatkan kami akan mati di situ. Kami berlari-lari masuk ke dalam kemah bila diorang kata "Malizi, Malizi, lari masuk khemah!" Apa yang kami lihat, anak-anak kecil yang berusia lima enam tahun, terus memintas kami dan berhadapan lima puluh meter sahaja daripada kereta kebal dan mereka mengibarkan bendera Palestine, seolah-olah 'kalau kamu nak tembak orang ni, tembak kami dulu'. Dan orang Israel itu mengeluarkan tiga biji bom. Allahu Akbar! Waktu itu memang keadaan yang paling cemas. Allah selamatkan, bom itu tersasar, tak kena pada anak-anak kecil."

Masya Allah, betapa mereka cukup bersedia untuk berjumpa dengan Allah. Kita di sini, tak tahu mati nanti dalam keadaan macam mana, adakah husnul khatimah, atau sebaliknya, wallau'alam. Besar ganjaran syurga yang Allah janjikan untuk mereka, kan? Boleh dikatakan seisi dewan senyap dan meremang bulu roma bila dengar Heliza bercerita pengalamannya. 

Betul, setakat kita ungkapkan 'kesian', tak cukup dan tak membawa erti apa-apa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Marilah kita menderma untuk misi bantuan kemanusiaan ini, dan kalaupun tidak mampu, marilah kita doakan kemenangan saudara kita di sana, baik kemenangan dunia, mahupun kemenangan akhirat.

Selamat beribadah, semua!  

No comments:

Post a Comment