Nuffnang

Tuesday 15 July 2014

Mesmerizing

Good Morning, all. 

Pagi ini nak cerita sikit my latest visit to Xue Bang. I pergi last Sunday sebab nak beli a few packs of tanah campur, nak buat batas sikit di belakang dapur sebab my BIL bawak kan anak pokok pandan-yang ada di rumah dah mati, cabut dek Maryam, terus tak hidup-hidup.
This nursery is located at Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Kalau you all dari Pekan Salak, sampai simpang empat Enstek (kiri ke Enstek, kanan ke F1 Circuit) you all terus je mavam nak menghala ke Bagan Lalang. Lepas jumpa Kuil Sepang (sebelah kiri), slow down because the mesmerizing Xue Bang is ahead! Xue Bang sebelah kiri. Nak senang, jalan masuknya ikut taman perumahan dalam 50 meter ke depan, lepas nampak signboard ni. 




Lalu je kat sini, hati mula lah menggedik-gedik. Di sini, tak banyak pokok bunga. Bonsai boleh tahan lah. kebanyakannya pokok-pokok besar, pokok-pokok lanskap. 


Tapi, macam yang i pernah bagitahu, Xue Bang ni ada various type of pasu bunga yang cantik-cantik. Nak cari yang ala-ala vintage pun banyak. Handmade pots pun banyak. Yang ni dikira exclusive la sikit. Sebab tu mahal berbanding yang biasa. Tapi, pada i harga dia sangat reasonable compared to kedai-kedai lain di sekitar Bangi, Nilai, Kajang, Serdang.

I selalu tour sampai ke belakang ni, area pasu-pasu yang cacat. Masa nak pilih pasu ni, belek-belek sikit. I belek sampai kadang-kadang cicak melompat-lompat keluar dari pasu tu. Kalau agak-agak nampak ada defect sikit tu, harga dia boleh negotiate. Akan jadi murah kaw-kaw. Kadang sampai half price je. I selalu beli macam tu, sebab crack di bibir pasu ni kadang tak nampak dah bila pokok dah merimbun, or kita letak sabut or tanaman tutup bumi merimbun di pangkal pokok.
Selalunya i letak pegaga di pangkal untuk tutup tanah tu.

Niat asal nak beli tanah campuran je, tapi, konon nak cuci mata, tercuci la dompet sekali. Terbeli mini fence, terbeli pasu, terbeli Philippine grass, terbeli sabut, terbeli concrete stand, terbeli pebble. Semua nya 'ter' 'ter'. I tak salah, put the blame on Xue Bang. 

Pebble ni satu pack RM15. Still ok harga dia, tapi kalau nak murah, beli yang timbang punya. Yang timbang kati ni, batu dia kadang ada crack sikit-sikit tapi still seketul-ketul, tidak la pecah hancur berderai. I tak kisah beli yang murah-murah, sebab nak susun kat corner ni je.
Sebelum
Selepas
Dan i nak top up sikit kat sudut ni. Jadi bila siram pokok, tanah yang terkeluar sikit-sikit dari bawah pasu tu tidak la bersepah-sepah sampai ke tengah lantai. Rumah i tak ada tanah, semua dah kena simen, agak leceh dan...tak natural di situ.
Malam-malam macam ni pun boleh duduk di luar belek pokok. Tenang je rasanya. Sebab tu la kena cepat-cepat beli garden bench. Boleh duduk-duduk minum milo panas sambil cicah biskut patsegi di sini. 
Rumah i banyak pokok hijau-hijau je, so yang ni menambahkan colour.
Same goes to this vinca rossy. Yang ni, ingat nanti dah merimbun sikit, i nak hang. Dulu ada mawar putih, kecil-kecil. Tapi sekarang tengah merajuk, taknak berbunga.



 



2 comments: