Nuffnang

Saturday 19 July 2014

Memilih Jantina Anak

Assalamualaikum wbt.

Apa yang bakal saya ceritakan di sini, bukanlah terlalu ilmiah, penuh fakta medikal dan saintifik, bukan juga petua atau mantera. Hanya sekadar perkongsian buat wanita-wanita hebat di luar sana yang terlalu kepingin mahukan sekian-sekian jantina anak.

Benar puan-puan sekalian, anak lelaki ataupun anak perempuan, semuanya anugerah Allah. Besar sangatkah kita berbanding kuasa Allah, untuk tentukan sama ada kita akan kandungkan anak lelaki, atau anak perempuan? Kita ini tiada kuasa apa-apa pun untuk melawan kehendak dan percaturan Allah Taala. Andai lelaki yang Allah takdirkan, lelaki lah anak yang kita akan kandungkan. Itu belum lagi dikira betapa kita tiada kuasa untuk tentukan anak itu lahir hidup atau lahir mati?

Berbalik kepada Qalam Allah:
Surah Ar-Ra'd: Ayat 11

Lihat di situ petikan "...Allah does not change the condition of a people until they change their own condition..."

Usaha . Doa . Tawakkal

Kita tidak ada kuasa, tapi kita diseru ayat ini untuk berikhtiar, iaitu berusaha untuk memperoleh apa yang kita kehendaki. Dalam berikhtiar dan berusaha bersungguh-sungguh, kita berdoa mohon Allah perkenankan kemahuan dan kehendak kita. Setelah berusaha dan berdoa, selebihnya kita harus menyerahkan segala usaha kita itu kepada Allah Taala. Kerana akhirnya, pemberi rezeki itu Maha Besar Allah. Dia lah jua menentukan apa yang lebih, apa yang kurang, apa yang ada, apa yang tiada, secukup-cukupnya untuk kita. 

Ok, once kita dah faham tuntutan untuk berusaha ni tadi, baru boleh berbalik kepada soal menentukan jantina anak. Again, ini kepada sesiapa yang 'mahu'. Mahu dalam erti kata, mungkin dah ada berderet anak lelaki, tiba-tiba terasa nak ada anak perempuan, seorang pun jadi lah. Kalau tiada anak perempuan, melihatkan orang lain punya ramai, hati rasa cemburu, mungkin. Ataupun, kalau ada anak perempuan, dia rasa dia akan lebih dekat dengan Allah. Jadi di sinilah perlunya usaha itu tadi.

Mula masuk bab pengalaman sendiri. Saya tidak meletakkan apa-apa harapan pada anak pertama. Baik lelaki atau perempuan, saya terima sahaja anugerah Allah. Anak sulung, mostly ramai yang tidak kisah. Tapi, saya pernah argue dengan Tuan Syed, dia lebih suka anak sulungnya anak perempuan, sebab lebih bertanggungjawab dalam menjaga adik-adik. Tapi, itu adalah 'suka', bukannya serius 'mahu'. 

Alhamdulillah kami dikurniakan seorang puteri. Shariffah Maryam Aidid nama diberi. Moga besarmu dapatlah kami orang tuamu ini menumpang syafaat, nak.
Si cantik yang sukakan kecantikan. Sinonim dengan naluri kaum hawa.

Anak kedua, lebih kepada rezeki yang tidak disangka-sangka. Walaupun hakikatnya saya pada mulanya penuh emosi waktu itu kerana it was an unexpected pregnancy, Alhamdulillah, saya dipelihara dan dipermudahkan Allah sepanjang mengandungkan dia. Waktu scan dan diberitahu seorang puteri, saya terdetik yang Allah nak bagi saya more girls to assist saya agaknya. Sebab saya agak lembap buat kerja rumah, dan over particular sampai drag masa yang sangat lama nak habiskan house chores!

Alhamdulillah, Shariffah Mardeyah Aidid, lahirnya dia sangat menyenangkan seisi keluarga. Sungguh cepat dirimu matang, nak.

Bila dah besar begini, mereka tampak seperti twin sisters.


Saya berehat agak lama selepas itu. Alhamdulillah, ada lah ruang untuk saya ubati hyperthyroid sebelum conceive semula. Selepas menjalani Radioactive Iodine di HKL, saya dinasihatkan untuk elakkan dari mengandung dalam tempoh enam bulan. Nanti saya akan buat entry khas tentang "Mengandung Selepas Dua Bulan Menjalani Radioactive Iodine".

Selepas saya berhenti consume Depo Provera, sejenis kaedah perancang keluarga berbentuk injection, saya berhasrat untuk mendapatkan anak lelaki. Tidak lah saya ceritakan kepada sesiapa termasuk Tuan Syed. Malu. Saya cuma bertanya kepada kawan baik, Aida, "Calendar apa yang kau guna untuk conceive Annur hari tu?" Anak sulung Aida ni lelaki dan dia memang plan nak girl pula untuk second baby. And Alhamdulillah dia dapat girl. So, she had recommended this ovulation calendar. Dan dia tak lupa untuk pesan, "Ni ikhtiar je, selebihnya tawakkal." 

Selepas Depo Provera saya expired, saya terus gunakan kalendar ni. Sangat mudah. Di situ kita boleh masukkan preference, nak boy or girl or kalau no preference pun tak apa. Once dah pilih sesuatu jantina tu, and the calendar akan bold kan tarikh-tarikh di mana chances of conceiving jantina tersebut are good. Maknanya, gunakan tarikh yang dah bold tu untuk ambil peluang mendapatkan anak mengikut jantina yang dikehendaki. Manakala tarikh-tarikh yang dia tak bold tapi considered as higher/ medium fertility, ambillah langkah berjaga-jaga sewajarnya. 

Sorry, malas nak print screen dan tempek di sini. Boleh klik link di atas dan cuba fahamkan.

Sebenarnya ia berbalik kepada subjek biology yang kita belajar masa sekolah dulu. Perkiraan cycle lebih mudah dimulakan pada hari pertama menstrual. Tak kisah lah dia angkat bendera merah lima hari ke, tujuh hari ke, sepuluh hari ke. First day menstrual tu, kita kirakan sebagai day-1. Untuk wanita yang menstrual cycle nya normal (which means hari pertama bleeding bulan ini dan hari pertama bleeding bulan berikutnya adalah dalam range 21 hari hingga 35 hari), pada hari kesebelas, day-11, adalah merupakan hari ovulasi bermula. Dan ini lah saat hari operasi usaha anda bermula. Maknanya ini waktu subur. Waktu subur bermula day-11 hingga day-16. Untuk conceive a girl, gunakan sebaik-baiknya day-11 hingga day-13 (extra precautions dalam waktu ini kalau nak a boy). Dan untuk conceive a boy, gunakan sebaik-baiknya day-14 hingga day-16 (extra precautions dalam waktu ini kalau nak a girl).

Ini lah yang dikatakan family planning. Pengertian perancangan keluarga bukanlah sempit dan terhad kepada contraception methods (to avoid poor gap) sahaja. Kita boleh rancang nak susun anak lelaki atau perempuan berselang seli atau satu line lelaki satu line perempuan. Ingat, rancang ni sebahagian daripada ikhtiar dan usaha sahaja ye. Selebihnya, doa dan tawakkal, serahkan urusan ini kepada Allahul Khaliq. Allah penentu sebaik-baik kejadian.

The first time saya rasa that i was expecting a boy, bila saya tidak mengalami morning sickness macam mana pengalaman sebelum-sebelum itu. Kemudian saya terbaca satu article. Katanya, bila mengandung, hormon estrogen kita akan meningkat. Dan bila kita expecting a girl, fetus tu juga ada hormon estrogen, yang mana ia meningkatkan lagi kandungan estrogen dalam badan ibu. Dan ini akan menyebabkan ibu mengalami morning sickness yang teruk. Jadi ini menguatkan lagi instinct saya yang saya sedang expecting a boy. Kemudian dalam antenatal check up dengan Dr. Khamsiah @Annur Bangi, she had told me the same thing memandangkan berat saya naik mendadak dek selera makan yang melampaui batasan (tak ada morning sickness, sangat senang hati). And, the conducted ultrasound test had confirmed he was a boy! Alhamdulillah, saya seronok bukan kepalang waktu dengar Dr.Kham kata "tu pistol dia". Syukur...

I asked Him to give me a boy, and He has granted my request. 












Syed Abdullah Aidid. Inilah antara ikhtiar kecil saya dan permintaan saya, hamba yang hina. Dan saya juga amat yakin, ada orang lain yang turut sama mendoakan permintaan saya ini dan doa mereka itu sebenarnya yang dimakbulkan Allah, bukan doa saya. Allahu Akbar.

Lalu nikmat Allah yang mana satukah hendak saya dustakan?  

No comments:

Post a Comment