Nuffnang

Tuesday 12 August 2014

Blooming

Salam Tuesday.

Last weekend i really had a great time with my family. Apa lah sangat masa yang ada kalau tak dikelilingi gelak tawa anak-anak, celoteh dan bebelan ayah emak dan adik-adik serta suami yang minta sedikit masanya untuk istirahat.

Orkid Si Maryam dah berbunga kembali. Hari tu segan pulak dia nak berbunga. Lepas dianginkan di tiang ini, senang saja berbunga.
Rasberries dah mula berputik. Yeay! Lepas ni boleh makan hasilnya. Tapi berapa butir la sangat kan kalau nak dibandingkan dengan yang dibeli di supermarket. Cuma excited sebab ini tanaman sendiri.
Makeover sofa lama. Nak dibuang, sayang. Nak pergi beli patchwork, entah bila. Guna saja blanket.
Alang buat ACL untuk recond lutut kanannya. Sekarang bertongkat pakcik ni.

Dapat pulak whatsapp gambar ni daripada the walid. Panjang je senyum sebab dapat selfie dengan orang asli seksi.
Penuhi jemputan open house rumah YB Mazlisham. Siap bersongkok riben putih, sempena berkabung 100 hari di Perak.


Singgah solat di Masjid Negeri. Cuaca redup, seronok duduk-duduk di wakaf ni. Berangan nak ada satu di rumah, tapi kena tunggu rumah banglo la baru dapat merasa.
Si double chin ni asyik nak berkepit je..
Sunday siap-siap nak attend wedding the walid's bff di Ipoh.
Tahniah Husna & Firdaus. Ini rupanya Firdaus, selama ni the walid asyik laaa confused my friend Firdaus dengan this Firdaus. Sebab both pun kerja di JPA.

On the way balik, cuci mata di Jalan Kuala Kangsar. Tengok pottery and garden items. Ralit ok. Tak shopping apa pun, kecuali tiga ekor burung and seketul cendawan.
Sampai je Enstek, terus selinsing lengan. Kuah Kacang in the making. Nak bawak ke ofis esok harinya sebab ada potluck.

Monday morning tu sempat jamah sikit juadah potluck ni sebelum pergi meeting. Sedap-sedap belaka hasil air tangan my officemates ni.
The walid hantar gambar ni. Dia outstation di Cameron Highlands. Waahhh..!
Si demok yang clingy kat nursery. Pengasuh bagitau, dia ni tidur pun nak berdukung di bahu. Haiyaaa..apa ni boboy...
Tepat jam 11pm, the mommy dah super sleepy. Tapi, once pegang aje bunga-bunga ni, mata terus segar. New blooms in the house! Lavender ni senang. Boleh tahan dua tahun dengan colour yang masih sama. Jangan bagi kena air. Ada juga yang kata boleh halau nyamuk.
Jagung Cameron dan static flower, juga dari sana. ini pun bunga yang tahan. I ada beli sekali di Sharnas, dah kering pun batang dia, tapi colour masih sama.
After alihkan dari depan ke belakang. Dah kering tapi masih berwarna. Cantik dan mencantikkan.

Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat penglihatan. Maka nikmat Allah yang mana satukah yang hendak saya dustakan? 

Ok, babai..nak sambung kerja.

No comments:

Post a Comment