Nuffnang

Friday 22 August 2014

Throwback (lagi)

Salam Jumaat buat semua yang manis-manis.

Sempena Hari Perkabungan Malaysia MH17 hari ni, pagi-pagi melalui lebuhraya Elite sudah bertembung dengan beberapa kereta peronda polis yang sedang menghala ke arah KLIA. Elite agak sibuk juga di pagi hari, tapi kesibukannya pagi ini dilatari kesedihan.

Ok dah, lap air mata.

Ok, pagi ini, lagi entry throwback. Yang ini masa my cheeky Maryam umur four months old, trip to Cameron Highlands. Masih lagi beranak satu. Trip begini penuh kemanisan. Baby belum pandai jalan, kelek saja ke sana ke mari. Nak dukung baby pun, mak apak terpaksa berebut-rebut. Sebab kalau tak dukung baby, tangan terasa kosong je.


 Ok, emak boleh senyum tengah-tengah panas gitu.
 Tak apa, tercungap-cungap daki bukit sambil dukung baby pun tak apa...anak baru seorang
Waktu ni muda lagi, anak seorang lah katakan...lepak-lepak minum tu adalah sesuatu yang biasa. Tapi sekarang dah berlima ni, kalau lapar tahap nak kepit-kepit perut, baru lah dapat singgah makan kat kedai. Kalau tak, sepanjang trip macam ni, minum je la dalam kereta diam-diam.

Time ni jalan pun relax je. Tapi sekarang, Allahu...tak ada masa nak membeli belah sambil belek-belek ok. Hari tu pergi Cameron, nak singgah beli sayur pun tak matikan enjin kereta. Kena gilir-gilir keluar kereta. Yang sorang kena tunggu anak-anak dalam kereta. Beli pun tergesa-gesa. Terperanjat lagi kot sebab sekarang ni bilangan anak lebih ramai dari mak bapak. Dan bilangan anak dah lebih dari dua tangan yang ada.

Hidung sama macam apak dia
 Anak baru seorang, lambung-lambung macam ni seratus kali pun tak rasa apa. Sekarang tak dapat lah nak pose macam ni. Tukang ambik gambar for sure sekarang ni tengah sibuk melayan our two active and cheeky girls tu.
 Baru empat bulan, apak dia dah bawak pergi waterfall. Pengenalan kepada alam rimba nan mengasyikkan.
 Si Maryam empat bulan, sikit dan halus rambut dia.
 Dahi Maryam sama macam Abdullah.
 Ok, sesi kiasu bermula.
 Tengok, i ke dia yang kiasu sebenarnya?
Ok, now we have a kiasu dad here!

 Dari baby sampai anak dah besar, kalau bab water activity ni, memang i serahkan kepada the walid. Dia je yang rajin melayan.
Zaman dulu lagi dah selfie dan usie bagai, ye. Cuma dulu tak tersembul keluar lagi istilah selfie ni. Kalau orang tanya pasal monopod waktu tu, mesti i dah jawab 'Monopod? Mesti rupa dia macam tripod yang dibuang dua lagi kakinya. Macam mana nak berdiri? Sorry, I don't have any idea.'

Ok itu saja entry throwback kali ini. Entah, rasanya macam pernah juga upload ini di fotopages. 



Salam Tafakur,
-mamianaktiga-

No comments:

Post a Comment