Nuffnang

Showing posts with label didik. Show all posts
Showing posts with label didik. Show all posts

Thursday, 22 January 2015

Latih anak membeli

Semalam ada terbaca satu artikel yang dikongsi seseorang dalam fb tentang pengusaha kantin sekolah menganiaya murid-murid.

Katanya, ada pengusaha kantin yang tidak memulangkan baki wang murid. Ada yang menjual air sirap segelas seringgit, murid bawa lima puluh sen hanya dapat setengah gelas sahaja. Ada murid yang membawa bekal ke sekolah tidak dibenarkan makan di kantin. Ada pula yang gunakan ayat "dua singgit" instead of "satu lima puluh sen" dan murid tu end up dengan membeli dua ketul kuih sedangkan makan hanya seketul saja. Ada murid yang beratur panjang dan bila tiba turn, makanan habis. Ada yang bila tiba turn dapat makanan, loceng dah berbunyi dan murid masuk ke kelas tanpa makan. Ini part paling sedih. Ye lah, murid darjah satu, mesti bila dengar je bunyi loceng dah kalut nak lari masuk kelas takut nanti kena denda kena marah dengan cikgu kena marah dengan prefect. Itu yang dia sanggup tak makan dan terus lari masuk kelas. Alahai...kesian la, anak sapa la tu... 

I ni memang pagi-pagi suara macam petir bila anak-anak makan pagi sambil berlengah-lengah. Tapi, i tak sanggup nak biarkan diorang pergi tadika dengan perut lapar. Memang lah tadika ada provide breakfast, tapi kot-kot lah tengah perut lapar pastu tadika serve pulak makanan yang kurang membuka selera, tak ke kesian budak tu. So, pagi-pagi i akan let them makan dulu. Tak sempat di rumah, di kedai. Tak sempat di kedai, dalam kereta pun i biarkan diorang makan. Kejam oih rasanya tak bagi anak makan. Kita sampai-sampai ofis boleh la serbu kafe, tapi anak kita?
Makanlah, nak, walaupun sekadar sebatang aiskrim.

So i pun telah share artikel tersebut di fb dan i tambah caption "Educate anak kita".

I setuju sangat bila penulis artikel tu suggest parents bekalkan anak-anak lunch pack. Budaya lunch pack kat Malaysia ni macam tak berapa lah i rasa. Sebab my friend kat Washington DC tu memang hari-hari bekalkan lunch pack because satu sekolah pun bawak lunch pack tu. Bila anak dia tak bawak, anak dia menimbulkan kepelikan berganda-ganda di mata kawan-kawan. Jadi, mak pak, jom lah bekalkan anak-anak, bukan susah pun. Sekarang ramai ibu-ibu hebat yang buat frozen food, yang bangkit awal pagi memasak, semata-mata nak bekalkan anak-anak ke sekolah. Bila lah i nak jadi supermommy macam diorang tu... Tapi, kalau agak-agak malas tak sempat nak masak sendiri, pagi-pagi tu belikan lah siap-siap makanan then letak dalam container. Bekalkan juga air sebotol.So, anak tak perlu lah bazir masa beratur panjang di kantin. Tak ada lah kes anak ditipu, dianiaya pengusaha kantin.

Tapi, tak dinafikan ada kalanya budak-budak ni pun ada keinginannya nak merasa bihun goreng makcik kantin. So di sini lah i rasa ada sebabnya kita kena biasakan anak kita dalam bab jual beli ni supaya tak mudah ditipu. Bukan nak ajar diorang cara-cara nak bargain, cara-cara nak minta free gift tu semua. Bukan. Cukup ajar simple maths, kuih lima puluh sen, beli satu, bayar seringgit, ambil baki lagi lima puluh sen. I ingat lagi, dulu masa i masuk darjah satu, my parents tak ada pun tunggu i di luar kelas, tunggu i di kantin ke, tunggu di gate sekolah ke. Tak ada pun nak tengok sama ada boleh ke anak dia ni membeli makanan sendiri di kantin. Sebab tak ada keperluan pun untuk diorang tunggu because masa tu rasanya i macam pandai je berbelanja. Ecececcece... 

First day darjah satu, dah pandai pergi kantin beli nasi lemak sebungkus dua puluh sen, air sirap segelas sepuluh sen. Lepas tu mula pandai beli sengkuang calit, masa tu dua puluh sen. So, habis la duit belanja lima puluh sen sehari. Bila i recall balik, masa bila lah aku ni pandai bab kira-kira wang ni (sebab kagum dengan keupayaan diri sendiri - konon), i ingat lagi masa i tadika lima tahun di TBK Kg.Stor, Padang Rengas, ada satu kedai runcit di sebelah tadika ni. Kami panggil Kedai Pak Daman. 

So, lepas habis waktu sekolah sementara tunggu ayah datang ambil, i akan pergi kedai tu beli gula-gula, beli chewing gum, beli segala junk food yang tak bagus untuk kesihatan tu. Nakal. Masa tu bawa belanja sepuluh sen, kadang-kadang dua puluh sen. Habis jugak! Patut lah i sekarang ni pandai sungguh "berbelanja", sebab dari kecik lagi dah dilatih, tapi bab nak menabung...ke laut! 

Bila enam tahun, makin cerdik. Kalau ada duit lebih, beli maggie, masa tu Asam Laksa sebungkus empat puluh sen. Eceh, pandai pulak balik tadika masak maggie. Nakal lagi. Sebab curi-curi guna dapur. Enam tahun tu dah pandai memasak! Nasib lah masa tu tak ada la nak terbakar dapur mak i. Maknanya apa tu? Maknanya memang terserlah ciri-ciri wanita sejati betul lah ni!

Ok, now i dah boleh lah train Maryam memasak ni. Hahahahahah! Kejam nye mak. Eh, tapi, sekarang ni i memang dah start ajar dua-dua girls tu fix the toaster, they can even make their own roti bakar sapu kaya and madu tau! Cuma bab bayar membayar tu, i rasa i dah kena educate them dari sekarang. Memang dah lama dah i suruh diorang bayarkan kat cashier, tapi bayar bodoh-bodoh macam tu je lah, "bagi je duit pastu ambil baki". Semata-mata nak bagi berani sikit ke depan. Tak ada pun lagi elemen campur tolak tu semua. Tak ada lagi elemen dia berfikir duit di tangan ada berapa sen, harga kuih berapa sen, berapa baki yang patut dia dapat. So, bersungguh-sungguh la mak dia akan pulun lepas ni ye.

Kiasu sangat!

Sebab nanti dia darjah satu, i memang takkan tunggu la kat kantin untuk belikan dia makanan. Belajar-belajar lah berdikari ye, nak. 

Thursday, 18 December 2014

When December ends?

Morning all.

This two three days I had noticed my blackberry berbuah lagi. Tapi kurang meriah compared to last time. Yang hitam berkilat-kilat ni sangat ranum, masam-masam manis rasanya. The red ones belum cukup manis. Pokok ni mula ditanam di rumah Putrajaya dulu, tapi tanahnya berbatu-batu jadi akar pokok terlalu stress untuk dia membesar. Bila dipindahkan ke Enstek, dia agak serasi.





School holidays is coming to an end. Tinggal kurang lebih dua minggu saja. Maybe because my girls belum masuk primary school, so bahang cuti sekolah tidak hangat membara compared to those yang anak dah bersekolah. Ramai colleagues masih berlumba-lumba cuti untuk bawa anak-anak makan angin. Selamat bercuti everybody! 

We do not have any holiday vacation in plan. Everything pon ad-hoc trip. We just came back from Kota Bharu. Tuan Syed got meeting dengan state branch. Mommy just arrived from Tawau on that day, then we got in the car and drove to Kota Bharu. Seven to eight hours in the car, I couldn’t imagine how tabah all the Kelantanese are! Sampai hotel after midnight terus lena sampai ke pagi.



 

After having nasi dagang for breakfast, we pusing-pusing Kota Bharu. Luckily Tuan Syed left the car for us to jalan-jalan. Pasar Siti Khadijah is a must. Naik third floor membelek-belek batik, Maryam mula cranky because dia rasa suffocated dalam tempat sempit dan sesak tu. “Cepat lah mami. Dahaga. Nak balik hotel.” So, tidak lah membeli apa-apa melainkan kaftan for the girls berharga RM15.00/pc  x 2 costed me RM30.00. 

Cepat-cepat turun mencari keropok lekor. Sambil membelek dan memilih, Mardeyah started to tarik-tarik baju mami sebab nak beli bubble. Pening mami. Nasib baik lah Abdullah was in a good mood. Sempat beli keropok lekor satu beg je, memikirkan hanya seberat itu saja yang mampu dijinjing ke kereta. Dalam hati ada rasa sikit ralat sebab dah sampai KB tapi tak bawa balik batik sehelai dua.



Muka happy sebab dapat bubble sorang satu. Untunglah diorang minta mami beli benda-benda macam ni time mami tengah penat. Kalau mami tengah energetic, memang berhempas pulas mami tak comply.


Masuk kereta nangis lagi. Sebab lapar. Sebab panas terik. Sebenarnya this girl belum mandi pagi! Princess bangun paling lewat, cuma cuci muka saja and turun breakfast.




Everybody pun lapar, so we tour lagi dengan misi to makan-makan pulak. Mengikut telunjuk Mr.Waze ke kedai Nasi Kerabu Golok. Sampai depan kedai around 2.30pm tapi kedai tu tutup. Belum buka kot. Patah balik ke kedai Nasi Ulam Cikgu. Perut dah lapar, apa saja will do anyway.


Dah balik hotel, dah mandi, barulah muka ada senyum! Sama macam perangai i, kalau badan melekit, semua benda serba tak kena. Jangan muntah hijau tengok usie tuan tanah ni ye.


After asar, we checked out and singgah Wakaf Che Yeh but nothing catch the eyes. Along the way tu ada banyak gerai-gerai, singgah makan dulu then balik. Sampai Enstek 6 o'clock in the morning, then rushed to the office pula. Pagi tu mata macam panda ok.

Sebenarnya, starting next month, anak-anak dara ni akan pindah ke kindy baru. Dua-dua sangat happy bila i enroll them to a new school. Bukan main semangat the double ni masa nak attend the open day.



The mami agak teruja sebab location kindy ni agak strategik. Sekitar restaurants, cafes and muslimah boutiques! Agak happening juga lah.


Terima kasih kepada Cikgu-Cikgu Gemilangku Enrichment Centre for a memorable years. Million thanks on all didikan and asuhan yang diberikan. You have been successfully imparted lot of things that they need to know. We are so thankful for your dedication, supports, love and care to our daughters.

Through the years, they make friends, strive to have more friends, they share, they care, they give, they receive. Their friends influenced them a lot! Ini saja yang sempat mami capture masa graduation day. Your bestfriends. From left; Amal Husna, Nurul Iman, you, Murfiqah, and you. Amal and Iman also going to new school, so does Fiqah. One day, when you see this photo, I'm pretty sure you will miss those days you spent together.


F.R.I.E.N.D.S.H.I.P is M.A.G.I.C
 ...it is caught, not taught


Thank you GEC! Till we meet again.

Monday, 13 October 2014

Our Peaceful Outing

Salam ukhuwwah everyone!

Hope you guys had a great weekend. Mine biasa-biasa saja. Saturday, i managed to be in my petite garden even though the cranky super-clingy-baby became too demanding. Luckily my partner-in-crime was super sporting to look after him. Oh, how i wished i could have a larger garden. Ruang sempit kadang-kadang membantutkan idea. Tapi siapa kata ruang sempit tidak boleh dihias cantik? Cuma perlukan lebih kreativiti and to me, perlukan lebih masa untuk berimaginasi. I kan melankolik!

After having lunch, Tuan Syed ajak jalan-jalan ke KL. The wifey complied. We decided to bring kiddos back to the nature. Of course educational trip macam ni memang selalu menjadi pilihan Tuan Syed. He is a kiasu daddy in his own way. Tapi kalau mami, selalu pilih tempat-tempat yang ada orang jual-jual baju, jual-jual kasut, jual-jual cookies, cake...typical eh?

KL Bird Park offers you the world's largest free-flight walk-in aviary. Wahh, iklan lah sangat! Last time we came here masa Mardeyah dua-tiga bulan macam tu, masih dalam stroller and Maryam pula baru lancar berjalan. I don't think they appreciate the trip masa tu.

Ok, let's photos do the talking.

You ni Maryam, kalau disuruh posing... kalah top model!
Mami pun tak mampu nak selfie sambil kenyit mata

A bit confusing. Yes, we were still in the bird park. Nasib baik bapa mithali mahu ber'baby-wearing'.

Flamingo Pond
A peacock displaying his plumage.
Banyak spesies burung yang ada crest atop the head. I kept on telling Maryam crest tu cantik, dah macam hairband diorang.
Close-up. Green and gold plumage - a very nice detail.
Lama juga this peacock fans its tail.
Lories feeding di World of Parrots
Nak suruh ai pegang cup tu? Sorry la...
There, my second and third handbag! Mengekor...
Ok, banyak info kita dapat from this educational trip. Selain daripada vibrantly colored birds, this bird park ada banyak spot for learning. We dropped by at the nursery and show them macam mana telur ayam menjadi ayam as Mardeyah suka sangat makan telur especially egg yolk. Sekali sekala jalan ke tempat macam ni, mak apak pun boleh tambahkan ilmu di dada, ye dak?

Sekian sahaja cerita weekend orang-orang biasa macam kami.

Ok lah, I nak pergi pick up my anak-anak syurga. 


 Babai...!

Monday, 25 August 2014

Weekend Nan Manis Bersama Cik Yam, Cik Yah dan Pak Lah

Salam Isnin nan indah dan mendamaikan (ayat motivasi).

Semalam dalam Nona, Datuk Freida Pilus ada berpesan, petua untuk wanita berkerjaya dan berjaya ialah, pagi-pagi tu especially hari Isnin:
  • Wake Up - bangun jangan malas-malas
  • Dress Up - pakai cantik-cantik, pakaian yang elok-elok
  • Show Up - pergi kerja, tunjukkan kemampuan diri
  • Never Give Up - jangan putus asa
So, weekend dah habis. Sekejap je masa berlalu. Rasa baru je pick up anak-anak petang Friday dengan mood bersantai-santai and no rush. Ok, ini entry bergambar. Throwback nanti kita sambung lagi ye.
Santai petang Jumaat dengan si cilik, si kecil, dan si kenit. Cuaca petang pun ok, redup dan masih ada matahari. Sampai awal, boleh lah begini selalu.

Tiga jenis bunga baru, hadiah daripada Tuan Syed yang baru turun dari Cameron Highlands, belum disalinkan ke pot baru. Tuan Syed kata biar pokok ni hilang stress dulu. Tapi i gantung dulu yang ini, stress i tengok fesyen rambut afro dia menyapu lantai.

Menu special meeting petang Jumaat. Dah siap alas perut, jadi boleh lah berlama-lama di luar rumah petang tu.

Saturday memenuhi invitation kawan ofis Tuan Syed, Encik Mat Daud, ada kenduri doa selamat sebab dia nak pergi haji. Semoga beliau dan isteri mendapat haji yang mabrur, InsyaAllah. After makan-makan, we made a stop at Sungai Gabai Waterfall. Then, the kiasu parents episode started. Dua hari lagi dak demok ni nak mencecah five months, the walid rendamkan dia dalam air, bagi kakinya pijak-pijak pasir, pijak-pijak batu.

Sejuk air ni, kesian the baby, nak senyum pun tak sanggup. Ketat aje muka dia.



Dah pandai nak cuba apungkan diri. Bila the walid lepaskan punggung dia dalam air, kakinya bersungguh-sungguh mengayuh macam itik. Ok, bagus. It was a good start, boy. Nanti kita cuba lagi ye.
Ok, ini memang mami confused. Mami makin tak paham pose gaya apakah itu, kakak? Makin lama makin macam patah pinggang, makin macam patah lutut je mami tengok.
 Soul sisters. Harap sampai ke besar jangan lah kalian bercakar-cakaran ye.
Korang mampu posing dengan kaki macam tu? Ok, habis cerita mandi-manda. Weekend ni tak ada nak memasak beria-ia sebab banyak makanan jamuan raya ofis Tuan Syed yang dibawa balik. So, tak ada la gambar makanan. Cuma hati ni menggedik nak jugak share juga gambar makanan yang tiba-tiba terjumpa dalam phone.
Ni juadah berbuka puasa dulu. Homemade nasi kerabu. My first trial. Bahan-bahannya agak simple, tapi nak membuatnya sangatlah remeh. Jadi rasa rugi kalau nak tempek gambar di sini ye. Sampai berpeluh-peluh nak menyiapkannya sebelum waktu berbuka. Dah tu start masak lepas balik kerja pulak. Gigih tak kak ton?
Ini pulak namanya Kari Ikan Ibu Mertua. Ye, my MIL kalau buat gulai ikan, ikan tu akan dipotong kecil-kecil. Sebahagiannya digoreng dulu sebelum terjun ke dalam kuah, selebihnya masak terus dalam gulai macam biasa. Sebabnya, kata MIL, dulu masa dia duduk dengan ibunya, ibunya suka gulai ikan yang tak digoreng, tapi my FIL pulak taste nya ikan mesti digoreng dulu. Sebab tu dalam periuk ada campur-campur ikan yang digoreng dan yang tak. Lagipun, masak gulai ikan ni tak perlu rigid sangat, apa sahaja ikan yang ada, campur je, tu kadang-kadang dalam gulai ikan dia ada jenahak campur bawal lah. Senang kan, tak payah pening-pening fikir. My MIL masak gulai ikan ni letak rempah campur dan sedikit santan.
Ini last week punya baking. Requested by Maryam sebab dia nak tolong taburkan chocolate chip tu je sebenarnya. Dah lama tak buat muffin, so the mami pun complied. Nasib baik dia makan. Tapi sebab kat rumah tak ada muffin cup yang kecil, yang ada cuma yang besar saja, so dia makan satu je dah kenyang. Makan sambil main, sambil loncat-loncat. Lepas tu bertabur-tabur atas carpet atas lantai. Grrrrrrr!

Ini hari Rabu lepas, ada budak mengidam nak minum cendol. Kat Mercato Enstek ada restoran cendol, tapi i lagi suka cendol yang jual kat lori tepi jalan ni. So, i bagi Mardeyah duit and perati dia membeli dari jauh.


Tiba-tiba lepas dia order and tengok brader tu buat cendol, dia patah balik dengan muka nak menangis. Rupa-rupanya dia nampak brader tu bubuh gula hitam dalam cendol dia. Dia tak suka. Apa lagi, menangis beria-ia sampai brader tu rasa bersalah. Kesian! Anak oh anak, apa lah sedapnya cendol kamu kalau tak ada gula hitam...
Ada kiasu mami sedang menunggu-nunggu anaknya roll. Semalam Tuan Syed kata dia dah meniarap sendiri. I tak nampak pun, bila suruh dia buat semula, dia tak nak, terus telentang sambil masuk penumbuk dalam mulut. Haishhh!

Ok, selamat ulangbulan kelima, Adik Abdullah!