Nuffnang

Thursday 6 June 2013

Fast & Furious

Ramai yang telah menonton Fast & Furious 6 rasanya.

Kami hubby wifey seawal hari pertama lagi dah pergi ke Signature Mid Valley untuk L.A.Y.A.N..

I memang suka kereta. Pernah Tuan Syed tanya "B nak kereta apa?"

Soalan ni double meaning. Pertama, boleh bermaksud kereta yang kita NAK dan MAMPU beli. Kedua, sekadar kereta yang kita mampu IMPI.

So i jawab "Cayenne pon dah cukup rasanya..."

Tuan Syed telan liur.

Ceritanya i suka kereta ni ala-ala menurun dari ayah la. Dia minat Alfa Romeo. Nak beli new Alfa tak mampu..so dia kumpul Alfa second hand. Alfetta, Alfa 75, Alfa 155. Tapi dia ada ilmu pasal kereta ni, so kalau ada problem, dia akan fix sendiri.

Seawal Form 3, dia ajar i pandu Alfetta. Bukan auto transmission tau, mind you! Dan bukan power steering!

Kami ke padang bola di Institut Latihan RISDA Padang Rengas (sekarang Kolej Risda) dan dia train i di situ. Ye, i memandu secara illegal sampai la umur layak ambil lesen. Tapi tidaklah memandu di jalan raya.

Cuma pandu dalam kawasan perumahan je...

Ayah memang kaki tekan. Tapi sekarang dah kurang sebab faktor umur. So, fast & furious ni kira dah sebati la dalam diri i.

Perasaan?

Tidak takut?

I suka merasakan adrenalin tu mengalir. Suka rasakan degup jantung sendiri. I suka challenge myself, overcome the fear.



Paling penting: Baca doa dan pemanduan berteknikal.

I tak suka gunakan pemanduan berhemah. Manusia tak perlu diajar pemanduan berhemah sebab untuk jadi berhemah, kita perlu beradab. Untuk memandu secara berteknikal, kita perlu belajar dan cari pengalaman.

Ramai pemandu yang berhemah tapi tidak memandu dengan bertenikal. Tidak faham handling sesebuah kereta. Panik bila berlaku emergency.

Contoh perbezaan antara pemanduan berhemah dengan berteknikal, pemandu berhemah ni sangat berhati-hati, sampaikan dalam corner pon dia tekan brake, jalan straight pon sikit-sikit brake. Lepas tu, waktu hujan dia pasang hazard light.

Tapi pemandu berteknikal ni dia akan brake sebelum ambil selekoh, bukannya dalam selekoh sebab kereta akan membuang.

Zaman sekarang ni ramai yang boleh memandu, tapi ramai juga yang memandu secara berhemah tapi berbahaya.

Pendek kata, belum cukup pengalaman. I pon bukan banyak pengalaman, masih memahami dan mencari.

I ni perempuan. Tapi memandu semacam lelaki.

**Entry sempena Father's Day**

~Men sometimes inspire me a lot! (Yes, they are my dad and hubby.)

No comments:

Post a Comment