Nuffnang

Tuesday 18 June 2013

Cerita Teman

Dulu kami berempat selalu bertukar cerita suka duka berjauhan dengan spouse. Wan dan Rjdy tanpa isteri di sisi. I dan Zana tanpa suami. Mind you, Wan dan Rudy membujang, kira ok la. Tapi I dan Zana, kami mak orang ni mengasuh anak dengan L.E.T.I.H sekali tanpa apak depa.

Tapi Wan dah bertukar ke Penang, teman isterinya mengasuh dan membesarkan anak bersama-sama.

Rudy masih membujang. Melaka tidak lah jauh. Pagi Isnin pon masih sempat sampai Putrajaya.

Dan Zana, Alhamdulillah. I tumpang seronok sebab husband dia dah transfer ke Putrajaya right after dia habis berpantang anak keempat.

Dan mulai itu, tiada lagi kedengaran "Ya Allah, orang tengok aku kat kedai makan dengan anak-anak ntah macam hapa dah ni"

Semua cerita suka duka (duka lebih kot...) dah senyap. Jadi kenangan.

I dah tak ada teman berbicara meluah rasa.

Sekurang-kurangnya mereka pernah sempat berkongsi cerita itu.

Ya, dulu kita sekapal. Sekarang kapal kita dah berpecah. Haluan masing-masing.

Masing-masing punya cerita hidup baru.

Cerita dulu, kami masih simpan. Pengalaman yang kami lalui. Kami sahaja yang rasa.

Allah berikan kami merasa pengalaman itu. Allah bagi kami rasa pahit manisnya. Allah uji kami sampai tak terdaya. Sampai rasa nak surrender.

I terus rasa pengalaman itu. Terus diajar untuk bertahan. Terus sabar. Tapi i tak kuat. Kerja di pejabat makin banyak. Tak pernah habis.

Dan cerita ini tak akan pernah habis. Ini bukan hikayat. Ini bukan fantasi.Tapi I selalu berimaginasi, ada suami di sisi. Kami laki bini membesarkan anak bersekali.

Imaginasi yang hanya Allah sahaja yang faham. Walaupun keluarga sendiri, ipar duai sendiri, tak akan faham.

Bila mana selalu terjadi I bersendirian bawa anak makan malam, akhirnya jadi begini.

Anak-anak,
jangan pernah ingat semua ini.
Kerana ini bukan pengalaman kamu,
Tapi satu pengalaman bagi mami.


No comments:

Post a Comment