Ungkapan yang paling menyentuh perasaan..."bumi dengan langit kelihatan terpisah jauh tapi mereka sebenarnya sangat dekat, hanya dipisahkan oleh satu garisan sahaja.."
Lokasi: Pantai Tengah, Langkawi
Kata orang, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Impian Tuan Syed, inginkan sebuah rumah di tepi pantai kerana tersedia dengan rumah itu irama ombak.
Soul Sisters.
Pinjaman dari Allah S.W.T kepada kami untuk kami merasa dipanggil ibubapa. Untuk kami jalankan tanggungjawab dan mengumpul pahala sebanyak yang mungkin. Saham kami di akhirat nanti. insyaAllah.
Maryam dan Mardeyah. Ketawa bersama, menangis bersama. Teman bergurau, belajar, bermain. Teman bergaduh pun ya juga.
Lokasi: Makam Mahsuri, Langkawi
~Entry orang miskin, pergi Langkawi tak shopping apa-apa pun...hanya bawa anak-anak jalan-jalan mencari ilmu dan pengalaman. Itu sahaja~
No comments:
Post a Comment