Nuffnang

Tuesday 16 December 2014

Time Waits For No Woman

Hi all.

Yesterday is a history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. Memang dalam kepala ni lotsa things nak cerita dalam blog. Tapi my extra time is limited. I need to prioritise beberapa benda, to sacrifice those unnecessary things juga. Wanita, kalau belum berkahwin dan beranak pinak, untungla punya banyak masa leisure. Kalau berkahwin dan beranak pinak dan punya maid lagi, masih beruntung juga sebab ada lagi extra time sebab at least you dah outsource housechores tu. Menjadi saya ini, nak ke IOI City Mall pun fikir lapan puluh lapan kali kalau sekadar pergi nak membazir masa. Window shopping tapi kepala terfikir-fikir kain berbakul belum berlipat. Tapi, i sangat puas hati bila housechores menjadi agenda kami sekeluarga, baik dua si dara tu, mahupun lelaki dewasa yang sorang tu.

Cukuplah bebel tu. Jom tengok delicacies. I ni nama je budak kampung tapi i memang tak pandai nak menamakan ikan-ikan sungai and ikan darat ni. Memang tak kenal kecuali keli. So happened Tuan Syed bawa balik beberapa ekor ikan exotic. Kelah, kerai, jelawat. Panjang-panjang besar-besar. Pernah sekali makan di Rumah Rohas KL, ikan-ikan ni sangat mahal. Kalau i, what the crap la harga ikan ni mahal macam harga handbag? Tapi sebab orang belanja, merasa la. Kalau sesaja nak pergi beli, memang tak kan lah sebab bukan senang nak jumpa ikan ni kat pasar pun.

Bila dah bawa balik ikan special, haruslah mak pening kepala fikir nak masak apa. Nanti masak cincai, rugi pula. So kita masak kerai dulu. Time tu atuk and oma ada. Simpan dulu kelah and jelawat untuk other occasion pula. Kerai ni dibelah dua. Separuh digoreng. Gaul garam kunyit je. Mahalnye ikan ni, sampai sisik dia pun sedap. Bila digoreng, sisiknya rangup macam keropok.


Separuh lagi i gulaikan bersama tempoyak. Letak daun limau purut banyak-banyak. Tapi agak frustrated bila tempoyak tu kurang masam. Walaupun digulai, sisik dia masih sedap diratah. Lembut.


I lawankan dengan pekasam ikan *taktau* goreng ronggeng. Campur petai Jember, pemberian Bibik Yuli, my SIL's maid. Cili kering ni pedas nak mam*. Nangis sambil terjelir-jelir lidah makan cili ni. Membunuh sangat!


Dah pedas, sambal belacan juga pedas. Jadi kunyah lah ulam ni banyak-banyak (sangat macam lembu). Ulam belakang rumah. Jangan risau, tak cukup, kita petik lagi.


Ok, tu je i masak. Hari apa ntah. Lepas tu superclingy wifey ni berjaya mempengaruhi Tuan Syed untuk tukar selera. Japanese cuisine kadang-kadang i rasa tak banyak choice. Tapi di Miyagi Bangi ni varity juga rupanya. And masakannya boleh diterima tekak i yang tak berapa Jepun ni.


Ok thanks dear, nanti bawa lagi ke sini!


Lepas Jepun, ke Sabah kita bah... Pisang Goreng Cheese Tawau. Kedai apa ntah, lupa dah. What i like about this pisang goreng cheese, lain dari yang i pernah rasa di Bangi and Putrajaya. This one pisangnya tak oily. This one cheese dia grated, tak melt gila-gila macam yang ada di Semenanjung. Pisangnya tak lah lembik lunyai. And then ada gula perang ditabur atas cheese tu. Yummeh!


Ingat dah, nama kedai ni Indo Cafe, kat tengah-tengah pekan Tawau. Katanya Bugis style ni. Selain pisang goreng cheese, ada juga dijual Perpek, pisang penyet cicah sambal jawa. Pisang ni special sebab dia guna pisang muda. Pisang yang dikupas tu katanya digoreng dulu sebiji-sebiji kemudian dipenyekkan then dicelup dalam tepung and digoreng. Rangup dan berlemak rasanya.


Wanita dan masakan/ makanan memang berpisah tiada. I sangat terkesan dengan satu reality tv program ni. Apa ye namanya, yang bertanding memasak antara mak mertua dan menantu tu. Ada satu laki ni, tiga-tiga makanan yang dia rasa, semuanya yang menjadi pilihan adalah masakan ibunya sendiri. Betul, memang dia dibesarkan dengan air tangan ibunya. Menjadi isteri, jangan kecewa bilamana masakan kita tidak kena dengan lidah suami. Bukan semudah itu dia nak menyukai apa yang kita masak dek kerana berpuluh tahun lidahnya dididik dengan masakan ibu.

Daripada bazir airmata sebab laki komplen masakan kita tak sedap, baik kita improve je. Memasak ni agenda yang cuba jaya. Jangan give up untuk memasak. Kalau hari ini kita berdikit-dikit belajar memasak, dua puluh tahun lagi, air tangan kita akan menjadi ingatan dan igauan anak-anak kita pula. *sedapkanhati* *lapairmata*

No comments:

Post a Comment