Nuffnang

Friday 11 September 2015

Cinta Paling Agung

Dah basi kot cerita ni tapi i baru je tonton semalam. Gigih akak cari kat internet demi nak jimatkan RM15 daripada langgan cerita ni kat Astro First. Tak payah membazir untuk yang bukan-bukan ye...

Kalau you all nak tau jalan cerita ni, tengok la sendiri. Tak pun google je review and sinopsis cerita ni. Pengulas drama dan pengkritik filem pun ramai. Akak tak ada la nak ulas panjang lebar cerita ni. Bagi akak, cerita ni ok je, above par daripada cerita-cerita yang mengupas topik poligami. Biasanya drama atau filem yang angkat tema poligami ni mempunyai jalan cerita yang stereotaip, itu itu juga. Tapi yang ini lain sikit garapannya.

Apa yang lain? Jalan cerita ini diperkuatkan oleh watak ibu bapa perempuan tu. Cara ibu bapa menasihati anaknya, sangat berhemah, tegas dalam kelembutan. Bukan sekadar kukuhkan jalan cerita dengan ayat-ayat cinta dan ayat maki hamun antara protagonis dan antagonis, seperti dalam kebanyakan drama bertemakan poligami. Inilah realiti dunia kita. Betapa ibu bapa berperanan dalam memilih jodoh yang baik-baik untuk anak-anak.

Antara dialog yang sangat terkesan pada i yang merupakan punch line dalam cerita ni apabila  Dewi (perempuan yang nak kawin dengan suami orang) terangkan kepada ibunya yang poligami dihalalkan dalam Islam tapi ibunya jawab, "Hukum tetap hukum, tidak boleh disangkal, tapi, ini soal hati." Betul kan, seorang wanita tak akan benar-benar memahami hati dan perasaan wanita lain sehinggalah dia bergelar seorang isteri.

Dan ada satu babak tu bapa si Dewi ni cakap "kamu juga bisa menjadi bekas isterinya jika dia juga menceraikan kamu, tapi kami berdua tak akan pernah menjadi bekas orang tuamu." Haa, anak-anak dara sekalian, kalau nak kawin, sila jangan ketepikan mak bapak korang ye! Biadap sangat tu.


At the end, cerita ni akan membuatkan kita terfikir dan berfikir yang suatu pernikahan itu luas pengertian dan tuntutannya. Paling tepat, pernikahan itu bukan sekadar perjanjian antara suami dengan isteri dan kedua-dua orang tua isteri tapi juga perjanjian dengan Tuhan. Jadi, hala kita ini ke mana? Adakah betul duduk letaknya?

Masa untuk muhasabah diri sendiri.

No comments:

Post a Comment