Nuffnang

Monday 30 June 2014

Country Scents



Monday masih lagi seems to be very nice to me. Sebab belum dapat internal posting then I can enjoy my own sweet time lagi ni dreaming, thinking this and that. And killing the time with this book.

Alhamdulillah 2nd Ramadan dah. Last Friday I attended my office punye assembly. It was a semi formal event sebab the emcee pun tak macam common emcee, lebih kepada macam moderator pun ada. And all the audience termasuk la my Dato’ Director mengambil tempat bersila masing-masing.

There, my Dato’ Director, pakai suit duduk kek tepi meja tu. Sepanjang event berlangsung, mata I ni melilau-lilau tengok kiri dan kanan. Since this assembly area dinamakan Dataran Warisan so you can find lots of things yang berunsurkan kesenian Melayu. Like the one yang I zoomed in ni.

I suka painting besar-besar like this. Tetiba berangan to have one kat rumah, nak hang atas aquarium. Then nampak belakang tu bersusun-susun Labu Sayong. Kenapa la tak terfikir to have something like this kat rumah, susun bawah tv rack. Kata orang Kuale…

Petang Friday tu, we balik kampong. The traffic was very heavy especially nak keluar dari Kuala Lumpur. Nak singgah R&R pun tak terdaya melihatkan kereta bersusun panjang. So we made impromptu exit at Tanjung Malim to have dinner. Sian the girls, dah lapar sangat. Tanjung Malim ni happened to be Tuan Syed punya tempat first posting. Zaman bujang dia. This place is very nice. Pagi-pagi boleh bangun dengan dibaluti morning mist. Bercakap pun keluar wap dari mulut feeling overseas la sangat.

Sekali lagi we made impromptu stop at Kuala Kangsar. Singgah tidur sebab Tuan Syed was damn tired and sleepy. I memang dah berdengkur awal-awal lagi. Abdullah merengek pun I rasa macam terbuai-buai je..

These tiga ketul after kena paksa mandi awal sebab nak continue journey to Penang Island. Sampai Penang around lunch time. Langkah kanan sebab MIL dah siap masak. Petang, the Walid took the girls to a toy shop and they bought this. Boleh feeling diva ye dik!

Then the Walid took them to a nearest swimming pool. Belakang rumah ada condo, tumpang mandi situ, free of charge. Suara Maryam jerit excited boleh dengar sampai ke depan rumah. Sebab masa tu mami was at the front, pusing-pusing keliling laman bawa si kecik yang tak mahu duduk saja.

Harmonizing the soul. Ada sirih, dah bisik kat Tuan Syed nak bawak balik nak tanam bagi dia melilit batang akasia depan rumah. Tapi, lupa nak ambik.

Then pokok gajus ni dari I kawin sampai sekarang tak pernah nampak dia berbuah. Tapi pucuknya dah ambik berkali-kali. Ni tengok pucuk muda hijau kilat-kilat ni memang sangat terliur.


Kali ni balik pokok putat tengah berbunga. Intai juga buah putat kalau ada, boleh diulam. Tapi muda sangat, belum boleh petik lagi.

And this time pokok kerendang berbuah lebat. Di sini they call kerenda. Rasa dia sour and bitter. Petik and lap-lap kat baju then kunyah. Heaven kan buat perangai macam zaman kecik-kecik dulu!

And I love this pegaga field. Rumput dah tak diberi peluang. Pegaga melata di mana-mana sahaja. Betul la Indon yang datang Malaysia satu ketika dulu pernah sebut “Aku ke mari bukan ingin menjadi semalu mencucuk duri, tetapi pegaga sumber rezeki!” Pegaga ni senang hidup. I dah banyak kali bawa balik letak je di pangkal pokok dalam pasu bunga. Bercambah gemuk-gemuk. Masa dalam pantang dulu, ini la ulam wajib dalam menu i.

Pokok kari ni I geram. Anaknya bersepah-sepah. Intai-intai, banyak juga pucuk kari, boleh la diulam nanti. Pokok kari nak bawa juga tapi anaknya kena semai dulu dalam bekas lain like pasu kecil atau botol minyak terbuang. Kalau tak, dia tak hidup nanti. And masa anak tanam tu kena masukkan sekali tanah masa semaian tu ke dalam lubang yang digali. Kat belakang rumah I dah ada pokok kari tapi sangat kecil dan Nampak sakit. Tapi dah beberapa kali juga la ambil daun untuk masak. Cuma nak buat ulam, tak merasa lah.

Ini pokok selasih. I tak tahu apa beza kemangi and selasih yang kita panggil basil tu. Kalau nak masak western poyo-poyo je sebut basil leave. Padahal ni la pokok nya. Cuma kalau kat Negara lain, daunnya lain sikit. Yang ini pun sedap buat ulam. Bau dia wangi je.

Ini I tak tau bunga apa. Cantik. Rasa meronta-ronta nak potong batang dia and letak dalam vase taruk air. Boleh jadi deco yang cantik. Impian orang yang kuat berangan ni, konon kalau ada laman besar, nak tanam heliconia keliling rumah. Bila berbunga lebat, boleh kerat buat indoor deco. Best nya la haii kalau ada bungalow satu. Tak payah besar, comel-comel je pun ok dah untuk habiskan hari-hari tua nanti, janji ada laman.

Macam deco ni, simple je. Yang ni i captured kat Putrajaya Shangri-La, masa lunch outing dengan Shida. Kita pun boleh buat. Petik je apa-apa bunga di taman, contohnya bunga ixora cucuk dalam wet sponge. Nice! Rumah rasa macam bernyawa kalau ada satu dua fresh bouquet.

Sempat la mami layan pokok dua tiga round sebelum the darlings balik dari swimming pool. This little hero pulak terbuai dalam mimpi indah sudahnya.

Kutip itu kutip ini mami akhirnya dapat juga sepinggan ulam segar ni. Self pick! Itu la untungnya berbakti kepada tanah. Tapi…ini tanah orang. I menumpang hasil sahaja.

Ok, sekian cerita my days before Ramadan Kareem.
Salam Ramadan everyone!

No comments:

Post a Comment