Nuffnang

Friday 27 June 2014

Rezeki

Yesterday i took the darlings to TF. They are froyo lovers. Mati-matian. Dulu bubuh penuh semangkuk. Tid bits tu taruh menimbun. Tapi now their taste buds became better. They dah tau kalau bubuh banyak topping rasa akan jadi toooo sweet and tak sedap. What is less is more, girls. Tapi sebab i told them ini rezeki dari Allah, diorang habiskan juga.


Rasa terpanggil nak kongsikan sesuatu. Kalau tak, rasa macam ada cacing kerawit dalam kepala. Tentang sesuatu yang baru sahaja menjadi viral di social media especially fb. Tentang ikon dalam dunia penyusuan and parenting.

Jujurnya, saya kagumi dia. Bukan setakat kerana saya kenali dia di bangku sekolah, tapi sebab semangat kental dia dalam membangunkan perniagaan sendiri. Dari mula promosi menggunakan kad nama cetakan black and white, booth kecil di pasar raya, dia bertatih lalu bertapak dalam dunia perniagaan. Saya kagumi semangat this petite lady yang sangat passionate dalam dunia penyusuan dan parenting ini. Saya kagumi dia mengembangkan empayar perniagaan dia. Gambar dan nama dia terpampang di dada majalah, memuat kaca tv. Saya kagum.

Tapi dunia perniagaan sangat dinamik. Ada jatuh bangunnya. Dan tiap kali jatuh, jika ditangani dengan betul insyaAllah itu menjadi satu quantum leap untuk dia melonjakkan dirinya lebih dari apa yang dia pernah alami.

Sekarang mungkin bukan rezekinya. Perniagaannya sudah habis dijual kepada orang lain. Demi anak-anak, kata kawan, dia bekerja di sebuah tempat yang mungkin tak sepatutnya dia bekerja, sebelum dibawa keluar oleh suaminya dengan deraian air mata. Kata kawan lagi, dia juga sedang tidak sihat. Bermacam-macam tuduhan cacian dan tak kurang juga yang initiate legal action ke atas dia. Some said dia ditipu, tapi ada yang kata dia menipu. Allah. Berat ujiannya. Rezekinya begitu, atur Allah. Rencana Allah untuk jadikan dia lebih kuat, saya pasti. Ujian dan dugaan hanya menimpa orang-orang yang boleh menanganinya sahaja. Di sini saya yakin manusia hebat ujiannya hebat.

Dalam begitu, masih ada kawan-kawan yang support dia. Saya tidak mendengar cerita dia atau cerita pihak kedua dan ketiga. Yang saya tahu dan nampak, dia berada dalam keadaan sangat tertekan, mungkin sekarang at her lowest point of life.

Ya, ini gara-gara duit. Apa yang kita rasa milik kita. Kita rasa duit adalah segala-galanya. Duit boleh bawa bahagia. Betul, jika punyai anak, kita tak akan sampai hati katakan "mami tak ada duit,nak, Tutti Frutti tu mahal". Paling tidak pun, dengan duit RM10 kita ambil sikit sahaja froyo tambah topping serba sikit baru dalam RM7. Nah, anak-anak kita akan tersenyum dan makan sambil berceloteh tak henti. Bahagia, kan?

Menyentuh tentang ditipu duit ini, saya pernah alami sendiri. Hampir dua tahun ejen pembantu rumah belum refund kerana gagal bekalkan maid untuk saya. Maid pertama gagal fomema. Maid kedua hypertension dan minta balik. Maid ketiga faktor usia terlalu muda (tidak sama macam kategori umur yang saya prefer).

Oh ya, baru tadi saya send fb friend request dengan ejen tu. Kalau dia masih ingat (kita kalau buat salah dengan orang, mana boleh lupa). Berkali-kali saya dan the hubby minta dia refund. Berkali-kali dia berjanji. Takut saya. Takut dia janji dan tak tepati. Munafik. Tapi itu dia dengan Allah. Dengan kami memang sampai sekarang belum terima satu sen pun.

saat kami terdesak, kami puas merayu pada dia. Tapi masih senyap. Ok, kita merayu pada Allah. Alhamdulillah. Walau tak dapat refund tu, Allah gantikan rezeki yang lebih baik. Saya bersyukur. Rezeki Allah bukan setakat wang ringgit. Tapi, rezeki saya sihat, keluarga sihat, anak-anak makin cerdik (matik la puji anak sendiri), rezeki dalam kenaikan pangkat, rezeki quality time dengan family. Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Penting di sini, sumber rezeki yang dibawa balik yang disuap ke mulut anak-anak. The hubby pernah pesan "kalau rezeki tu puncanya halal, ada financial problem pun, kita tak akan sampai tahap punah keluarga sendiri, tak sampai tahap baran pukul anak bini, cerai berai"

For me pula, kalau punca rezeki dalam redha Allah, duit sikit pun, hati rasa tenang. Saya yakin kuasa Allah distract kita dari masalah financial. Yakinlah dengan Ar-Razzaq...

Kisah kami dengan ejen tak pernah stop. Kami belum sampai tahap nak ambil legal action. Mungkin ramai mendesak begitu supaya dia diajar jangan kurang ajar. Supaya dia tidak menipu lebih ramai. Buat masa ini kalau ada yang terkena dan pergi report, silakan. Saya tak pandai nak gaduh dengan orang. Selalu saya akan lebih dulu jadi speechless dan orang hentam saya balik. Saya tak punya negotiation skill yang bagus. Bad for me kan?

Kami akan terus minta, mungkin. Dan our forgiveness bukan untuk dia bukan untuk sesiapa tapi untuk kemi legakan diri sendiri. Tidak lah kami meroyan buka aib dia sana sini. Saya tak dendam pada dia. Saya rasa saya jadi kental (chewah). Sebab sekarang saya tahu saya langsung tak perlukan maid. Saya boleh buat semua. Konon supermommy. Tak. Sebab Allah gantikan maid tu dengan seorang suami yang helpfull. Eh, tak. Saya tak buat suami saya macam maid, tau. Just that, my hubby sangat ringan tulang.

Manusia ni kadang nampak baik bukan sebab dia baik, tapi sebab Allah tutup keaiban dia. Dan bila aibnya dibuka, mungkin tak ada satu pun kebaikan pada dia. Reminder untuk diri sendiri. Di sini, saya yakin dan masih yakin, doa orang teraniaya akan dimakbulkan Allah.

Saya takut nak tuduh dia makan duit haram. Saya tak pandang pada title Haji dan kerjaya isterinya sebagai ustazah. Sebab mana tahu kalau-kalau dia bertaubat dan doa dhuha dia diterima Allah? Ini kerja Allah. Ini kuasa Allah. Siapa kita nak tentukan syurga atau neraka untuk dia. Mana tau kalau dia juga sebenarnya ditipu ejen di source country? Still doa orang teraniaya dimakbulkan, kan?

Pada saya mudah. Ini kafarah. Sakit, ujian, musibah ini kafarah dosa. Ye, dosa saya. Jadi saya akan rasa lega bila fikirkan ini kafarah dosa. Allah punch saya sekali supaya saya lekas beringat dan ingatkan Dia. Jadi tidak lah ada rasa nak bersedih atau nak naik minyak dek tak dapat refund tu. Tapi kalau satu hari nanti dia refund juga akhirnya, itu rezeki bagi kami. Tak tahu. Saya tak tahu rencana Allah tentang rezeki saya. Saya tak tahu setakat mana Allah bagi saya pinjam rezeki yang saya ada selama ini. Semua-semua sekali. Rezeki usia, rezeki kesihatan, rezeki bahagia.

He knows best.

No comments:

Post a Comment