Nuffnang

Tuesday 3 February 2015

Wedding Ija Yang Bersahaja

Sabtu, 31 Januari 2015, we drove off to Lumut. My cousin, Fariza anak my Paklang pula mengambil giliran kepak-kepak gebung-gebung. I letak title macam tu sebab the first time i sampai rumah Paklang sampai la i bersalam nak mintak diri, i rasa kenduri Fariza kenduri yang relaxing.

Ok, kami janji nak keluar rumah jam tujuh. Tapi anak tiga, memang tak lah, kan? Ting tong ting tong jam 8.30 i masuk kereta. Macam biasa Tuan Syed ni memang keje dia check rumah atas bawah depan belakang sebelum kunci pintu. Dia particular bab-bab ni. I pun macam tu jugak (taknak kalah) tapi i buat kalau dia tak ada. Perjalanan empat jam.

Sampai Lekir around 12.20 ngam-ngam waktu makan. Perut pun lapar. I turun je kereta, tengok-tengok pengantin tengah makan beradap. Wushh..cepat betul pengantin tiba~pengantin tiba. Biasanya pengantin kan maha lembap, kira kalau pukul satu tu pengantin boleh sampai, itupun dah cukup awal dah. Caya lah Ija!

Tetamu ramai, meja bersilih ganti penuh. Tapi tetamu still makan dalan keadaan yang steady. Cuaca panas yang amat-amat, memang sakit kepala. Tapi, deejay hari tu takde lah menambahkan pening kepala mak. Takde lah jenis yang main lagu sampai pecah speaker, sampai kita nak bersembang pun kena jerit-jerit.

Adik-beradik atuk semua ada hari tu. Ayah Nyah, Mak Andak, Pak Uda, Cik A, Mak Su. Hall dan porch yang luas sangat menambahkan keselesaan adik beradik berkumpul. Tak ada la berhimpit-himpit. Masing-masing ada port nak duduk-duduk bersandar dan bersembang. Budak-budak berlari-lari dalam rumah. Panjat-panjat pelamin.



Makanan? Yang ni i sangat teruja. Paklang tak ambil mana-mana caterer, walaupun ni first time dia kenduri. Sebab orang kampung dia sepakat nak memasak. Tapi. Ada tapi tu. Kenduri ni adalah first kenduri yang orang kampung ni memasak gotong royong. Masak di surau. Dan, pagi kenduri tu lah diorang start rewang semua. Pagi tu la daging baru sampai, baru nak hiris semua. Memasak pun pagi itu. And they managed to get everything prepared by tengah hari. Thumbs up! Gulai kawah pun not bad rasa dia. Kuih muih banyak. Bubur kacang hijau, sagu gula melaka, rojak, dadih, kek, baulu. Oma cakap, sehari sebelum
tu masa nikah, ada dua puluh jenis kuih! Fuhhh!!

Pengantin punya photoshoot pun tak memeningkan kepala. Sebab my cousin ni jenis cool and steady, tak banyak cakap, apa orang suh posing, camtu lah dia buat. Senang je. Pendek kata, kenduri Paklang i ni kenduri yang sangat bersahaja. Tak ada pun nampak family pengantin atau pengantin berlari ke depan ke belakang dan sibuk dengan itu ini. Maklang nak bungkus lauk pun pegi ambik plastik dengan penuh bersahaja. Haahhahah! Tiba-tiba jedia ketuk cermin kereta "nah lauk". Thank you maklang!


Ok, untuk Ija and Ijan (nampak gaya macam pemalu Ijan ni kot), moga kalian dilimpahi barakah, menjalani kehidupan berumah tangga yang penuh mahabbah, mawaddah warahmah. Amiin..

Lepas kenduri, singgah rumah my cousin, Kak Nyah kat Seri Manjung. Dijamu mee goreng basah and bihun goreng. Yang specialnya, tu ha. Nampak tak kuali besar. Mau tak terliur nak makan kalau dah satu kuali depan mata. Siap alas guna lesung batu lagi tu. Ni pun aktiviti relaxing jugak. Makan sambil dengar Chor bersoreh. Ni ha Chor i, namanya Mariah, orangnya pun sentiasa meriah, bergaya pakaiannya pun selalu meriah.


Before balik Kuale, singgah pekan Lumut membeli produk laut. Dua ini ambil angin senja di sini. Sambil nyanyi-nyanyi.


No comments:

Post a Comment