Nuffnang

Showing posts with label hari ibu. Show all posts
Showing posts with label hari ibu. Show all posts

Tuesday, 27 May 2014

Warkah Si Intan

Ok, sambutan Hari Ibu Peringkat Kuala Kangsar dah berlangsung. Intan yang kami sepakat pilih untuk bacakan warkah untuk ibu juga menyediakan warkah khusus daripadanya. ok, nak komen jugak pasal warkah dia. Tak kira.

...
Bagi tidak memanjangkan warkah ini saya ingin katakan..

Thank you for everything what u have done and keeping doing for me. Saya percaya kejayaan seorang anak bukanlah datang dari dirinya sendiri namun ibu bapa. Dan kejayaan mereka bukanlah hak individual malah untuk dikongsi ramai. Kalau bukan kerana ma pernah melebelkan saya sebagai ‘pisang busuk’ saya tak kan sedar yang saya harus buat lebih baik, i know it was a joking but i take it as a motivation atau kayu ukur untuk buat lebih baik

eddkhairi: Masa dia kecik, dia ni paling suka buat hal sendiri. Kiranya macam 'ada aku kesah'. Orang jenis ni, kalau orang suruh belajar, ingat dia nak dengar ke?

Saya rasa nabila yang dulu yang pernah target 4a 1b je untuk upsr dengan alasan abang kakak semua dapat 4a 1b sampai adik bongsu pun ikut jejak langkah kami dengan nabila yang berdiri disini hari ini sangat berbeza macam dah ada dua karekter dalam satu badan.

 eddkhairi: bila kala la upsr zaman i ada lima subjek. Zaman i ada empat subjek je ok.

Kalau ma nak kami adik beradik bagi ulasan atau comment ma sebagai seorang anak, isteri, ibu dan nenek. Jawapan kami thumbs up Ma, you have done a great job. U have taught us many good things and today what we have becomes, it’s because of u.
...

Ok, Intan ni nama sebenar dia Nabila. Timangan je Intan. Lahir pada 4 September 1995. Sekarang masih belajar lagi. Baru je habis Asasi Alam Bina UM. Sekarang dia dah kurang sikit dengan perangai 'ada aku kesah' tu. In fact, certain benda dia akan lebih kesah daripada kami, like awning tudung, food plating, susunan tikar, carpet. Sebab tu, kalau time nak raya, Oma akan lega banyak kalau dia ada sebab dia akan cuci dan kemas rumah dari depan sampai belakang, dari siling sampai lantai. Kami cuci tangan je laa...kehkehkeh!

Dan inilah dia our presenter tu.
Oma and Intan

Thank you so much Intan.


Monday, 26 May 2014

Warkah Daripada Alang

Dalam whatsapp group Alang siap cakap lagi jangan komen apa-apa pasal warkah dia. Tapi memandangkan i am the tuan tanah, sambil baca kita komen.

...
Sebenarnya, ini bukan warkah buat ibu apatah lagi nukilan yang panjang untuk ibu. Tapi ini hanya secebis coretan untuk ibu. Cume sedikit saja nukilan yang dapat dihasilkan oleh seorang yang bukan hebat bermain pena.
-eddkhairi: cewah! Pandai berpuitis ye..

Berbanggalah wahai ibu, kerana kalian punca kasih sayang terjalin dalam satu keluarga.

Berbanggalah wahai ibu, anak-anakmu sentiasa menghargai jasa-jasa mu.

Berbanggalah wahai ibu, setiap apa yang kalian lakukan, menjadi ikutan dan pedoman anak-anakmu.
-eddkhairi: no comment..

Berbanggalah wahai ibu, setiap insan yang berjaya semuanya hasil didikan dan belaian kasih sayangmu ibu.

Bukan nak bersajak, bukan nak bersyair, bukan juga nak berpantun. Cuma ingin memahatkan penghargaan yang tak terhingga buat seorang ibu.
-eddkhairi: no comment..

Saya bujang, belum berkahwin, masih belajar, belum bekerja, dan saya anak mak.
-eddkhairi: Alang ni nama sebenar dia Ammar, dilahirkan pada 10 September 1992. Sedang belajar di UTeM. Ok,betul tu, bujang kan belum berkahwin!

Mak melengkapi hidup saya dari setiap aspek. Lengkap. Tanpa terkurang. Sedikit pun tidak. Kegembiraan mak, keutamaan saya. Penting bagi saya. Ya, sangat penting. Terasa satu kepuasan bila melihat mak gembira. Puas. Sangat puas. Saya pantang bila ada orang cuba menyakitkan hati mak. Marah. Benci. Langsung tak suka melihat mak bersedihan.
-eddkhairi: Alang ni pandai tackle hati Oma, i have to admit that.

Mak mana yang tak sayangkan anak dia. Marah. Tegur. Nasihat. Semuanya tanda mak sayangkan anaknya. Dan saya sudah merasai semua ni. Mak boleh marah saya, mak boleh pukul saya, mak boleh tegur saya, mak boleh asuh saya, mak boleh nasihatkan saya, mak boleh didik saya, semua mak boleh buat apa saja agar saya tak menjadi sampah dalam masyarakat. Selagi diri ini waras, saya takkan menghalang dan saya sentiasa menerima. Saya tak jemu merasai semua ni. Malah saya lagi suka. Kerana saya tahu yang mak sayangkan saya.
-eddkhairi: Oma influence Alang dengan skincare and memasak tau! Dia ni rajin masuk dapur tolong Oma masak. Tapi kalau dah cukup korum, dia tak join la sebab our dapur petite je.. Alang ni rajin basuh pinggan periuk belanga semua.

Suatu hari nanti, bila saya sudah berkahwin, tamat pengajian, sudah bekerjaya, saya tetap anak mak. Tetap. Tak berubah. Masih sama. Saya anak mak.
...

Ok, Alang ni senang buat Oma senyum dan ketawa. Pada Oma, apa saja yang keluar dari mulut Alang adalah lucu. Sebab Alang ni bak kata orang Kuale, kelolo sikit. Maknanya dia suka mengusik. Memang kalau berkumpul ada Alang, kami asyik la ketawa tak kering gusi.

Apa lagi yang membahagiakan selain melihat orang yang kita sayang senyum dan ketawa?



Sunday, 25 May 2014

Warkah Daripada Angah

Semalam i share my warkah untuk ibu. And today, i would like to share Angah's love letter.
Feel free to read.

...
Berkongsi secebis pengalaman hidup saya di sini, saban hari melihat banyak bayi cacat dilahirkan kerana kesilapan ibu semasa mengandung, ada juga yang ditinggalkan di hospital menjadi anak buangan,setiap hari pasti ada kanak kanak kecil yg di bawa ke emergency kakinya hancur digilis kereta, jarinya hancur separuh terkena kipas, bibir dan lidah terkoyak disebabkan terjatuh,badan melecur terbakar usahlah dikata....apakah masa depan mereka hanya tuhan sahaja yang tahu

Alhamdulillah terima kasih tuhan kerana ibu yang hebat telah melahirkan saya cukup sempurna tubuh badan dan berjaya membesarkan dan memelihara saya dlm keadaan sempurna tanpa sebarang cacat celanya, terima kasih ma yang menjadi sahabat tempat berkongsi cerita, sedia menjawab telefon 24jam macam operator, sedia menjadi chef setiap kali saya pulang sehinggakan masak telur je pun sedap, menjadi stylista saya tudung wajib matching dgn baju, rumah hias cantik cantik dan banyak lagi lah...selamat hari ibu buat ma dan semua kaum ibu...hanya ibu yang hebat melahirkan anak yang hebat!
...

Oma, Angah, Atok, Ucu during Angah's Graduation Day
Angah ni adik i, anak kedua. Nama betul dia Laili. Dilahirkan pada 21 Januari 1988. Sekarang tengah houseman di Bangalore, India. Belum kahwin, still single (and available? I tak tau..

Dia ni sangat sensitif, cepat risau. Memang dia ni kalau musim exam, call Oma sambil nangis-nangis bagitau "Angah tak baca habis lagi..." Dia punya risau tu membuatkan Oma naik risau juga dan selalunya menangis sama! Oma akan nangis bila dengar Angah nangis kerisauan time exam.

Emak kan ada sixth sense, remember that!

Saturday, 24 May 2014

Warkah Untuk Ibu

Hari ni, Oma ada event sempena sambutan Hari Ibu peringkat Kuala Kangsar. Antara agenda dalam event tu ialah Warkah Untuk Ibu. I was told that ten participants will be chose to recite warkah untuk mak masing-masing. Oma asked me whether i would like to join or not. And she did text me to remind about it.



I guessed she was serious asking for one from me. Frankly speaking, i never wrote to her. My zaman asrama dulu, public phone bersepah, nak tulis surat tu memang tak laa.

Lepas discuss dengan Angah (Lily), Alang (Ammar) and Aunty (Intan), we came out dengan warkah from us. Semua orang mengarang warkah and emailed to aunty for compilation. Ucu (Syahir) was excluded sebab dia tak respon dalam our whatsapp group. And Aunty is going to recite the love letter sebab dia tengah semester break.

And here goes my warkah. Kongsi dulu gambar Oma kejap. Ambik feel.


...
Warkah untuk ibu ini saya kirimkan sekadar berkongsi apa yang ada di dalam hati dengan semua yang bergelar ibu.

To me, everybody has lovely hearts.
Cuma kadang-kadang ada limitation untuk memberi sepenuhnya apa yang ada di dalam hati.
The limitation, if you don't manage it properly will make you helpless and handicap in giving or expressing things that you should be doing.

Selalu kita dengar 'seorang ibu boleh mampu menjaga sepuluh anaknya tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu'.

Untuk menjaga ibu bapa, selalunya orang bercakap pasal "tanggungjawab".
To me, yang terbaik adalah menggantikan "tanggungjawab" dengan "cinta dan kasih sayang".

Tanggungjawab menuntut kita membuat sesuatu.
After sometimes, kita letih dengan tanggungjawab, kita bosan dan ingin bebas dari tanggungjawab.
Macam kerja di pejabat, itu tanggungjawab kita.
Kadang-kadang kita sangat penat membuat kerja, tiada lagi keikhlasan, kita rasa mahu berhenti, membuat kerja hanya kerana terpaksa, kerana perlukan duit, kadang-kadang kita rasa mahu lari, mahu hanya berehat, tidak mahu membuat tanggungjawab kita.

Tapi, berlainan dengan kasih sayang dan cinta.
Satu perasaan istimewa yang diberi Allah SWT.
Kita kasih ibu bapa kita, kita sayang pada anak-anak kita, kita cinta pada suami kita.
Kerana kasih sayang dan cinta ini tidak ada istilah penat atau terpaksa.

Saya melihat ibu saya, dia buat sesuatu pasti dengan kasih sayang.
Setiap minggu menjenguk anak jauh di asrama, tiada perasaan letih.
Setiap hari memasak, menghidang untuk anak-anak dan suami tiada rasa marah.
Saban waktu berkorban wang ringgit, tenaga buat kami semua, tidak pernah lelah malah sentiasa rasa teruja.

Oleh itu kalau tanggungjawab kita gantikan dengan kasih sayang, maka balik melihat ibu bapa saban bulan tidak meletihkan, tidak menyusahkan, tidak membebankan. Berkongsi gaji yang tak seberapa dengan mereka jadi sangat mengujakan dan kalau mereka sudah tidak berdaya, saya pasti saat memandikan, menyikat, mencuci mereka akan menjadi satu yang meruntun perasaan.

Macam itulah ibu bapa menjaga kita dulu bukan sekadar tanggungjawab tetapi atas dasar kasih sayang.
Kita yang degil tak mahu dengar kata, tapi ibu tetap memeluk dan menjaga.
Kita nak macam-macam sedangkan duit tak cukup bergolok-bergadai tetap dilaksanakan.
Kita tak sepandai anak orang lain, ibu tak pernah membuka mulut mencebik.
Penatnya ibu menguruskan rumahtangga menjaga dan membesarkan kita.
Semuanya atas dasar kasih sayang.

Kadang-kadang anak-anak bercakap, kenapa pulak saya perlu membalas jasa ibu bapa membesarkan saya, itu kan tanggungjawab mereka?
Kalau sekadar tanggungjawab, tak kan berada kita di mana kita berada pada hari ini.
Kadang-kadang juga anak-anak merasa sudah saban lama duduk dengan ibu bapa, dah besar, tiba masa untuk bebas, sudah tak larat lagi dipantau.
Ingatlah masa muda kita berlari hilangnya.
Suatu masa nanti kita juga akan menjadi orang tua.


Sekarang ini, merenung anak-anak sendiri, saya melihat zaman kanak-kanak saya.
Selalu saja saya rindukan zaman itu, masa manis, masa berlari keliling rumah, masa ibu menjaga saya, masa bila balik sekolah bau masakan ibu memenuhi ruang dapur. Memeluk pinggangnya adalah perasaan yang sangat selamat. Dunia itu tiada yang susah.
Sudah berlalu takkan kembali.

Ibu saya, dia melakar kenangan buat saya semasa kecil. Dipilihnya yang manis-manis buat saya.
Jiwa saya, masakan saya, kek dan kudapan saya, kegemaran berkemas saya, minat berkebun saya, semuanya dari dia.

Ibu saya masih kuat dan cantik.
Tapi andai nanti dia tua dan uzur, InsyaAllah saya akan tampil dengan rela menjaga dia.
Saya mohon diberikan kesempatan itu. Seperti mana ibu saya diberikan kesempatan menjaga ibunya dulu.
Beruntunglah sesiapa yang dipilih untuk mempunyai peluang seperti itu.

Masa solat, masa berdoa, saya bisikkan pada Allah SWT, minta dipermudahkan dalam melaksanakan niat saya itu.
Minta pada tuhan supaya suami merelakan saya dengan niat itu.
Minta diberi kesihatan dan kekuatan untuk menjaga dia, minta diberi rezeki pada saya dan ibu.
Mintak dilembutkan hati orang-orang di sekeliling supaya menyokong dan membantu.
Minta supaya mendapat boss dan kerja yang bersesuaian supaya saya ada masa untuk menjaga ibu saya.

Saya yakin, manusia ini kalau telah menetapkan niat, telah tegar mahukan sesuatu, bulan pun boleh dicapai.
Inikan pula mengasihi dan menjaga orang yang telah melahirkan kita dan menjaga hingga kita menjadi sesiapa saja sekarang.
Kalau pun bukan doktor, peguam, architect, yang pentingnya kita dilahirkan dapat melihat dunia.
Tidak dicampak di dalam longkang atau dibuang di merata-rata.


Night everybody...babai