Nuffnang

Showing posts with label adik. Show all posts
Showing posts with label adik. Show all posts

Thursday, 30 October 2014

Loom & Bloom


Bismillah...New loom in the house! Traditional Kashmiri heirloom beautifully handmade in India, brought home by Angah (my sister). Angah bagitahu, di Southern India tempat dia tinggal, tak ada heirloom macam ni. Tapi bila dia travel ke Northern region, memang banyak dan murah-murah. So dia beli dua. I was like...dua je? Dia memang bukan otak business. Lepas tu boleh pula dia cakap yang dia tak tahu this one boleh dijadikan wall deco. I cadang nak tempah wooden frame. Satu for my house, satu for Oma. Nanti bila dah bosan, kita tukar pula, yang di Enstek ke Kuale, yang di Kuale ke Enstek. Aci kan?


Semalam, i ada good mood for baking. Dah lama mixer ni hibernate dalam kabinet. Jangan gelak ye, mixer i ni cuma mixer golongan marhain sahaja. Minggu lepas, singgah Bangsar Village dengan Tuan Syed, i cuma dapat menjeling sahaja Kitchen Shop. I sedar, mixer brand KA tu macam melambai-lambai je. Redha dan pasrah je lah, belum ada jodoh. Seronok je i tengok orang balik dari UK bawa KA seorang satu. Tapi diorang bagitahu, di Pantry Magic (sekarang nama dia Cook Kitchenware ke?) lagi murah compared to Kitchen Shop tu. Alahai...di Bangsar tu kan dik, baik depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah, semuanya expatriate lifestyle.


Ms.Eu ini pun, bukan i beli sendiri. Hadiah from my other half. Menangis masa mula-mula nak guna sebab orang kampung macam i ni, mana reti guna fan-forced oven ni semua. Habis kek-kek i hangus terbakar.


Semalam i buat marble cake. Tapi masalah timbul bila i nak scoop batter ke dalam baking tin yang macam ni. Kalau normal round tin, senang saja kita overlap dari tengah-tengah. So, dalam keadaan confuse, i main tempek-tempek je sesuka hati. Bila dah siap, taraaa! Bukan marble ok, kek ahkak jadi army cake!

Takpe, janji tukang makan boleh senyum habiskan dua potong kek before naik tidur.


Macam tompok-tompok sawa pun ya juga. Tapi bila dah potong, tak lah obvious sangat kesawaan dia. Tapi for those yang ada tips nak buat marble cake yang cantik guna cake mould yang berlubang ni, silalah kongsikan ye.



New bloom in the house! Lima bersaudara. Kalau i nak buat bisnes cactus ni untuk indoor deco, agak-agak ada tak yang berminat nak beli?

Baru-baru ini i berkesempatan lunch dengan Tuan Syed. Sambil berjalan, i terserempak dengan my ex-colleagues. Diorang cakap i nampak different. I pun tanya la, apa yang nampak lain. Makin kembang ke apa? Diorang cakap nampak lagi muda (diorang yang cakap, ok). Uisshhh...bukan kata sehari dua, sampai sekarang masih kembang kempis hidung i bila teringat statement diorang. 

Sebenarnya, stress membuatkan seseorang kelihatan tua. I akui, nature of work and workload di pejabat lama i dulu ada tendency membuatkan sesiapa sahaja menjadi stress. Muka i agaknya time tu berkerut dua puluh empat jam, sebab tu umur tiga puluh nampak macam tiga tahun lagi nak pencen. Agaknya lah...  

Ok, nah ni hadiah setempek dari orang muda.


Dah, jangan stressful sangat tengok gambar i yang sangat natural beauty ni. 
Hahahahh! Perasan...!

Wednesday, 9 July 2014

Melakar Kenangan

I felt so good as my last weekend was tremendously filled with activities yang i nak buat sangat-sangat. Bukan apa sangat pun. Cabut rumput, alih-alih pasu bunga, salin pokok ke dalam pasu. Itu pun dah cukup membahagiakan. 
Pegaga yang sengaja i biarkan merimbun di pangkal pokok dalam pasu. Pegaga ni senang hidup.

Cukup la peluh untuk bakar lemak yang membeku selama seminggu. The most happy part, dapat beli pasu baru di Xue Bang! Pasu tu ada crack sikit, so good bargain la jugak. Xue Bang has so many nice and fancy vintage pots. Kadang boleh dapat yang macam tembikar Cina. I like. Cuma pokok bunga tak varity sangat.

Friday night we took the girls to a late night movie date - Transformers. The boboiboy pun of course la ikut juga - his third time going to cinema. First time bawa masa umur dia nineteen days *grin*. Mardeyah enjoyed wearing the 3D glasses. Siap tangan tergapai-gapai bila ada scene habuk-habuk berterbangan - konon nak capai.
She was not in a good mood, sebab dah lewat malam, mengantuk.
The walid as usual, performs Friday prayer at KLCC and menyinggah ke Kinokuniya. Couldn't remember ni kali ke berapa he bought them this activitiy book - published by Kumon. 

Bagus buku ni, sebab it really helps in improving your child's motor skill. Mula-mula i didn't like the idea of buying this book sebab ada aktiviti menggunting bagai - first i takut tergunting jari and secondly, of course i takut i become mad dengan cebisan-cebisan kertas tu. Tapi the walid already trained them to pick those sampah after finish the work. This time they got vehicles theme. 

Kakak si tukang potong

Mardeyah selalu jadi tukang tampal
Cut and fold and paste the small piece provided on each page to create a three dimensional object. Trust me, it's really fun!

Saturday evening after masak, around 5.30pm macam tu, i went straight away to Nilai Square. The first outlet yang i singgah, they ada saiz 16-radiant orchid colour-baju melayu. And i sampai rumah before 6.30pm. *lap peluh* At last dapat juga baju melayu for the boboiboy. Round satu Bangi tak jumpa the size and colour yang i nak. Shopping la di Nilai Square. Berbaloi-baloi untuk wang anda! Lega dah ada baju raya, boleh tidoq!

Balik dari Nilai Square sempat singgah kat florist tepi jalan beli peacock ni. Radiant orchid juga warnanya.

On Sunday tu, after buat sikit puding, we off to my SIL's house. She was sooo generous masak laksa untuk adik-adik yang longing for masakan ibunda mereka. Bibik Yuli, my SIL's maid, served this smoked banana.

Dia tahu i suka makan ni. I bukan suka sangat pun tapi sebab every bites of it will remind me of my late nenek, it reminds me kenangan duduk-duduk di pangkin nenek sambil makan makanan kegemaran orang-orang tua. Bau smoked banana ni akan buat i teringat bau lauk-pauk arwah nenek, teringat dapur kayu arwah nenek, teringat semua-semua benda keliling rumah arwah nenek, tempat i bermain, berlari, menyorok, dengan my cousins, tempat i jatuh dan menangis. 

Inilah 3V swing yang buat i rasa overwhelmed due to its bulky size.
Tak sangka this swing sekejap je dah hilang depan mata.

Sunday morning tu i captured photos of Mardeyah main seorang diri atas swing ni. On Monday, the walid drove home this Hilux to bring her joy away.
Mardeyah mula-mula tak nak let go this swing pada siapa-siapa. Tapi after pujuk and the walid bagitahu dia that i'm gonna buy a garden bench, she agreed. Dengan kids pun, kita kena let them know certain decision yang kita buat for our family. Involve them, they will be proud to be in the circle of trust. Budak pun ada perasaan and diorang jujur.

After 20 minutes drive, this swing pun sampai ke destinasi barunya. Yahya and Yusuf are now becoming its new owner.
Kalau i can say this to the swing, "Baik-baik di sini ya, sayang. Bukan kami tak sayang kamu, tapi kami inginkan kamu punya tempat yang lebih selesa. Di sini lamannya luas. Terima kasih atas khidmat bakti kamu kepada kami sekeluarga selama empat tahun ini. Jasamu akan kami kenang." Yes, the swing dah jadi sebahagian daripada memori zaman kanak-kanak to my girls.

Nampaknya, lepas ni kena lah berusaha lebih gigih in order to have my own garden bench as i wished. Macam ternampak-nampak sinar di hujung lorong :-)

Tuesday, 27 May 2014

Warkah Si Intan

Ok, sambutan Hari Ibu Peringkat Kuala Kangsar dah berlangsung. Intan yang kami sepakat pilih untuk bacakan warkah untuk ibu juga menyediakan warkah khusus daripadanya. ok, nak komen jugak pasal warkah dia. Tak kira.

...
Bagi tidak memanjangkan warkah ini saya ingin katakan..

Thank you for everything what u have done and keeping doing for me. Saya percaya kejayaan seorang anak bukanlah datang dari dirinya sendiri namun ibu bapa. Dan kejayaan mereka bukanlah hak individual malah untuk dikongsi ramai. Kalau bukan kerana ma pernah melebelkan saya sebagai ‘pisang busuk’ saya tak kan sedar yang saya harus buat lebih baik, i know it was a joking but i take it as a motivation atau kayu ukur untuk buat lebih baik

eddkhairi: Masa dia kecik, dia ni paling suka buat hal sendiri. Kiranya macam 'ada aku kesah'. Orang jenis ni, kalau orang suruh belajar, ingat dia nak dengar ke?

Saya rasa nabila yang dulu yang pernah target 4a 1b je untuk upsr dengan alasan abang kakak semua dapat 4a 1b sampai adik bongsu pun ikut jejak langkah kami dengan nabila yang berdiri disini hari ini sangat berbeza macam dah ada dua karekter dalam satu badan.

 eddkhairi: bila kala la upsr zaman i ada lima subjek. Zaman i ada empat subjek je ok.

Kalau ma nak kami adik beradik bagi ulasan atau comment ma sebagai seorang anak, isteri, ibu dan nenek. Jawapan kami thumbs up Ma, you have done a great job. U have taught us many good things and today what we have becomes, it’s because of u.
...

Ok, Intan ni nama sebenar dia Nabila. Timangan je Intan. Lahir pada 4 September 1995. Sekarang masih belajar lagi. Baru je habis Asasi Alam Bina UM. Sekarang dia dah kurang sikit dengan perangai 'ada aku kesah' tu. In fact, certain benda dia akan lebih kesah daripada kami, like awning tudung, food plating, susunan tikar, carpet. Sebab tu, kalau time nak raya, Oma akan lega banyak kalau dia ada sebab dia akan cuci dan kemas rumah dari depan sampai belakang, dari siling sampai lantai. Kami cuci tangan je laa...kehkehkeh!

Dan inilah dia our presenter tu.
Oma and Intan

Thank you so much Intan.


Monday, 26 May 2014

Warkah Daripada Alang

Dalam whatsapp group Alang siap cakap lagi jangan komen apa-apa pasal warkah dia. Tapi memandangkan i am the tuan tanah, sambil baca kita komen.

...
Sebenarnya, ini bukan warkah buat ibu apatah lagi nukilan yang panjang untuk ibu. Tapi ini hanya secebis coretan untuk ibu. Cume sedikit saja nukilan yang dapat dihasilkan oleh seorang yang bukan hebat bermain pena.
-eddkhairi: cewah! Pandai berpuitis ye..

Berbanggalah wahai ibu, kerana kalian punca kasih sayang terjalin dalam satu keluarga.

Berbanggalah wahai ibu, anak-anakmu sentiasa menghargai jasa-jasa mu.

Berbanggalah wahai ibu, setiap apa yang kalian lakukan, menjadi ikutan dan pedoman anak-anakmu.
-eddkhairi: no comment..

Berbanggalah wahai ibu, setiap insan yang berjaya semuanya hasil didikan dan belaian kasih sayangmu ibu.

Bukan nak bersajak, bukan nak bersyair, bukan juga nak berpantun. Cuma ingin memahatkan penghargaan yang tak terhingga buat seorang ibu.
-eddkhairi: no comment..

Saya bujang, belum berkahwin, masih belajar, belum bekerja, dan saya anak mak.
-eddkhairi: Alang ni nama sebenar dia Ammar, dilahirkan pada 10 September 1992. Sedang belajar di UTeM. Ok,betul tu, bujang kan belum berkahwin!

Mak melengkapi hidup saya dari setiap aspek. Lengkap. Tanpa terkurang. Sedikit pun tidak. Kegembiraan mak, keutamaan saya. Penting bagi saya. Ya, sangat penting. Terasa satu kepuasan bila melihat mak gembira. Puas. Sangat puas. Saya pantang bila ada orang cuba menyakitkan hati mak. Marah. Benci. Langsung tak suka melihat mak bersedihan.
-eddkhairi: Alang ni pandai tackle hati Oma, i have to admit that.

Mak mana yang tak sayangkan anak dia. Marah. Tegur. Nasihat. Semuanya tanda mak sayangkan anaknya. Dan saya sudah merasai semua ni. Mak boleh marah saya, mak boleh pukul saya, mak boleh tegur saya, mak boleh asuh saya, mak boleh nasihatkan saya, mak boleh didik saya, semua mak boleh buat apa saja agar saya tak menjadi sampah dalam masyarakat. Selagi diri ini waras, saya takkan menghalang dan saya sentiasa menerima. Saya tak jemu merasai semua ni. Malah saya lagi suka. Kerana saya tahu yang mak sayangkan saya.
-eddkhairi: Oma influence Alang dengan skincare and memasak tau! Dia ni rajin masuk dapur tolong Oma masak. Tapi kalau dah cukup korum, dia tak join la sebab our dapur petite je.. Alang ni rajin basuh pinggan periuk belanga semua.

Suatu hari nanti, bila saya sudah berkahwin, tamat pengajian, sudah bekerjaya, saya tetap anak mak. Tetap. Tak berubah. Masih sama. Saya anak mak.
...

Ok, Alang ni senang buat Oma senyum dan ketawa. Pada Oma, apa saja yang keluar dari mulut Alang adalah lucu. Sebab Alang ni bak kata orang Kuale, kelolo sikit. Maknanya dia suka mengusik. Memang kalau berkumpul ada Alang, kami asyik la ketawa tak kering gusi.

Apa lagi yang membahagiakan selain melihat orang yang kita sayang senyum dan ketawa?



Sunday, 25 May 2014

Warkah Daripada Angah

Semalam i share my warkah untuk ibu. And today, i would like to share Angah's love letter.
Feel free to read.

...
Berkongsi secebis pengalaman hidup saya di sini, saban hari melihat banyak bayi cacat dilahirkan kerana kesilapan ibu semasa mengandung, ada juga yang ditinggalkan di hospital menjadi anak buangan,setiap hari pasti ada kanak kanak kecil yg di bawa ke emergency kakinya hancur digilis kereta, jarinya hancur separuh terkena kipas, bibir dan lidah terkoyak disebabkan terjatuh,badan melecur terbakar usahlah dikata....apakah masa depan mereka hanya tuhan sahaja yang tahu

Alhamdulillah terima kasih tuhan kerana ibu yang hebat telah melahirkan saya cukup sempurna tubuh badan dan berjaya membesarkan dan memelihara saya dlm keadaan sempurna tanpa sebarang cacat celanya, terima kasih ma yang menjadi sahabat tempat berkongsi cerita, sedia menjawab telefon 24jam macam operator, sedia menjadi chef setiap kali saya pulang sehinggakan masak telur je pun sedap, menjadi stylista saya tudung wajib matching dgn baju, rumah hias cantik cantik dan banyak lagi lah...selamat hari ibu buat ma dan semua kaum ibu...hanya ibu yang hebat melahirkan anak yang hebat!
...

Oma, Angah, Atok, Ucu during Angah's Graduation Day
Angah ni adik i, anak kedua. Nama betul dia Laili. Dilahirkan pada 21 Januari 1988. Sekarang tengah houseman di Bangalore, India. Belum kahwin, still single (and available? I tak tau..

Dia ni sangat sensitif, cepat risau. Memang dia ni kalau musim exam, call Oma sambil nangis-nangis bagitau "Angah tak baca habis lagi..." Dia punya risau tu membuatkan Oma naik risau juga dan selalunya menangis sama! Oma akan nangis bila dengar Angah nangis kerisauan time exam.

Emak kan ada sixth sense, remember that!

Monday, 1 April 2013

Bila mami mc..


Salam pagi everyone!

Sabtu lepas ada la sikit cerita. Majlis akikah 7 budak kecik. Ammar Fahim dan Darwish (anak Kak Yong), Faiz (anak Abg Nyah), Zayyan (anak Along), Danny (anak Kak Cik), Izuddin (anak Aljo). Sorang lagi numpang sekaki, Adik Yah (anak Tuan Syed). Alkisah Mardeyah ni belum la diakikah kan lagi. Time Maryam dulu, bukan main abis je pantang terus nak buat majlis akikah. Excited kot time tu anak first.

Bukan la tak excited dengan Adik Yah. Tapi masa abis pantang tu, Maryam pon kecik lagi. Masa tu tak pandai nak manage 2 babies at one time. Diorang ni gap setahun kan...


Sekarang dah besar sikit (4 years dah kan..) dah pandai bedikari. Makan pon sendiri...


Yang ni pulak ntah nape hari tu asyik nak berkepit je dengan mak dia.


Ni Ammar Fahim, antara pengantin yang diraikan. Tengok le keje 2 anak dara di belakang tu. Membongkar kotak mainan and mula la..feels like home..!


Zahin Shah. Adik dia juga diraikan pada majlis tu. Yang ni happy go lucky je dia. Buat hal sendiri. Ke hulu ke hilir dia mencari keje. Orang kata, badan dia ni macam badan i masa kecik-kicik. bulun giteww!!. Haa..yang ni adik dia..Zayyan, pengantin baru.


Ummi depa ni pandai masak you! Kalau nak order kek...cookies..wwaah..nanti i promote cookies dia time nak raya ok!


Pagi tu ada marhaban untuk 3 pengantin baby. Gabungan kumpulan marhaban Talang Hulu, Taman Bunga Raya, and Jelapang. Tu ada sikit selit gambo Izzuddin Shah dengan mak dia Julia Robert..hihikhikhi... Tepi dinding tu Adik Yah berkepit dengan Oma dia. Kan i dah cakap..Adik Yah asyik nak bekepit je time ni..

Gambaq Danny, Darwish, Faiz, tak dan nak snap. Sebabnye anak dara i yang tua tu sebok nak ganti baju Barbie and nak potong kek birthday dia. Thanks to Angah, Intan, Ma, atas titik peluh ke hulu ke hilir menumpangkan agenda potong kek Maryam pada majlis tu.


Ni la bufday girl...Maryam..Princess of the day! Besar dah anak dara mak ni...

gambo kek pon tak dan nak snap. dah kan anak dara ni buat sentap dia time potong kek. ditorehnya kek princess tu..ditorehnya puding karamel yang mak dia buat (kredit utk diri sendiri,boleh?)...melalak uwa uwa uwa tengah-tengah orang nak mak dia dukung.

Dah la dengan matahari atas kepala..berpoluh den time tu dukung nak pujuk dia. Haa! Amacam? Berani ke nak beranak? Kalau yang macam ni kita tak bole sabar..jangan menggatal nak kawen ok! (pesanan buat anak dara di luar sinun..)

Terima kasih untuk makcik pakcik ku serta sepupu sepapatku yang menganjurkan majlis ni. Thanks to tukang masak Rendang Tok. Thanks to Atok Roslan (bapak i le) and the team yang tumbangkan lembu. Thanks to all yang terlibat secara langsung ataupun tidak sepanjang majlis akikah ini. Kita kenduri lagi next time lepas mak Damia beranak ok!

Ok sekian saja dari mak maryam. ilal liqa..

~mak yang mc di hari senayan~

Wednesday, 13 March 2013

Perasaan vs Perasan

Salam ukhuwah...

Hari ni meninggalkan pejabat jam 2.30 ptg dan bawa adik-adik dan anak-anak ke IVS Global, India Visa Centre untuk collect visa Angah. Angah ni my younger sister, belajar pon belom habis.kawan sebaya dia ramai dah kawin. Untuk makluman, kalau nak buat visa India, tak payah pergi kedutaan dia. Di IVS Global ni boleh buat. 3 working days siap. Busines hour dia ikut India working time, pukul 9.00 pg hingga 2.00 ptg. Kaunter untuk collect visa buka pukul 4.00 ptg. So start pukul 4 je, dua kaunter utk collect visa akan panjang kemain org bebaris sedangkan kaunter lain closed.lokasi IVS Global ni depan building Agro Bank sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad, KL. eh, kenapa i yang beria-ia sangat nak promote IVS ni? bukannya ada urusan maid mcm Indon ke..kot la ye orang nak tau. Saja nak habaq mai... kot ada sedara mara yang nak pegi belajar kat India ka..

kerusi banyak tapi lengang takde orang duduk sebab time ni dah pukul 4 masing-masing pi beratoq nak collect visa. pasaipa la depa tak pakai queue number, tak paham la..

Ingatkan takde la orang kita dalam ni. ada la sorang dua chinese, malay termasuk kamiorang, and the rest... (telan ayaq liuq) kuch kuch hota hei...macam 4 orang babaji belakang Maryam tu.

Maryam ni siapa? Ni lah main role dalam penceritaan i nanti. She's my girl. She's uniqely mine... memang unik. Suka ketawa tapi selalu juga garang. Garang dengan adik dia (shhhhhtt...dia ber'adik' masa umur 1 tahun 23 hari). Anak mak ni suka bergaya. Nak nampak gracefully gitew!! Kerap juga dia menangis, cemburu sebenarnya. Pendek kata (ehemm..panjsng tak kata apa-apa) dia manja dan sensitif dan garang. Tambah bila umur makin meningkat remaja (anak mak nak genap 4 tawwun laa on this coming 29th)..makin nak kena jaga perasaannya.

Betul puan-puan, dengan anak ni walaupun kecik je, perasaan dia kena jaga, kena hormat hak dia. even kita tak boleh simply buang mainan dia yang buruk-buruk. nak buang pon kena bagitau dia dulu. Nanti alih-alih "mommy, mana net kakak yang colour pink tu? Yang dah koyak kat tengah-tengah tu?" nak cakap dah buang? teghoyok nanti dia... nak cakap beli barulah, kang kejap-kejap tu kena start enjin kereta.

Moral of the story : bergayalah even pergi collect India visa demi menjaga perasaan sejagat! Jangan perasan suda...

Bubbye.. ilal liqa