Nuffnang

Thursday 30 October 2014

Loom & Bloom


Bismillah...New loom in the house! Traditional Kashmiri heirloom beautifully handmade in India, brought home by Angah (my sister). Angah bagitahu, di Southern India tempat dia tinggal, tak ada heirloom macam ni. Tapi bila dia travel ke Northern region, memang banyak dan murah-murah. So dia beli dua. I was like...dua je? Dia memang bukan otak business. Lepas tu boleh pula dia cakap yang dia tak tahu this one boleh dijadikan wall deco. I cadang nak tempah wooden frame. Satu for my house, satu for Oma. Nanti bila dah bosan, kita tukar pula, yang di Enstek ke Kuale, yang di Kuale ke Enstek. Aci kan?


Semalam, i ada good mood for baking. Dah lama mixer ni hibernate dalam kabinet. Jangan gelak ye, mixer i ni cuma mixer golongan marhain sahaja. Minggu lepas, singgah Bangsar Village dengan Tuan Syed, i cuma dapat menjeling sahaja Kitchen Shop. I sedar, mixer brand KA tu macam melambai-lambai je. Redha dan pasrah je lah, belum ada jodoh. Seronok je i tengok orang balik dari UK bawa KA seorang satu. Tapi diorang bagitahu, di Pantry Magic (sekarang nama dia Cook Kitchenware ke?) lagi murah compared to Kitchen Shop tu. Alahai...di Bangsar tu kan dik, baik depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah, semuanya expatriate lifestyle.


Ms.Eu ini pun, bukan i beli sendiri. Hadiah from my other half. Menangis masa mula-mula nak guna sebab orang kampung macam i ni, mana reti guna fan-forced oven ni semua. Habis kek-kek i hangus terbakar.


Semalam i buat marble cake. Tapi masalah timbul bila i nak scoop batter ke dalam baking tin yang macam ni. Kalau normal round tin, senang saja kita overlap dari tengah-tengah. So, dalam keadaan confuse, i main tempek-tempek je sesuka hati. Bila dah siap, taraaa! Bukan marble ok, kek ahkak jadi army cake!

Takpe, janji tukang makan boleh senyum habiskan dua potong kek before naik tidur.


Macam tompok-tompok sawa pun ya juga. Tapi bila dah potong, tak lah obvious sangat kesawaan dia. Tapi for those yang ada tips nak buat marble cake yang cantik guna cake mould yang berlubang ni, silalah kongsikan ye.



New bloom in the house! Lima bersaudara. Kalau i nak buat bisnes cactus ni untuk indoor deco, agak-agak ada tak yang berminat nak beli?

Baru-baru ini i berkesempatan lunch dengan Tuan Syed. Sambil berjalan, i terserempak dengan my ex-colleagues. Diorang cakap i nampak different. I pun tanya la, apa yang nampak lain. Makin kembang ke apa? Diorang cakap nampak lagi muda (diorang yang cakap, ok). Uisshhh...bukan kata sehari dua, sampai sekarang masih kembang kempis hidung i bila teringat statement diorang. 

Sebenarnya, stress membuatkan seseorang kelihatan tua. I akui, nature of work and workload di pejabat lama i dulu ada tendency membuatkan sesiapa sahaja menjadi stress. Muka i agaknya time tu berkerut dua puluh empat jam, sebab tu umur tiga puluh nampak macam tiga tahun lagi nak pencen. Agaknya lah...  

Ok, nah ni hadiah setempek dari orang muda.


Dah, jangan stressful sangat tengok gambar i yang sangat natural beauty ni. 
Hahahahh! Perasan...!

No comments:

Post a Comment