Nuffnang

Tuesday 7 October 2014

Eid Mubarak

Pertama, Alhamdulillah kami selamat balik ke kampung dan selamat pulang semula ke Enstek. Massive traffic jammed tapi dengan suami yang super penyabar, perjalanan yang biasanya cuma empat jam tapi dah makan tujuh lapan jam menjadi bonding moment kami anak beranak. Kerenah budak-budak, they tend to be cranky bila lama-lama dalam kereta. Apatah lagi si baby, kena kepit je, mesti la badan dia pun rasa letih.

Sebab bila dah jadi anak perantauan ni, tiap kali musim raya atau cuti yang ramai-ramai pakat balik kampung berjemaah ni, kita mesti mentally prepared. Expect for the worst, expect the unexpected. So, once masuk tol booth and nampak kereta dah bersusun tak berganjak, tidak lah jiwa merana sampai nak memaki pengguna jalan raya yang lain. Kalau tak sanggup nak hadap jammed balik kampung ni semua, jangan join kelompok 'orang balik kampung'. Sebaliknya duduk di kampung dan kawin dengan orang sekampung.

Atau, suruh 'orang kampung' anda yang datang beraya di kota. Kalau satu rumah kampung menantikan lima anak pulang ke kampung dengan lima buah kereta. Tapi, kalau mak pak yang datang beraya di kota, baru satu kereta. Dah jimat space atas hiway tu... (apa lah yang i merepek pagi-pagi buta ni)

Tadi bila i scroll fb, banyak sangat yang update pasal traffic jammed. Lepas tu marah-marah orang lain dengan kata "sibuk je nak balik kampung". Aissshhhh! Aura negative betul dia ni. So, tanpa ragu-ragu i pun unfriend orang-orang yang membawa aura negative ni.

Tapi, tadi sepanjang jalan sepupu i semua update status traffic masing-masing dalam whatsapp group. Siap buat cerita arnab kura-kura. Kononnya i ni arnab sebab kami tadi impromptu exit di Tapah dan singgah dinner di Tanjung Malim. Tup-tup my cousin sorang ni yang keluar agak kemudian dari i, dah overtake kami. Dia claimed dia was the kura-kura. Ambik la labu... yang penting kami menang di hati anak-anak kami sebab tak biarkan mereka kelaparan demi nak mengejar siapa sampai dulu siapa nombor satu.

Sangat meriah kali ini. Di jalanan, ramai yang seakan pasrah menempuh jem. Tak ramai yang menjadi road terrorist. Mungkin masing-masing terkesan dengan kemalangan ngeri di Kuala Kangsar Sabtu lalu. Mungkin. I sendiri pun kejap-kejap intai side mirror takut-takut ada treler atau bus di belakang menyondol sesedap hati. Alfatihah untuk mangsa kemalangan tersebut. Lalu kawasan kemalangan pun i takut nak tengok padahal dah tak ada apa pun. Tapi i buat-buat perhati puncak bukit, perhati paku pakis lereng bukit.

Cuti sempena Aidiladha dah pun habis. Lupa nak wish. Eid Mubarak everyone!

Five of us. Masih keluarga kecil.

Barbeque di Penang. Air tangan my partner. Pity him, sampai hangus bulu roma dia. Grilled mutton yang super enak. Marinated by my MIL and SILs. I tolong makan je. Hehehhe! Lepas tu ke hulu ke hilir buat-buat sibuk. Ramai assistant, dah tak muat nak mencelah. Alasan..!

Ini juga yang senang hati. Ramai baby sitter tukang dukung dia. Berlagak ye dik... balik rumah, tau la awak nanti. 


Ok, nite~nite.

No comments:

Post a Comment