Nuffnang

Friday 31 October 2014

i-Bags



Sekarang ni waktu rehat, having my own sweet time dalam bilik bersama kaktus lima bersaudara. Empat potong marble cake air tangan sendiri menjadi bekalan, dua for breakfast tadi dan dua lagi untuk tea petang nanti. Mana tak gemuk. Biasanya kalau lunch bersama female colleagues, topic yang menjadi bualan berkisar kisah anak, housechores, fashion, health & beauty, masakan, finance and politics (selalunya menjadi the least favorite topic).

Jadi, bila free macam ni, kejap-kejap belek handphone. Penyakit. Belek-belek WhatsApp, facebook and blogs. Seperti biasa, bila nampak promo grade handbags dalam facebook, selalu datang perasaan nak muntah dengan designer handbags yang falls under kategori ‘Grade’ ni. Pernah sekali dulu I private message my friend yang jual grade handbags ini untuk dapatkan kepastian sama ada handbag ini authentic/ genuine atau fake. Dan dijawab ini ‘gred’.

I memang bodoh bab ni. Sampai sekarang I tak tahu apa itu grade handbags. Ye, tau lah dia ada Gred A, Gred AA, Gred AAA. Tapi, lain sangatkah dari handbags yang genuine? Kalau dah ia bukan fake, habis apa? Replica? Replica dan fake tak sama ke? Tapi I buat-buat faham yang grade handbag ini kategori tengah-tengah, bukan fake, bukan original. Ia replica semata-mata, copycat, mirip 99.99%, cuma bezanya material yang digunakan berbeza-beza dan sebab itu ia dipanggil grade (refers to material’s grade - A,AA,AAA – macam bateri, ok)

Semua orang in the know, the most iconic of all the handbags mesti lah LV, Hermes, Chanel. And jenama lain yang menjadi of interest dikatakan Balenciaga, Celine, Prada, Fendi and Gucci. Sebab tak payah nak bagitahu harganya berapa, semua orang tahu. Tapi, grade handbags ni murah dua puluh to tiga puluh kali ganda daripada harga sebenar.

Misalnya, satu authentic Prada handbag dengan harga RM6000 dijual pada harga RM200 untuk satu grade Prada handbag. Ingat lagi tak, Mawar pernah menegaskan bahawa kita mesti bergaya mengikut kemampuan. Maka dengan ini, ramai lah yang ‘mampu’ memiliki designer handbag, yang datang dengan pakej functional (hmm…KIV dulu), personal statement (maybe), self-expression (checked), fashion accessory (checked).

Persoalannya, kenapa perlu memaksa diri memiliki designer handbags walaupun ianya tidak authentic? Bukankah dengan RM200 itu tadi, boleh dibawa ke Parkson dan ditukarkan dengan satu handbag jenama Guess misalnya (selepas diskaun 30%)??? tsk~tsk~tsk… rata-ratanya mengejar status symbol agaknya. Sebab it will convey a strong message about who she is. Sebab hanya dengan satu handbag, orang lain boleh menilai where she belongs in social, economic and fashion terms. Dalam erti kata lain, tidak semua orang afford that lifestyle macam Paris Hilton, Ivanka Trump, Kate Middleton, ada istana besar-besar, ada private jet, ada personal bodyguard, keluar rumah pakai selipar DKNY untuk bawak anjing bersiar-siar, tapi at least one could feel a part of that world with just a Chanel bag!

I bukan a handbag person, tapi I own several. Dulu masa belum kahwin, rajin juga membeli. Setakat jenama biasa-biasa yang ada di Parkson, Metrojaya dan Jusco. Yang penting, genuine. I pernah sekali hampir nak terjebak membeli fake designer handbag di Feringghi Walk, tapi dapat ‘amaran’ daripada zauji dan dia divert I ke Metrojaya for an authentic ones dengan value yang sama.

Tapi, i pernah sekali terbeli an authentic designer handbag. 'ter' ok. It was not my intention pun nak beli that bag, apatah lagi time tu nak fikir personal statement, nak fikir functionality dan sebagainya. Cuma i bersungguh-sungguh beli sebab design handbag tu mengingatkan i kepada seseorang yang sepatutnya i hormati kerana rank dan kebijaksanaannya. Namun, dalam dunia ini, kadang-kadang seseorang manusia itu hanya layak dihormati semata-mata kerana usianya lebih tua dari kita sahaja. Full stop.

Alah membeli menang memakai - tidak applicable kepada semua keadaan. Tapi, separa betul kalau nak dikaitkan dengan cerita handbag.

Kenapa? Sebab bila i beli yang genuine tapi jenama yang biasa-biasa sahaja, I complain berat. Then bila dah letak macam-mcam, lagilah berat. I ni dah lah badan pun berat, nak usung pula handbag yang besar-besar dan berat…uhhh..can not, dik non. Tapi kalau genuine designer bag ni, like mine, ia sangatlah ringan. Tak tahu lah brand lain macam mana, sebab nak compare pun, i cuma ada satu sahaja. Mine, tak besar pun tapi macam poket doraemon – diapers, baju anak, mainan anak, handphone, wallet, lipstick, kunci semuanya disumbat dan peliknya ia muat! Sangat puas hati sebab daya kelasakannya sangat tinggi, dah jenuh perosok bawah car seat, dipijak anak-anak, sumbat dalam luggage, campak dalam trunk, junkfood bersepah, susu tertumpah. Ia super lasak, sesuai untuk manusia bangsa pelanyak macam i.



Jadi, dek kerana genuine tu, maka balik-balik, dia sahajalah yang diusung ke sana ke mari. Kalau fashionista tengok, mesti dia condemn i pakai handbag yang outdated. Like i kesah...?

Dan I selalu tertanya-tanya, replica/ grade designer handbags yang diorang promo sana sini tu, lightweight and high quality macam yang genuine tak? Then, barulah boleh jawab functional ke, atau tak functional ke, seperti yang di-KIV di atas.

Orang lelaki baca ni mesti cakap perempuan ni serabut. Memang i serabut. Bila scroll fb, asyik-asyik handbag je... Dah masuk three series ni, i dah tak fikir sangat lah pasal handbag. Sebab...



No comments:

Post a Comment