Nuffnang

Sunday 2 November 2014

Kebun Kami

Salam all.

How's your weekend? I spent my weekend luar dalam rumah sahaja. Tiga empat hari ni dah tak masak sayur. Semuanya ulam-ulam fresh, dipetik dari belakang dan depan rumah. Rumah macam mine ni, bukan kata tanah sekangkang kera. Tanah pun tak ada! Tapi, semangat nak berbakti kepada tanah tu tinggi, mengalahkan orang yang punya halaman luas.

Jadi, untuk yang minat bercucuk tanam tetapi tinggal cuma di rumah teres (especially bagi yang depan rumahnya penuh tiles sampai ke gate, belakang rumahnya extend sampai ke tepi longkang), boleh ikut cara ni. 

So, mari kita tengok dulu apa yang tuan tanah dapat sepanjang minggu ini. Pertama, sambung nyawa. Ulam ni sangat sedap. Makan mentah, tak pahit dan rasanya berlemak. Daunnya macam baldu. Nak tahu khasiatnya, gugel ye. Nak tanam senang saja, guna keratan batang, cucuk saja ke tanah. Lagi kerap kita petik pucuknya, lagi rimbun dia naik.


Kedua, rosemary. Bajet mat saleh agaknya.  Biasanya i beli dried rosemary je. Sedap kalau nak marinated ayam. Perah limau sikit, campur garam sikit, then grill. Pokok ni tak tahu lah berapa lama boleh tahan.


Next, selasih. Pucuk selasih ni sedap dimakan mentah. Nak biakkan nya pun senang saja. Tabur bunga/ biji selasih ke tanah. Merimbun saja dia naik.


Next, ulam raja. Yang ini agak common. kat pasar berlambak-lambak jual. Nak tanam pun senang, tabur bunga yang dah kering.


Cili api purple. Anak pokok ni Tuan Syed beli di Cameron Highlands. Nak buat ulam boleh, nak buat sambal pun boleh, nak guna dalam masakan pun boleh. Ada yang tanya, cili purple ni pedas ke tidak. Kepedasannya tak dapat dirasa immediately. Tapi, lepas dah kunyah lama-lama baru rasa pedasnya, and kepedasannya intense. Kerap sangat pokok ni berbuah. So, bila nampak banyak, i buat stok cili kicap, dimakan dengan sup atau bihun/ mee goreng. Lepas tu i buat sambal tempoyak. Rupanya not so inviting, tapi, very hot. Memang teraso. Lepas tu, i terjebak juga dengan jeruk mangga pedas asam masin. I guna cili ini dalam dua genggam, mangga muda rangup dalam enam biji, asam masin warna putih dalam dua mangkuk, campur dengan dua sudu gula. Memang secukup rasa. Meleleh ailio sambil gaulkannya. Malam ni saja, dah hampir nak habis semangkuk. Ada lagi tiga jar dalam fridge. 


Ini baru nak naik. Daun kesum. Juga gunakan keratan batang. Lebihan buat asam pedas tu, simpan dalam rendaman air beberapa hari, lepas tu baru cucuk ke tanah. Sudah nampak hasilnya. Tunggu besar sikit, baru kita buat asam pedas ye.


Ini misai kucing. Boleh makan pucuknya mentah-mentah. Rasanya macam kasar sikit, tapi tak pahit. Cicah dengan sambal tempoyak ke, sambal belacan ke, memang terangkat. Pokok ni pun senang membiak. Dah banyak kali terpaksa cantas sebab cepat sangat dia membesar.


Ini paling senang melata. Baru ambil semalam, hari ni dah naik pucuk baru. Kadang i ambil sebesen besar, buat rampai dalam masa lemak cili padi. Sedap. Depan rumah, belakang rumah, dia sesaja. Celah pandan, celah pasu, celah pearl grass pun dia naik! Kadang sampai tak larat nak makan, i kutip buat jus pegaga. Fresh sangat.


Ini paling i suka. Daun pudina. Tengok aje dia, mesti terasa macam nak buat mee kari. Baru sekali sahaja dipetik, buat ulam. Selama ini beli je. Tapi, kali ni dapat rasa fresh dari ladang. Sedap kalau dilawankan dengan kuah kari, nasi putih dan sambal belacan. Lepas makan, nafas terasa wangi sangat. Sendawa pun bau wangi!


Ini satu lagi bajet mat saleh. Oregano. Selalunya beli je dried oregano, tapi entah kenapa Tuan Syed beria-ia beli anak pokok ni di Cameron Highlands. Ingatkan cuaca dia tak sesuai. Tapi, lepas disalin ke pasu besar, makin menjadi-jadi dia. Cuma belum sempat nak tanya gugel, macam mana nak guna fresh oregano.


Ini standard la...limau kasturi. Belum merasa lagi. Tu yang terasa sangat nak buat mee kari.


Ini semaian pokok cili. Entah, cili besar or cili padi tak tahu. Tunggu la dia besar sikit. Tuan Syed saja la semai dalam pasu kecil-kecil ni. Nanti boleh sedekah kalau ada sesiapa nak.


Ini pun standard la. Mana-mana rumah pun banyak yang tanam pokok pandan ni. Senang bila ada di rumah, sesak-sesak nak buat nasi lemak, petik je belakang rumah. Sesak-sesak nak buat bubur, petik saja. Tapi tengok tu, pegaga nak juga menyelit.


Ini lagi satu, bajet mat saleh. Parsley.


Ini adik beradik pudina. Pucuknya boleh dibuat ulam. Lepas makan, nafas berbau wangi je. Sesuai dimakan sebelum pergi dating ok!


Ini belum disalin ke tanah lagi. Juga beli di Cameron Highlands.


Sekali lagi sambung nyawa. Tapi ini, version di depan rumah.


Rumah kami tak ada tanah lebih. So, atas longkang ni, Tuan Syed alaskan dengan dinding reban ayam. Dia beli second hand di Nilai. Then, dia beli polysterine yang besar, dicucuk-cucuk bahagian tapak guna screw driver. Kemudian diisi dengan tanah dan baja. Lepas tu tanam lah apa sahaja. Sangat practical.


The sisters ada Friendship Day esok. Temanya Frozen. Berhempas pulas kedua-duanya minta dibelikan baju frozen. Ok lah, the mommy complied. Buka main seronok melompat-lompat dapat baju Elsa Anna.


Tapi, lepas dapat baju, minta dibelikan pula crown. Sorry ye kakak. Hairband yang dipakai semasa wedding Maklong Anis tu masih elok dan cantik, match juga dengan gown ni. So, permintaan ditolak.


Lepas tu, diorang request dibelikan tent. Katanya cikgu suruh beli. Mommy was like "Haaaa! Kemah???! Kalau ada dua puluh orang bawa dua puluh kemah, kat mana nak letak???" So, usul ini juga ditolak mentah-mentah.


Ini juga yang sempoi. Gigi atas dah keluar sebatang, pelengkap untuk menggigit kami semua. Mommy makin gerun, nak!



2 comments:

  1. wah meriahnya kebun kat rumah awak erda... sooooo jeles.. sy suka idea guna kotak polisterin besar n cucuk2 lubang bawah tu untuk buat pasu.. kebanykannya mmg tanam dalam pasu kan.. mcm2 jenis pokok ada.. ni yg berkobar2 nk tanam pokok bila dah pindah rumah sendiri nanti.. walaupun halaman tak besar, tp mmg blh try letak pasu atas longkang kan.. hihi.. am soooo excited =)

    ReplyDelete
  2. Inspired la kebun ulam tuan syed. Thanx !

    ReplyDelete