Nuffnang

Monday 3 November 2014

Puri For Dinner

Salam all...

Yeay! The mommy was on leave tadi. The girls had their Friendship Day Celebration at school. Tema Frozen. Bila sampai depan school, oh my, ramai girls yang pakai gown. Ada yang replicate Elsa's gown pun ada! Girls je la. Boys were like *tak kisah lah pakai track bottom pun*

Rupanya ada competetion best dress tadi. Since i was on leave, i pick them up a bit early, which was around 1.30pm. The teacher told me that Maryam Mardeyah dapat hadiah for the competetion tadi tapi will be presented on their graduation day next week. So funny, gown anak-anak i tu RM39.90 sahaja. Times two, costed me RM79.80. Pun boleh menang...

Ok, hari ni separuh hari gone, became a chauffeur. Bawa Angah to MMC, MARA and KKM. Moga-moga semuanya dipermudahkan. Semoga dapat posting hospital yang best. Jangan complain sepanjang housemanship ni ye.

Dinner tadi the mommy tak nak masak nasi. Everybody in the house dipaksarela makan roti puri. Mula-mula i tukang goreng je, Angah uli and canai doh. Berpeluh ketiak tukang masak. Tapi, bila Tuan Syed balik, the remaining macam tak cukup so i buat sikit lagi to top it up.



Roti puri ini sangat mudah nak menyediakannya. Bahannya sangat simple. Tepung gandum, minyak masak/marjerin/minyak sapi, air panas, garam (optional). Kalau ask mr.gugel, ada orang tambah yis, tambah baking powder, tambah gula, tambah susu. Ikut citarasa dan kerajinan masing-masing. Mine sangat basic. Tepung tu gaul dengan sesudu dua minyak sampai berketul. Kemudian tambahkan air panas agak-agak untuk uli sampai melekit tu. Kemudian uli doh tu, then terus bahagikan sebesar duit 50sen. Kemudian canaikan, agak-agak, jangan nipis sangat, jangan tebal sangat. Masa nak canai tu, taburkan tepung sikit supaya tak melekat.



Kemudian terus goreng dalam minyak yang panas. Waktu goreng tu siram-siramkan minyak atas dia, kemudian gelek-gelekkan puri guna belakang sudip. Bila dah browning, terbalikkan. Lepas tu angkat dan tos dalam tapis/ kitchen towel. Puri yang menjadi adalah puri yang kembung immediately bila digoreng. Waktu i buat tu, sebahagian elok kembung, sebahagian lagi kembung sikit je. Tapi still boleh makan.

Makan panas-panas, cicah dengan apa saja, kari ke, sardin ke, kuah dhal ke, susu pekat ke. Tadi i buat sikit egg scramble campur dengan kobis, rempah kari, rempah campur, serbuk kunyit. Angah pula tumiskan ikan sardin.

Nasib lah Maryam and Mardeyah suka makan puri ni tadi. Tak payah lah the mommy kena prepare seperate meal untuk diorang.



Ini petang tadi. Jalan-jalan sekitar our neighbourhood, ambil angin petang. Lenguh tangan dukung si kecik, dah berat.


Bila jalan-jalan pun the mommy dah keluarkan peluh jantan, mula lah terfikir "kalau macam ni, tak payah lah exercise lagi." And that's why, Kevin's simple chart ni menjadi santapan mata semata-mata. Bila nak delete, takut menyosal nanti. So, mari kita share di sini sebagai motivasi untuk mommy yang gemuks, moga ada orang lain yang dapat manfaat.


Ok nite~nite everybody.

No comments:

Post a Comment