Nuffnang

Thursday 6 November 2014

overwhelmed




Siapa ingat simbol ini? Kalau anda sangat kenal simbol ini, anda mesti dalam kategori penghujung generasi X atau generasi Y yang lahir sebelum tahun 1985. Kerana generasi selepas itu tak merasa atau mungkin langsung tak tahu pun kewujudan IRC ni.

Adik-adik, kalau nak tahu IRC ini apa, pi gugel. Then you will know how kami dulu-dulu bangsa tak ada tablet, tak ada smartphone ni communicate dalam our community. Ada satu lagi, ICQ. Yang tu pun ala-ala IRC juga, boleh lah dianggap ini macam great moyang kepada Whatsapp, facebook, messenger, Line, Badoo, Telegram etc... So masa famous benda ni dulu, ramai lah yang suka lepak kat Computer Lab, Cyber Cafe not to forget, berjaga sampai ke subuh sebab berchatting depan pc. Tak sama tau thrill chatting dalam chatrooms dengan chat apps zaman sekarang. Dan waktu ini juga lahirnya keyboard speedmaster. Sesiapa yang pernah terjebak dalam kancah berchatting ni, mesti familiar dengan A/S/L, gtg. I gelak sensorang bila terkenangkan nostalgia berchatting ni.

I sendiri mula berjinak-jinak dengan IRC usai exam SPM. Tahun 2000 ketika itu. Tahun berikutnya, mengikut pula kawan-kawan seAsasi yang kerap ke Cyber Café di 11th College, UM (masa tu belum ada nama kolej yang official). Budak-budak sekarang mana appreciate CC, semuanya subscribe data plan. Chat apps berlambak-lambak, janji ada tablet atau smartphone je. Lepas tu siap boleh share gambar, share video yang high resolution.

Dulu, i tak ada pc sendiri. Apa-apa pun kena pergi CC. CC sekarang macam dah tak best dah, kan??? I pernah pergi sekali for printing purpose. Tapi, person that helmed the CC cakap cartridge habis dan tak tahu bile nak pergi beli. Zaman I dulu, kalau pergi CC dengan bawak disket (pen drive mula famous masa I second year – itupun mahal) untuk print assignment, tak pernah lah mengecewakan.Agak-agak panjang queue nak print, check in satu pc untuk chat kejap. Itu lah kojo den.
My partner in crime masa tu was Arina Adam.

Today, our social media makin advance, bold and makin radical! Hampir kebanyakan masa, melemaskan!

Bayangkan tengah duduk diam-diam, tangan mesti nak belek-belek phone. Baca updates orang, iklan orang, shared/ forwarded articles. Lama-kelamaan, I had noticed that ada banyak sangat updates/posts yang annoying. Kalau dalam fb tu, penuh iklan daripada kawan-kawan yang berniaga. Macam-macam produk ada. Handbags, supplements, kain ela, shawls, gears. Lagi jengkel, produk slimming, firming, lightening. Lagi berganda-ganda jengkel, produk mengetatkan, membesarkan, membulatkan, dengan segala testimony lucah dan gambar menggiurkan! Letih.

Dan aura negative itu sangat tidak bagus untuk orang yang tahap keimanan senipis kulit bawang. Normally, I leave the group or unfriend that person yang membawa aura negatif ni. Tiada siapa yang tanggung untung rugi dalam hal ini.

Dalam WA pula, kalau awal pagi dengar notification tu, dengan harapan terima apa-apa command from the boss. Tapi end up dengan tak lain tak bukan asyik-asyik dia saja yang wish good morning. Paling annoying, forwarded news, jokes, quiz, tazkirah dan video yang menjadi viral. As if dia lah yang paling pantas menerima primary info sedang orang lain ketinggalan kereta api. Most of the time, semua yang copy & paste ni separa benar dan 50-50 untuk dipercayai! Paling jengkel, post gambar-gambar yang memberangsangkan walaupun gambar tu just for joke. Enough lah!

That’s why I terfikir, kita tak boleh nak stop people from doing such thingy. Dah besar panjang, masing-masing boleh fikir waras. So, apa yang kita boleh buat if kita terima gambar-gambar dan video lucah yang auto-download ni, cepat-cepat lah kita delete semua tu from our phone, especially for those yang bergelar ibu bapa. You know, kanak-kanak usia dua tahun today dah tahu nak unlock our password? Dah familiar dengan apps yang ada dalam phone or tablet kita. Memang ada high tendency dia akan buka gambar-gambar dan video-video lucah tersebut. Untuk apa kita simpan lama-lama? Bukankah ini juga membawa aura negative bila dipandang, dibelek ditonton berkali-kali? Begitu juga dalam our spouse’s phone.

Kalau nak ikutkan common sense, dia sendiri pun boleh delete semua yang dirasakan mengarut tu. Tapi, mana lah tahu kot-kot dia terlupa ataupun terlepas pandang, yang occasionally dapat filter phone dia. Kalau dia lupa, kita tolong delete kan. Because tak bagus lah jika dibiarkan our spouse tengok gambar-gambar aurat serta memberahikan tu semua. Lagi tak bagus kalau anak-anak kita yang jumpa nanti.

Bukan salah dia pun. Kadang-kadang tu dia cuma menerima sahaja gambar dan video tu daripada group secara auto download. Biasa lah…gurauan kawan-kawan lama ni. Kita pun faham kan, sebab kita pun kadang merepek-repek dan terlebih-lebih juga bergurau juga dengan kawan-kawan kita. Cuma kita tak mahu kita atau dia bergurau dan merepek tak ketahuan hujung pangkal.

Jadi, jangan lah takut nak cek handphone pasangan anda. Dan jangan takut bila handphone ada pula dicek. Sport check ini bukan didasari perasaan cemburu dan perasaan tidak percaya antara satu sama lain tapi untuk kebaikan ummah juga…

Please don’t get offended ya. Just my two cents. Breakfast, yuk!


No comments:

Post a Comment